aksara 20

492 37 23
                                    

"abangggg lea nak main jugak !."
Tubuh kecil Alea menempel pada tubuh si abang.

"ish lea ! abang nak menang dah ni."
Ahnaf masih fokus pada handphone ditangan menghiraukan rengekan si adik.

"kanan naf kanan !."

"kau jaga kiri mar !."

Memuncung wajah Alea apabila abangnya leka bermain game di handphone.

"ibuuu tengok abang taknak bagi lea main !."
Meleret suara kecil itu mengadu pada sang ibu.

"leaa awak tu perempuan.. apa nak main game pulak.."
Puan Suria yang leka berbual dengan Puan Mariam menegur anak daranya.

"tapiii lea bosan ibuu.."

"Ya Allah budak ini."

Puan Mariam tersenyum sebelum menyampuk.
"hah ni lea pergi panggil Indra kat dalam. Tadi Indra ada beli lego. Katanya nak main dengan lea.. tapi tak nampak pulak batang hidungnya. cuba lea cari Indra."

Bersinar wajah jelita itu mendengar perkataan lego.
"lego ! lea pergi cari Indra tau aunty !."
Bergegas tubuh kecil itu masuk ke dalam rumah.

"Indra !! ohh Indra !!."

Puan Suria menggeleng mendengar suara nyaring anak daranya.
"Ya Allah budak ini tak padan dengan kecik."

"Biasalah kak.. budak 5 tahun."

"Indra !."
Langkah kaki pendek Alea dilajukan apabila melihat tubuh lelaki yang segak mengenakan sweater hitam sedang duduk menonton tv di ruang tamu.

Indra menoleh apabila namanya diseru. Membulat matanya apabila gadis kecil yang cantik mengenakan gaun berona merah jambu mendekatinya lalu dengan selamba melabuhkan duduk dihadapannya.

"haii !!."

"erk..hai.. lea."

"aunty kata awak ada beli lego ! lea nak tengok boleh ?."
Terkebil kebil mata bulat itu menatap wajah terkejut Indra.

"ohh boleh.. kejap."
Kaki Indra bergerak ke arah paperbag lalu paperbag besar itu dibawa ke ruang tamu.

Dua tubuh kecil itu elok bersila berhadapan antara satu sama lain. Alea tenang menunggu Indra membawa keluar kotak lego.

"kita beli lego ni.."
Sebuah kotak lego yang bersaiz sederhana dibawa keluar.

"uyyo !! kereta ! cantikkknyaaa."
Membulat teruja mata cantik itu.

"pastu.. Indra beli kat awak nii.."
Satu lagi kotak lego berona merah jambu dibawa keluar.

"eh ? lea pun ada !?."

Indra mengangguk seraya menghulurkan kotak lego pada gadis dihadapannya.

Semakin lebar senyuman di wajah Alea melihat kotak lego dipegangan tertera gambar beberapa bunga yang cantik.
"woww !! anteknyaaa ! thank u indra !! kita suka !!!."

Indra yang tadinya teragak agak kini tersenyum lebar melihat wajah gembira gadis dihadapannya. Dia suka, dia suka apabila Alea suka pilihannya. Puas dia merenung rak yang menempatkan pelbagai jenis lego perempuan sehingga dimarahi umi.

"lea nak buat ngan indra tak ?."
Pelawa Indra.

"nak nak !! lea nak buat !."

aksaraWhere stories live. Discover now