Prolog ll

37 7 7
                                    

"TAHNIAH ! , aku bangga dengan kau Fasyarina." Diriku dipeluk erat oleh sahabatku Balqis. Aku membalas pelukannya. Tidak sangka aku berjaya. Dan dia juga.

"Kau pun tahniah jugak." Siapa sangka usaha kami membawa hasil. Dulu kami hanya mampu berkata susah, tapi sekarang kami sedar ia tidak mustahil.

"So, kira kau miss 2A je lah Fasyarina." Balqis terus menanyakan soalan sebaik sahaja pelukan dileraikan. Aku angguk dan senyum. Rasa gembira tidak mampu dikata. Bila kedua wajah kami ditatap sahaja orang sekeliling boleh tahu betapa bahagianya kami saat ini.

Kesemua ucapan tahniah mampu didedikasikan kepada sahabatku Balqis. Tanpa dia mungkin keputusan kecemerlangan ini bukan milikku. Balqis memperoleh 8A seperti yang dijangka. Jumlah mata pelajaran yang didaftar adalah lapan. Memandangkan kami berdua kelas ketiga iaitu kelas yang menawarkan hanya dua mata pelajaran elektif.

Balqis sememangnya dikenali dengan kepandaiannya sejak tingkatan satu. Jadi memperoleh 8A adalah perkara biasa baginya. Tetapi bukan untukku. Aku tidak pintar, aku tak pandai dan aku bukan bijak. Tetapi kerajinan untuk berusaha tetap ada.

Pada awal tingkatan empat bila dimasukkan ke dalam kelas ketiga terasa diri ini terlalu lemah sebab itu ditempatkan di kelas ketiga. Tetapi bila salah seorang pelajar dari kelas pertama yang menukar kelas demi belajar di kelas ketiga bersama kami membuatkan diriku berasa hairan.

Bila ditanya jawapannya mudah. Kedudukan kelas bukan penentuan bahawa kita tidak bijak atau tidak akan berjaya. Dia turut berkata bahawa mata pelajaran yang diinginkan itu hanya ada di kelas ini. Jadi dia bertekad. Pelajar itu tiada siapa lagi kalau bukan Balqis.

Hari demi hari, Balqis akan membuat aku berasa kagum dengannya. Kami mula menjadi rapat sehingga kini. Dia tidak pernah henti membimbingku dalam pelajaran. Dia tahu aku lemah dan dia juga tahu aku ingin berjaya.

Dan ya aku berjaya.Keputusan 6A adalah cukup besar bagiku. Tidak sama sekali aku akan melupakan jasa Balqis kepadaku. Aku juga tidak akan lupa akan ummi dan walid. Tanpa doa mereka ia pasti mustahil. Mereka pasti akan gembira dengan keputusanku ini.

Pelajar-pelajar yang mendapat 3A ke atas semua diberikan bouquet coklat yang dihiasi beberapa bunga plastik. Dan turut dicucukkan keputusan kami di bouquet tersebut menggunakan lidi. Bila melihat kesemua coklat aku teringat akan kewujudan adik-adikku di rumah. Pasti kesemua coklat ini akan diserbu sebaik sahaja tiba di rumah nanti.

Aku dan Balqis tidak henti mengambil gambar bersama. Kami hampir berjaya mengambil gambar dengan kesemua cikgu kami. Kami mahu jadikan kejayaan kami di sekolah menengah ini sebagai kenangan yang terindah. Kenangan kami ini bukan sesuatu yang boleh diulang semula tetapi sesuatu yang hanya boleh dikenang melalui gambar suatu hari nanti.

Aku turut membantu Balqis mengambil gambar bersama ibu ayahnya di pentas. Aku melihat betapa gembiranya ibu ayah Balqis bila melihat kejayaan anaknya. Jika ummi dan walid hadir pasti mereka juga akan turut gembira seperti ibu ayah Balqis. Tetapi aku tidak akan menuding jari pada mereka kerana tidak mengikutiku pada pagi tadi.

Sebelum aku keluar rumah lagi ummi sudah bersedia untuk turut mengikutiku walaupun terpaksa berjalan kaki. Hanya aku yang berkeras supaya ummi tidak mengikutiku. Kerana aku takut jika keputusan yang bakal aku peroleh mampu mengecewakan ummi. Pada awalnya ummi bantah dan tekad untuk mengikutiku tetapi setelah aku merayu ummi tewas.

Balqis berlari anak mendekati sahabatnya yang sedang mengelamun itu.

"Jauh dan ya kau bermimpi Fasya." Dia menepuk bahuku. Terhinjut bahuku bila dia menepuk. Baru nak mengelamun.

"Ish, kau ni Balqis terkejut aku tau." Aku memarahinya.

"Jadi apa plan kau Fasya, kau nak sambung belajar mana?" Tanya Balqis dengan ceria. Entah kenapa soalan ini tidak wujud dibenakku . Kebiasaanya keputusan seperti ini aku akan bincang bersama ummi dan walid. Aku hanya membuat gaya berfikir.

"Ini kalau kau baru nak berfikir memang kesudahnya tak dapat jawapan. Tapi kan Fasya aku ada berita sedih lah." Balqis membuat-buat muka sedih di hujung ayat. Aku menaikkan kening. Apa yang sedih.

"Kenapa?" Aku mula bersoal.

"Aku dapat tawaran sambung belajar dekat luar negara dua minggu lepas. Petronas tawarkan biasiswa dekat aku." Balqis memberitahu sebab kesedihannya. Wajahnya jelas menggambarkan dua perasaan iaitu sedih dan gembira.

"Sedih apa minah, ni berita gembira kot. Bukan ni memang impian kau ke?" Pelik benar sahabatku seorang ini. Dapat tawaran ke luar negara siap berbiasiswa lagi. Boleh pula dia bersedih.

"Happy tu memang happy, tapi peluang untuk kita bersua muka tipis kot. Macam mana aku nak jumpa kau nanti." Balqis tundukkan wajahnya. Aku sempat menepuk dahiku.

"Zaman dah moden lah Balqis oi, kau VC je lah kalau rindu atau bosan." Aku memberi cadangan. Tidak sangka itu alasannya bersedih. Aku terharu.

"Tapi still tak puas. Macam mana aku nak ketuk kepala kau lagi." Dia senyum senget. Aku tarik balik, aku tak terharu. Boleh pula dia mengingatkan tabiatnya itu. Salah sikit kepalaku akan menjadi mangsa ketukan Balqis. Bukan slow ketukannya. Medulla Oblongata pun boleh rosak.

"Tak de lah aku gurau je Fasya. Tapi aku memang sedih sebab aku akan rindu kau nanti." Dia senyum dan aku juga turut membalas senyumannya. Sejujurnya aku akan merindukannya.

"Biasalah Balqis, proses perjalanan untuk semua pelajar yang nak melanjutkan pelajaran ke peringkat atas. Inilah namanya pengorbanan. Berjauhan dan ibu ayah, kawan-kawan demi menuntut ilmu." Aku senyum ikhlas kepada Balqis. Dia angguk.

"Tapi kan Balqis." Aku ingin mengongsikan kehendakku juga.

"Ha apa dia?" Balqis ingin tahu.

"Aku rasa aku nak sambung belajar di.... " Tidak sempat aku menghabiskan ayatku dapat didengar riuh orang sekeliling seperti ada seuatu yang berlaku. Membuatkan ayat aku hanya tertangguh di situ.

Kenampakkan seperti orang ramai memandang ke arah langit membuatkan aku dan Balqis juga turut memandang ke atas. Membuntang mataku seketika. Asap. Bermaksud ada kebakaran.

Jantung berdegup kencang bila melihat asap berkepuk-kepuk memenuhi langit. Lebih membuatkan hati berasa tidak tenang bila melihat arah kemunculan asap tersebut. Dari kawasan belakang sekolah. Lebih tepat lagi kawasan perumahanku.

Kaki tidak mampu berdiri di situ lagi. Aku terus meminta diri untuk pulang. Balqis angguk mungkin dia faham akan kerisauanku. Kerana dia tahu rumahku juga berada di belakang sekolah tapi agak dalam. Aku sempat melambainya.

Aku terus menarik basikal yang aku sandarkan di tepi pondok keselamatan sekolah. Aku meletakkan tote bag dan bouquet milikku ke dalam bakul basikal dan terus mengayuh keuar dari pagar sekolah. Kelajuan makin ditingkatkan kerana hati berprasangka buruk.

Tiba-tiba basikalku sekat. Aku tidak mampu kayuh. Aku terus berhenti di tepi jalan untuk periksa. Ternganga mulutku bila melihat rantai basikal tercabut. Aku tidak berdiam diri tetapi cuba mengetatkan rantai semula. Aku gagal. Menyesal seketika bila tidak mengambil peduli ketika walid membetulkan rantai basikal sebelum ini. Akhirnya aku hanya menuntun basikal ke rumah tapi masih laju.

Cuping telinga sempat menangkap bunyi siren bomba yang menghampiri dari arah belakang. Aku yakin lori bomba itu menuju ke ke arah yang aku tuju juga. Otak sempat memberi idea supaya memberhentikan lori bomba untuk mengangkutku sekali tetapi hati tegas menghalang. Takut jika semua terlambat kerana diriku. Kesudahnya aku meneruskan servis jalananku.

Badan bergetar terasa badan hampir terebah di jalan saat ini. Nasib sempat disambut oleh seseorang.Aku tersandar di pelukan orang itu. Aku terlambat. Tak, tak, tak! tak mungkin. Hati memberontak melihat hanya abu-abu yang tertinggal. Ummi,walid,adik-adik. Nafas terasa sekat, semuanya terasa tidak stabil. Akhirnya aku rebah.

Sempat aku rasa ada tangan menepuk pipiku beberapa kali sebelum aku pengsan sepenuhnya.

Cinta Jendela जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें