Bab 11

9 1 0
                                    

Kepala terasa berat untuk diangkat. Badan terasa kebas untuk digerak. Dan kedua tangan dan kaki tidak terasa. Mata terasa begitu sulit untuk dicelik. Tetapi dengan sekuat hati Fasya cuba mencelik kedua belah matanya. Keadaan sekeliling terasa kabur dipandangan. Hendak menggosok mata, tangan tidak mampu diangkat.

Dengan kudratnya Fasya menarik tangannya. Tetapi dia gagal. Dia mencuba menggerakkan kakinya pula tetapi masih gagal. Dia mengangkat kepalanya dan menoleh ke kiri. Alangkah terkejut Fasya bila tangannya terikat dengan tali di penjuru kayu katil. Dengan pantas dia menoleh ke kanan dan sama juga terikat. Kepalanya dia angkat memandang ke arah depan jelas terlihat kedua belah kakinya terikat sekali.

Matanya mula memerhati ruangan sekeliling. Dia cukup kenal bilik tersebut. Ini merupakan bilik Rayyan lebih tepat lagi bilik suaminya. Apa yang terjadi hari semalam, perkara terakhir yang dia ingat ialah dia diberi minum dan ubat panadol oleh Rayyan. Sekarang ini badannya terikat. Kepalanya tidak lagi berlapik. Siapa pelakunya? Adakah Rayyan? Jantungnya mula berdegup laju.

Dia mahu menjerit, tetapi tekak tidak mahu mengizinkan. Badan Fasya mengeras bila terdengar bunyi pintu dibuka.

" Finally someone woke up. " Rayyan senyum dan melangkah mendekati Fasya. Fasya meniliti Rayyan dari atas hingga bawah. Mata mabuk jelas terlihat di anak mata Rayyan.

" Tt..tuan kenapa kaki tangan saya terikat? " Fasya bertanya dengan nada ketakutan.

" Cause soon kaki dan tangan tu akan meronta. " Rayyan menjawab.

" Huh? " Fasya masih dengan keadaan blur. Kaki dan tangannya akan meronta tapi untuk apa?

Dia memerhati Rayyan melangkah mendekati rak peribadinya sendiri. Bila Rayyan memusingkan badan Fasya dapat melihat terdapat kotak mancis, lilin dan sebatang besi di tangan Rayyan.

" Tt..tuan tolong bukakan tali ni tuan. Saya nak keluar. " Fasya meminta.

" No. " Ringkas jawapan Rayyan.

" Tuan Rayyan badan saya kebas tuan. Saya nak kena buat banyak kerja dekat bawah. Tolong lah tuan bukakan ikatan dari tangan dan kaki saya. Nanti Datin Mushrifa marah kalau saya tak mulakan kerja saya. " Fasya berkata seakan merayu kepada Rayyan. Dia kini yakin ikatan ini hasil dari Rayyan. Tetapi untuk apa. Mengapa Rayyan mengikat dirinya begini?

" When I say no I mean no." Tegas Rayyan bersuara.

Gulp. Fasya telan liur. Apa yang hendak Rayyan melakukan padanya. Air matanya mula mengalir.

" After all I'm your husband, not Datin Mushrifa. " Rayyan berkata lagi.

Fasya memerhati Rayyan menyalakan lilin. Batang besi yang diambil olehnya tadi dipanaskan perlahan-lahan di api tersebut. Membuntang mata Fasya bila batang besi itu bertukar warna. Merah. Dari jauh pun dia dapat rasa betapa panasnya besi tersebut.

" Are you ready, Darling?." Rayyan bertanya sebaik sahaja batang besi itu dipanaskan. Atas hingga bawah dia memerhati Fasya yang terbaring bersama kaki dan tangannya diikat kemas.

" Tuan Rayyan nak buat a..apa kat saya? " Fasya bersoal dengan esakan.

" Small experiment. " Rayyan berjalan dan berdiri betul-betul di hadapan Fasya.

" ARGHHH!!! SAKITTT!!! TUANNN!!! "

Meronta-ronta badan Fasya agar Rayyan mengalihkan semula batang besi dari tapak kaki kirinya.

Menggema suara jeritan Fasya di rumah agam tersebut. Rayyan senyum bahagia melihat keseksaan Fasya. Tetapi dia tidak cukup puas. Gadis ini harus merana lagi.

" Isk..isk..isk..tt..tolong lepaskan saya tuan, s..s..sakit tuan. " Fasya merintih kesakitan. Tapak kakinya pedih menahan kesakitan. Kepanasan yang melampau menyebabkan rasa mencucuk dan menyengat.

" Come on, Darling. Ni baru sikit. " Rayyan mula ketawa kuat. Fasya terkejut mendengar ketawa Rayyan. Tangisan menahan kesakitannya pun masih belum berhenti.

" Stop, cukup tuan. S..sakit tuan. Kenapa tuan buat ma..macam ni kat saya. Apa ss..salah saya tuan? Apa yang saya dah buat kat tuan sampai tuan dera saya macam ni. Pp..panas. Saya tak tahan sakit tt..tuan. "  Mengalir laju air mata Fasya merayu kepada Rayyan. 

Sungguh apa kesalahan yang telah dia lakukan kepada lelaki ini. Mengapa dirinya diseksa begini? Tiba-tiba sahaja lelaki ini muncul dihidupnya. Terus merana kehidupannya. Bermula dengan menganggunya dengan sentuhan dan sekarang bersambung dengan penderaan. Sampai bila dia harus begini. Dia juga manusia biasa. Kenapa dia harus tanggung tanpa diberikan sebab.

" It's too early to explain to you, Darling. Banyak lagi game yang kita kena main. Kalau saya dah explain it's no longer interesting. " Rayyan menjelaskan dengan gaya menggoda.

Fasya masih merintih kesakitan. Dia masih tidak mampu memahami isi yang disampaikan oleh Rayyan. Kesakitan dikaki itu mendahulu.

" Tt..tuan memang lelaki dayus. " Fasya melepaskan kata-katanya. Kesakitan yang dirasai terlalu melampau. Lebih-lebih lagi lelaki ini bergelar suami kepadanya.

" Pardon? " Rayyan senyum sinis dan membaling batang besi tersebut. Dia terus berjalan dan duduk di sisi Fasya. Dia menyelitkan rambut Fasya yang berjurai di belakang telinga.

Fasya terus menggerakkan kepalanya agar dijauhi Rayyan. Sungguh dia benci bila Rayyan menyentuhnya.

" Heyy, saya suami awak Fasya. I can touch you. " Rayyan meneruskan pergerakannya dengan membelai kepala Fasya pula.

" Nn..no you're not. " Fasya jelas berkata tidak walaupun hakikatnya Rayyan benar suaminya.

" Really? " Rayyan senyum sinis. Dia terus mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Kotak dibuka dan sebatang rokok diambil. Dia terus membakar hujung rokok tersebut menggunakan lighter dan mula merokok disisi Fasya.

Fasya cuba meronta dan menarik tangannya. Tetapi ikatan tali itu kian ketat. Bau rokok yang mula memenuhi ruangan bilik itu mula menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya.

Uhuk! Uhuk!

Melihat Fasya mula batuk tidak henti dia terus mengeluarkan rokok dari mulutnya. Baju Fasya diselak sedikit atas sehingga menampakkan perut gadis itu.

" Aa..apa tuan buat ni. " Fasya yang sedar akan bajunya diselak terus bersuara. Hendak mengelak tidak mampu.

" Darling do you know what is given to people in hell? " Tenang suara Rayyan bertanya. Fasya diam. Dia mula berfikir. Apa yang harus dia balas. Jika dia balas apa yang lelaki ini akan buat kepadanya.

" Bila saya tanya JAWAB! " Terhinjut bahu Fasya bila dibentak oleh Rayyan.

" Ss..seksa. " Perlahan-lahan Fasya jawab.

" Good. " - Rayyan

" Jadi selagi awak digelar isteri saya dan selama itu awak akan merasa keseksaan, Darling. " Sehabis membalas Rayyan terus menekan hujung rokok yang terbakar di perut Fasya.

Arghhh!!

" Tuan...! Berhenti tuan...! " Fasya mula menjerit sekuat hati. Sungguh sakit bila kepanasan tersebut melecur dikulitnya.
Badannya tidak henti bergerak tetapi dia tetap tidak mampu mengelak.

Klak!

Rayyan terus mengangkat tangannya dari perut Fasya bila terdengar pintu biliknya dibuka.

" Enough Rayyan. Suara dia jerit kuat sangat. Mummy risau kalau jiran terdengar. " Datin Mushrifa terus memberitahu dan memberhentikan tindakan Rayyan.

Datin Mushrifa terus menarik Rayyan keluar dari bilik itu. Fasya dibiarkan begitu sahaja. Dia mula pitam akibat menahan kesakitan yang melampau.

Tiba-tiba dia mula merasa akan kaki dan tangannya dilepaskan ikatan oleh seseorang. Baju yang diselak oleh Rayyan tadi ditarik semula sehingga tertutup. Dia tidak tahu siapa kerana matanya terpejam. Siapakah insan yang membantunya?

Sempat dia mendengar bisikkan dari insan tersebut.

" I will help you. "

Cinta Jendela Where stories live. Discover now