Bab 10

10 1 0
                                    

Jika ditanya apa yang dirasai pada hari pernikahan setiap pasangan pengantin akan menjawab bahawa hari yang terindah bagi mereka. Di mana mereka lah raja dan permaisuri pada hari tersebut. Tetapi bukan bagiku. Hari pernikahanku pada hari ini ibarat aku kini sah digelar hamba bagi mereka.

Hidup ibarat tiada arah tuju kini. Malam yang kami ditangkap khalwat Rayyan hanya membisu seperti mengiakan segala rasa sangsi yang timbul pada Ahli Jabatan Agama Islam yang terjah pada malam itu. Bila ditanya aku geleng tapi sayangnya Rayyan angguk.

Bila diri bersedia untuk membayar denda walaupun nilainya tinggi Rayyan bersuara akan bertanggungjawab terhadap kesalahannya di khalayak. Diri terasa pitam bila Rayyan bersuara begitu dan bila mata dicelik semula diri ini sudah sah bergelar isterinya.

Kedudukanku sebagai anak yatim ini membuatkan segala atur cara mereka terurus. Aku mahu melawan tetapi hanya berakhir dengan kegagalan. Sungguh aku benci diriku. Mudah dipijak oleh yang berkuasa.

Masih terngiang-ngiang bisikkan Rayyan di telinga sewaktu bersalaman dengannya. " Welcome to hell, Darling." Saat itu juga Rayyan menyeka air mataku yang hampir tertitis dengan kasar kerana mendengar kalimatnya.

Apakah dendam yang disimpan sehingga menjemput diriku ke neraka. Siapa lelaki bernama Rayyan ini?

Sejujurnya hati berkata semua yang berlaku saat ini seperti sudah dirancang oleh seseorang. Tapi siapa? Mengapa dia yang perlu jadi mangsa? Adakah berkaitan dengannya? Mengapa semuanya berlaku dengan pantas? Soalan demi soalan mula membentuk dibenak.

Air mata begitu mudah mengalir sepanjang hari. Kesedihan dan ketakutan bergabung menyeksa jiwa. Kesedihan timbul kerana rasa rindu akan si pujaan hati. Sungguh dia rindu akan kedua mata sepet yang sering menjadi tatapannya dulu dan berharap akan kekal selamanya. Kini, ia tidak akan menjadi kenyataan lagi. Lebih tepat lagi ia mustahil bila diri sudah bergelar isteri kepada yang lain. Sakit tuk dirasai.

Bagaimana reaksi jejaka si mata sepet itu jika sedar yang diriku ini tidak mampu lagi dimiliki olehnya. Tetapi bila difikir semula agama kami berdua berbeza, budaya dan segalanya berbeza. Tetapi mengapa diri ini masih berharap kepadanya sahaja? Adakah Jian Hong akan membenciku kerana tidak menantinya? Adakah dia akan kecewa denganku?

Ketakutan membuak-buak bila memikirkan hal-hal yang bakal terjadi selepas ini. Rumah yang kujejaki sebagai orang gaji kini aku kekal sebagai menantu. Tetapi rasa seperti hamba.

Baju kurung yang disarung pagi tadi masih di badan. Tangan kaki masih bergerak tanpa henti. Selesai sahaja akad nikah kerja demi kerja di arah. Tiada beza seperti sebelum ini. Aku letih menghadapi semua ini. Malah lebih letih daripada sebelum ini.

Lelaki yang selesai melafaz akad itu hilang sebaik sahaja bersalaman denganku. Kemana pemergiannya pun ku tidak tahu. Inikah namanya perkahwinan.

" Fasya! " Pergerakan tanganku henti sebaik sahaja namaku dilaung. Kaki pantas mengatur langkah.

" Ya, Datin. " Aku bertanya. Sungguh aku marah akan wanita tua ini. Ingin sahaja aku menengking kepadanya tetapi diri masih ingat akan ajaran kedua orang tuaku supaya menghormati orang yang berusia dari kita. Jika Datin Mushrifa tegas menghalang keputusan Rayyan pasti dia tidak terikat dengan mereka semua.

" Berapa lama kamu tu duk basuh pinggan, Fasya. " Datin Mushrifa mula menyoal dengan tegas.

" Tinggal sikit lagi. " Aku jawab.

" Ingat lepas selesai basuh terus naik atas masuk bilik Rayyan bukan ke loteng." Datin Mushrifa memberi arahan. Aku tidak membalas. Mengapa harus bilik Rayyan. Aku rela tidur di bilik sempitku daripada berduaan dengan Rayyan.

" Yang kamu dok membisu kenapa, Fasya Kamu faham tak! " Datin Mushrifa mula menjerit.

" Ya, faham Datin. " Aku terus membalas. Takut memandang renungannya. Tetapi lebih takut bila aku perlu jejak ke bilik Rayyan. Tapi benarkan lelaki itu berada dibilik.

Entah kenapa hati begitu sulit untuk menerima hakikat bahawa Rayyan merupakan suamiku kini.

Perlahan-lahan aku memanjat tangga ke tingkat atas. Berdiri sahaja di hadapan pintu bilik Rayyan jantung berdegup kencang. Terasa seperti diberi amaran supaya jangan masuk ke dalam bilik tersebut. Tetapi kalau bukan ke dalam bilik ini aku tiada pilihan lain.

Dengan lafaz bismillah di hati tangan terus memulas dan menolak pintu. Telinga terus menangkap bunyi pintu berlanggaran dengan botol kaca. Fasya terus mencapai botol tersebut dan didekatkan ke hidung untuk dibau.

Bau yang menusuk masuk ke dalam rongga hidung membuatkan Fasya berasa pening. Dia terus menjauhkan botol kaca tersebut dan dibelek-belek tuk dibaca. Mata membulat bila sedar ia merupakan minuman beralkohol.

Rayyan minum alkohol. Benarkah? Tetapi ia tidak mustahil kerana lelaki itu sendiri mengaku bahawa tidak peduli soal agama. Masih tidak percaya bahawa lelaki ini merupakan suami kepadanya. Aku harus menegurnya walaupun bukan sebagai isteri tetapi sebagai umat Islam.

Kaki terus melangkah ke arah katil bila melihat seperti ada orang sedang tidur di katil. Tetapi mengapa susuk Rayyan terlihat lebih besar di sebalik comforter? Dia mahu kenal pasti keadaan Rayyan sama ada tidur lena atau tidur mabuk.

Prangg!!!

Terlepas botol kaca ditangan Fasya bila melihat suaminya sedang tidur berpelukan seorang wanita berambut kerinting. Kaca yang berkecai di lantai dibiarkan sebaliknya mata tidak lepas memandang aksi haram di depan mata.

Bila Rayyan membawa wanita ini masuk ke biliknya. Sungguh hati bertambah kecai saat ini. Mahu lari dari sini tapi ke mana? Mengapa dirinya dikurniakan suami sebegini?

"Ish, sapa buat bising ni. " Aku mendengar wanita disisi suamiku bertanya. Bila melihatku dia terus senyum menaikkan bibirnya dan terus mengejut Rayyan.

" Baby, bini you dah datang, I balik dulu. " Selesai berkata wanita itu terus keluar dari bilik meninggalkan aku dan Rayyan.

Aku melihat Rayyan terus mencelik mata dan terus memandangku. Dia senyum. Aku menelan liur.

" Come. " Rayyan menepuk ruangan sebelah katilnya. Bila tiada sebarang tindak balas dari Fasya, Rayyan terus menarik lengan Fasya untuk duduk disisinya.

" Ss..siapa perempuan tadi. " Fasya bertanya tergagap-gagap.

" Nothing important. " Tenang Rayyan menjawab. Nada mabuknya masih didengari. Fasya mengenggam erat tangannya, ini baru dipanggil khalwat. Mengalir air mata wanita dipipinya.

" Penat ke, banyak sangat ke mummy bagi kerja untuk you, Darling. " - Rayyan

Aku diam. Aku tahu Rayyan bukan speasis manusia yang bertanya soalan begini. Mengapa nadanya baik kepadaku saat ini. Adakah kerana dia sedar yang aku adalah isterinya. Tetapi apa guna kalau tidur dengan wanita lain saat isteri masih ada.

" You duduk sini I pergi bawakan air untuk you. " Kepalaku yang berlapik tudung itu sempat dibelai dan terus melangkah dari situ.

Aku memerhati Rayyan mengambil menyapu dan menyodok dan terus membersihkan sisa kaca yang berkecai di lantai. Bila diminta dia hanya memberi arahan supaya diriku tidak membuat apa-apa.

Aku melihat Rayyan menghampiriku bersama sebotol air dan sebiji panadol di tangannya. Aku tahu botol air itu diambil dari peti sejuk. Memandangkan aku yang selalu mengisi air dan letak didalamnya.

" I tahu yang you sakit kepala, Darling. So makan panadol dan minum air. Lepas itu you tidur eh. " Rayyan senyum sambil menghulurkan kepadaku. Aku kaku. Mengapa terasa aneh dengan kelakuan Rayyan. Dia baik ke? Tapi aku masih ingat akan kelakuan Rayyan sebelum kami berkahwin lagi.

Perlahan-lahan aku mencapai huluran Rayyan dan terus menelan panadol dan meneguk air. Ya, benar kata Rayyan aku letih dan sakit kepala.

Aku menoleh memandang Rayyan tetapi  mata makin kabur. Badan mula longlai. Aku merasa ada yang menarik tubuhku untuk dibaringkan dengan lebih selesa di atas sesuatu yang empuk. Tanpa sedar aku lena sepenuhnya.

" Sleep tight and dream hell, Darling " - Rayyan

Cinta Jendela Where stories live. Discover now