Bab 7

20 2 0
                                    

Pejam celik-pejam celik hampir empat bulan aku dan Jian Hong bergelar rakan. Aku bersyukur bila salah seorang dari masa laluku masih ada walaupun orangnya tiada pertalian darah bersamaku.

Selesai sahaja menghabiskan tugasku, aku terus panjat ke bilikku iaitu di loteng rumah. Hari ini sungguh memenatkan kerana rumah Datin Mushrifa dihadiri beberapa orang tetamu. Yang peliknya ialah tetamu mereka semua yang muda-muda. Rasa seperti menyambut kepulangan seseorang tetapi tidak pula aku mencuba untuk cari tahu.

Hanya satu perkara yang membuatku kurang selesa dengan kehadiran mereka. Aku sering diperhatikan oleh seseorang lelaki. Bila melihat cara dia memandangku membuatkan bulu romaku menegak. Seram! Tapi terasa seperti lelaki itu orang penting kerana tuan rumahku sering berbual dengannya sahaja.

Sekarang aku hendak rehat lebih tepat lagi tidur. Tudung sarung terus dicampak ke tilam. Bila terasa ada sesuatu di poket aku keluarkan. Roket kertas. Milik siapa lagi kalau bukan Jian Hong.

Kadang aku terfikir juga dengan sikapnya bersamaku tidak seperti seorang dokter pun. Dalam seminggu pasti ada sahaja roket yang mendarat dari tingkap biliknya. Yang istimewanya setiap roket tersebut membawa ayat manis darinya.

Aku segera membuka lipatan origami roket tersebut untuk membaca. Selalunya roket yang dihantar aku akan baca pada waktu malam begini.

roses are red
violets are blue
and i think i'm
in love with you.
            
        - Your oppa

Gulp!

Aku telan liur. Apa dia tulis ini? Mata masih terpacak di kertas tersebut. Dia tak salah orang kan. Hilang terus rasa mengantukku. Tanpa sedar segaris senyuman terukir di bibirku. Kenapa aku suka ni ya Allah? Hati mula membisik.

Aku terus menghadap cermin kecil yang aku gantungkan di situ. Di saat ini aku melihat wajah Jian Hong dalam pantulan cermin kecil tersebut bukannya diriku. Sejujurnya hati ingin meluah dengan berkata 'ya saya pun berasa begitu.' Tetapi ada sesuatu yang tegas menghalang untuk menerima perasaan sendiri. Adakah kerana dia bukan seagama denganku atau kerana diri terasa terlalu berkurangan.

Aku terus mematikan lampu untuk tidur. Biarlah mimpi yang menenangkan hati yang teruja melompat saat ini.

Tok! Tok!

Aku mencelik mata secara langsung. Bunyi apa tu? Tudung yang dicampak tadi terus ditarik untuk disarung. Alert! Dengan perlahan-lahan aku membuka pintu loteng tetapi tiada siapa. Lampu terus dihidupkan.

Tok! Tok!

Badan aku mengeras. Jelas bunyi itu datang dari arah tingkap. Sungguh berhati-hati aku mendekati untuk mengenalpasti. Aku terkejut melihat ada tangan yang melekap di jendela tersebut. Mata masih fokus walaupun rasa takut membuak. Aku melihat ada kepala yang mula terlihat. Arghh! Aku terjerit. Jeritanku berhenti sebaik sahaja melihat sepasang mata.

Aku terus mencebik melihat Jian Hong menggoyangkan kepalanya. Aku terus membuka tingkap bilikku. Jian Hong terus melompat masuk ke dalam bilikku. Aku kaku.

"Aaa.. apa awak buat ni?" Aku soal.

"I miss you." Tenang Jian Hong menjawab. Tergelak kecil Jian Hong melihat aku. Sah pipi aku merah sekarang ni.

" Macam mana awak boleh sampai bilik saya ni?" Aku ubah topik. Tak kan lah aku nak jawab 'i miss you too' walaupun itulah hakikatnya.

Cinta Jendela Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang