Bab 2

29 4 0
                                    

Hari ini aku terpaksa jalan kaki ke pasar raya. Ialah kalau barang dapur dah habis macam mana nak masakkan untuk tuan rumah. Sebelum ini mak Timah yang akan ke pasar raya untuk membeli barang dapur. Biasalah orang tua-tua kan lebih mahir soal beli bahan basah dan barang dapur ikut badjet. Tetapi kebelakangan ini mak Timah selalu juga mengadu yang kakinya sakit. Jadi aku mengambil alih tugas mak Timah beli barang dapur.

Sempat juga aku meminta duit dekat Datin Mushrifa sewaktu sarapan pagi tadi.Mestilah minta pada dia tak kan jiran sebelah kan. Datin Mushrifa terus mengeluarkan wang kertas sebanyak 200 ringgit. Bukan sikit bahan yang hendak dibeli banyak juga. Jadi 200 ringgit itu biasa sahaja. Almaklumlah wawasan 2020.

Hampir 10 minit dia memberitahu atur cara macam hendak ke temuduga. Katanya aku harus membawa resit sebagai bukti. Tidak boleh beli barang selain dalam senarai perbelanjaan. Baki harus cukup dengan pembayaran. Huhh, letih. Aku hanya angguk. Betul juga caranya kerana zaman sekarang bukan boleh dipercaya. Silap hari bulan baki masuk poket. Jadi tidak salah jika Datin Mushrifa tegas soal ini. Sempat juga dia hadiahkan jelingan kepadaku.

Aku terus mengatur langkah ke pasar raya. Mahu ke pasar raya harus berjalan kaki memandangkan aku tiada apa-apa kemudahan jadi kurniaan tuhan lah yang harus diguna pakai. Laju juga aku berjalan menuju ke pasar raya. Kalau dekat tidak mengapa ini jauh. Jika berjalan lenggang-lenggok memang malam baru sampai ke rumah agaknya.

Tiba sahaja di pasar raya aku terus mengambil bakul yang tersusun rapi di tempat masuk untuk memudahkan aku meletakkan barang dapur nanti. Aku menjeling satu persatu bahan basah yang harus dibeli. Ialah Datin Mushrifa selalu berpesan supaya beli sayur- sayuran yang tampak sihat tanpa sebarang kulat. Jika dia terlihat kulat atau lubang-lubang pada sayuran pasti akan mula membebel. Sedangkan sayur-sayuran yang ada kulat atau serangga merupakan sayur-sayuran yang sihat kerana bebas dari semburan racun serangga.

Tapi aku ikut sahaja kehendaknya. Orang gaji harus berkelakuan seperti orang gaji. Tidak boleh bersoal. Aku sambung teroka pasar itu. Satu persatu bahan aku teliti dalam list note. Takut tercicir, habis kena jalan balik nanti. Aku hampir selesai mendapatkan semua bahan yang diperlukan. Cuma tinggal satu.

Telur!

Aku cuba memerhatikan semua ruang untuk mencari keberadaan telur. Telur harus telur omega ya. Tidak boleh telur lain. Tahulah kaya tapi tak kan lah sampai telur pun harus yang mahal. Kalau telur biasa satu papan yang ada 30 biji dalam anggaran 12 hingga 18 ringgit. Manakala telur omega 10 biji pun dah lapan hingga 10 ringgit. Huhh Mahal! Tapi masih boleh dipertikaikan kerana mempunyai khasiat yang lebih berbanding telur ayam biasa.

Aku juga pernah terbaca dalam artikel soal telur omega ini. Katanya telur omega memiliki empat perbezaan dari telur ayam biasa dalam hal tekstur telur kuning, kandungan nutrisi, sumber dan rupa telur. Dalam keempat-empat hal ini telur omega tetap memegang nilai tertinggi bila dibanding. Dalam artikel tersebut juga tertulis bahawa telur ayam biasa lebih mudah retak berbanding telur omega kerana ketebalan yang lebih nipis. Telur omega tebal kerana membran albumin di dalamnya meliputi semua bahagian cangkerang.

Tetapi aku rela beli telur ayam biasa walaupun terdapat banyak khasiat seperti menjaga kesihatan jantung, menurunkan trigliserida dan menjaga kesihatan mata. Janji telur dan boleh kenyang.

Lihat saja keberadaan telur aku terus berjalan mendekati. Hanya tinggal sepapan yang mempunyai 15 biji sahaja bagi telur omega. Laku keras betul. Aku terus mengambilnya. Memandangkan bakul sudah penuh aku terpaksa memegang sahaja sepapan telur itu di tangan.Kini tinggal untuk aku membayar sahaja di kaunter pembayaran. Jauh juga kaunter pembayaran dari tempat aku berdiri ni. Terpaksa lah angkut bakul yang berat ini dan berjalan.

Tak sempat aku tiba di kaunter pembayaran telefonku tiba-tiba berbunyi. Aku terus terus meletakkan bakul di sisi. Tangan yang lagi satu masih setia memegang telur. Aku terus mengeluarkan telefon dari poket seluar. Melihat nama mak Timah terpapar di skrin telefon aku terus menekan butang hijau dan terus memberi salam dan bertanya tujuan. Mak Timah pesan bahawa kayu manis dan bunga cengking juga habis. Aku terus berjalan menuju ke keberadaan kedua bahan tersebut.

Bakul tadi aku biarkan sahaja di situ. Aku tahu tiada siapa berani mencuri kerana masih belum dibayar. Tetapi telur omega tidak. Takut diambil kerana sisa satu papan sahaja tadi.Sambil berjalan sambil bertanya kepada mak Timah jikalau Datin Mushrifa marah kerana membeli barang selain dalam senarai.

Auch!

Tidak sempat mak Timah menjawab persoalan ku telur omega dan telefon yang melekap di telinga sebentar tadi selamat mendarat di bumi. Aku terus duduk mencangkung mengambil telefon dan memandang telur.

"Watch out!" Susuk yang melanggarku berkata. Aku memandangnya dengan penuh kemarahan.

"Buta ke awak ni, tak kan tak nampak orang tengah berjalan." Aku mula menjerit kepadanya. Bila melihat telur omegaku telah pecah membuatkan kemarahan meningkat lagi.

"I'm not blind, you're blind." Senang- senang sahaja dia menuduhku.

"Eh, awak jangan nak tuduh saya sesuka hati eh." Aku menunding jari kepadanya.

"Bukan saya meh, you yang langgar I." Dia membidas. Membuak-buak kemarahan aku dibuatnya.

"Tak de tak de awak yang langgar saya. Awak lah yang salah." Aku tidak boleh kalah. Sebab nanti aku yang rugi.

"Awak tengok apa awak dah buat dengan telur dan telefon saya." Aku menunjukkan telur dan screen protector telefonku yang telah pecah. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"It's just a small matter, why are you shouting?" Dia menurunkan nada percakapannya. Mungkin dia perasan akan mata-mata yang memandang kami saat ini. Tapi aku peduli apa. Dia harus ganti.

"Small matter awak cakap? Siapa nak ganti telur ini balik. Awak tahu tak telur ini mahal. Ingat murah ke?" Boleh pula dia berkata perkara kecil.

"Okay calm down, I akan tolong gantikan harga telur tu." Dia memandangku. Tapi mana boleh setakat itu je. Walaupun hati berkata diri sendiri salah dalam hal ini.

"Kalau boss saya tanya saya nak jawab apa. Dah lah telur omega tinggal satu papan je tadi. Mana saya nak cari lagi?" Aku bertanya lagi. Kalau dia sudah membayar ganti sekalipun mana hendak aku mencari telur omega sepapan lagi. Jauh lagi aku perlu berjalan kalau mahu mencari di pasar yang lain.

"So, apa saya boleh buat. You want me to give you a ride?" Dia membalas.

"Eiuw, tak nak saya." Aku membalas lagi. Tak kuasa aku ikut mamat cina ini.

"Then, you cari sediri lah." Dia menjawab selamba. Terserlah loghat cinanya bila bercakap.

"Sorry ye cik, sir. Jangan risau kami ada lagi stok telur omega dalam stor. Kami tak sempat susun je stok tadi. Maaf ye, Saya akan bawakan untuk cik ye. Kejap." Baru hendak menjawab ada yang menyampuk. Salah seorang pekerja dari pasar raya ini.

Lelaki yang berlanggar denganku itu menjongketkan kedua bahunya dan menaikkan sebelah keningnya. Aku hanya menjelingnya. Dia terus mengeluarkan dompet dari poketnya. Sehelai wang kertas 50 ringgit dia hulurkan.

"Balance tu you guna untuk screen protector you. Settle?" Dia menjongketkan kedua keningnya. Aku angguk. Tahu lah dia kaya. Setakat 50 ringgit itu macam seringgit je. Aku mengambil dari tangannya. Nasib handsome. Sempat aku memujinya. Sejujurnya mamat cina itu memang kacak.

Mata menjeling waktu dalam telefon. Meluas mataku seketika. Habislah aku! Hati berbicara.

Cinta Jendela Where stories live. Discover now