Bab 13

11 1 0
                                    

Satu-persatu anak tangga dipijak untuk turun ke lantai bawah. Kata-kata Jian Hong pada malam hari mula bemain dalam fikiran. Sungguh diriku bersyukur bila Jian Hong benar memahami segala dugaan yang kuhadapi. A to Z aku cerita kepadanya. Kerisauan, serba salah dan kasih sayang jelas dapat dilihat di anak matanya.

Terasa segala harapan mula kembali dengan kehadiran Jian Hong. Bunga yang layu kini disiram dengan harapan akan mekar semula. Janjinya aku pegang.

Kini, misi yang dirancang oleh Jian Hong malam tadi harus dijalankan. Walaupun badan terasa lemah tetapi semangat kini membara. Titik utama rancangan kami ialah aku harus mencari tahu siapa insan yang sering membantuku dirumah ini.

Tetapi bagaimana? Seingat diriku dia memintaku untuk menatap mata sewaktu berbual dengan setiap orang di keluarga ini. Kata Jian Hong mata mampu memberi jawapan.

Selesai memasak aku terus mula menghidang kepada keluarga ini. Sewaktu menghidang seorang demi seorang mula mengambil tempat di ruang makan. Aku beriak biasa sahaja. Tidak mahu tunjuk perubahanku. Yang tiada di situ cuma Dato Mustafa. Dato Mustafa jarang berada di rumah. Entah ke mana hanya Allah yang tahu

" Rayyan beritahu yang kamu tak masuk bilik dia malam tadi. " soal Datin Mushrifa kepada Fasya. Gulp. Fasya telan liur.

Hampir Subuh aku berbual dengan Jian Hong sehingga melupakan Rayyan. Tetapi jika diriku ke bilik Rayyan sekalipun tempat tidurku di lantai. Tiada alas yang diberi kepadaku hanya bertemankan lengan sebagai bantal.

Melihat Fasya yang hanya berdiam diri membuatkan Datin Mushrifa bersuara. " Kamu pekak ke Fasya, aku tanya kan? "

" Sa..saya.." Pap!! Terhenti kata-kata Fasya bila salah seorang adik kepada Rayyan rebah di atas lantai dari kerusi. Aku melihat badannya bergetar dan matanya ke atas menampakkan mata putih. Air liurnya mula meleleh.

Cepat-cepat aku mengambil sudu besi yang tersusun atas meja itu dan digenggamkan ke dalam tangan Rashwah. Perlahan-lahan getaran pada badannya mula mengurang tetapi matanya masih ke atas.

" Rayyan cepat hidupkan enjin kita kena bawak Rashwah ke hospital cepat! " kata Datin Mushrifa. Aku, Datin Mushrifa, dan Rashidah terus mengangkat Rashwah masuk ke dalam perut kereta.

" Kamu ikut sekali Fasya." Datin Mushrifa memberi arahan. Aku hanya akur.

Kepala Rashwah diletakkan di atas ribaku. Aku melihat Rayyan hanya fokus memandu. Datin Mushrifa pula sering memandang ke belakang untuk melihat keadaan anaknya.

Hanya Datin Mushrifa dan Rayyan sahaja yang masuk bertemu dokter. Aku hanya merenung di luar.

" Fasya, Rashwah ditahan selama dua hari di wad. Jadi kamu yang perlu jaga dia di sini. Pakaian dia nanti Abang Nesa akan hantar. Faham. " Aku hanya angguk.

Aku melihat Rayyan dan Datin Mushrifa ke kaunter dan terus beredar dari situ. Sempat aku melihat Rayyan memandang tepat ke arahku dan terus pergi. Kini, aku hanya merenung sekitar ruangan hospital tersebut.

" Cik, cik boleh teman pesakit dalam wad. Tak perlu diluar. " Jururawat di situ memberitahuku. Aku terus langkah masuk ke dalam.

Bila melihat Rashwah terlantar diri terasa simpati terhadapnya. Aku hanya duduk di sisinya.

" Fasya!!" Mata yang dipejam terus dibuka bila namaku diseru.

" Fasya wake up. " Aku melihat Rashwah telah pun bangun.

"We need to talk. " Aku memandangnya. Cakap apa?

" Cik, Rashwah apa kata saya panggil dokter dan periksa dulu keadaan cik. Nanti kita bual ya. " Aku terus memanggil jururawat di situ.

Cinta Jendela Where stories live. Discover now