Bab 3

23 4 0
                                    

Kaki tidak henti melangkah menuju ke kawasan rumah. Setiap kali menjeling waktu di telefon pasti waktu lebih cepat berjalan berbanding langkahku. Salah satu pesanan dari Datin Mushrifa ialah bila pekerja keluar untuk membeli barangan dapur tidak boleh lebih dari 40 minit. Nampak seperti tinggal lagi lima minit sahaja untuk habis waktu yang ditetapkan oleh tuan rumah.

Sempat juga aku mengutuk mamat cina yang melanggarku. Jikalau dia tidak berlanggaran tadi pasti tidak lewat. Apa lah cina ni, tahu lah mata sepet tapi bukak lah sikit mata tu. Erghh. Barang yang diangkutnya pula berat mengakibatkan lagi lambat untuk berjalan.

Tiba saja di perkarangan aku menilik waktu di telefon. Sah aku terlambat lima minit. Cepat-cepat kaki mengatur langkah tetapi bukan ke pintu hadapan rumah tetapi ke pintu belakang rumah. Boleh masuk ke dapur terus dengan pantas. Jalan pintas. Tak de lah tertangkap nanti sebab dah terlambat.

Tiba saja di belakang rumah aku melihat pinggan, kuali, cawan dan macam- macam lagi terletak begitu sahaja di singki. Ini mesti mahu suruh aku cuci. Tapi tidak mengapa ia memang tugasku. Aku terus melangkah masuk ke dalam pintu belakang rumah. Lihat saja kelibat mak Timah di dapur aku terus mendekatinya dan menyerahkan barang dapur dan resit serta baki 200 ringgit tadi.

"Kenapa kamu lambat Fasya?" Mak Timah mula menyoal. Kalau tidak lewat tak de lah orangnya muncul dari pintu belakang.

"Terlanggar mamat cina tadi mak Timah. Sebab tu terlambat.'' Aku menjelaskan. Teringat balik akan wajah mamat cina itu membuatkan aku mendengus kasar.

"Macam mana boleh terlanggar Fasya oi?" Mak Timah masih bertanya. Hairan juga orang tua bila anak muda boleh terlanggar. Tak kan muda-muda dan rabun kot.

"Alah mak Timah nanti lah saya ceritakan. Sekarang saya pergi basuh pinggan cawan sat. Kalau dibiar nanti bertambah gunung nanti." Aku sengih. Ini salah satu prinsip aku. Bila ada kerja terus buat jangan tangguh nanti bertambah diri sendiri yang letih.

"Hmm iya tak iya jugak. Pergi buat." Sebaik sahaja mak Timah berkata aku terus mengambil apron di tempat biasa dan terus melangkah keluar dari dapur. Tiba sahaja di singki aku terus melipat lengan bajuku agar terhindar dari basah.
Satu persatu aku membasuh menggunakan span dan sabun cuci pinggan.

Tiba-tiba telinga terdengar suara Datin Mushrifa di dapur. Aku hanya diam sambil meneruskan tugasku. Biasalah Datin Mushrifa mesti datang untuk spot check barangan dapur yang aku beli sebentar tadi dan resit.

"Fasya!" Terhinjut bahuku seketika. Mananya tidak terkejut bila nama sendiri diseru tiba-tiba oleh seseorang dengan kuat pulak tu. Aku menoleh kebelakangan sahaja aku melihat susuk Datin Mushrifa sedang berdiri jauh beberapa meter sahaja dariku. Aku kaku. Muka garang ditayang oleh Datin Mushrifa seperti biasa.

"Kenapa ada pembayaran duit dua kali untuk telur dalam resit? Tapi dalam plastik ada satu papan je." Datin Mushrifa terus menyoal. Baru aku teringat akan kejadian di pasar raya tadi. Aku lupa untuk letak duit ganti untuk telur dalam baki Datin Mushrifa.

"Oh, maaf Datin tadi saya dah terlanggar seseorang jadi telur dah jatuh. Jadi saya terpaksa bayar dua kali." Aku hanya jujur. Terus aku menundukkan wajahku. Tidak berani menatap wajah tuan rumah lama-lama.

"Orang bagi kerja pun tak reti nak buat elok- elok. Ada je nak buat hal. Jadi kamu gunakan duit saya untuk ganti? Saya ke pecahkan telur itu. Kenapa duit saya yang kamu pakai? Patutnya kamu gunakan duit kamu sendiri untuk bayar ganti rugi." Sungguh tegas nada bicara Datin Mushrifa.

"Tak Datin, saya memang nak gunakan duit saya tapi cashier tu beritahu supaya bayar sekali dengan barang-barang. Jadi saya terlupa nak selitkan duit ganti dalam baki duit Datin." Aku menjawab sambil menundukkan wajah.

"Menjawab! Bila orang kata je menjawab. Datang rumah pun lambat. Kamu ingat saya tak nampak ke kamu jalan ikut belakang. Kamu pergi merayau mana!" Kesalahan demi kesalahan dicari. Aku diam. Malas hendak balas. Nanti dituduh menjawab lagi.

"Ingat ni first and last!" Aku terus mengeluarkan wang secukupnya dari poket seluar bagi mengganti duit telur tadi. Duitku terus diambil dari tangan oleh Datin Mushrifa dan terus beredar dari situ. Aku menghembus nafas lega.

...
...

Jian Hong memanjat tangga ke tingkat atas untuk masuk ke biliknya. Dia baru sahaja pulang dari rumah kawannya. Selepas mendapatkan beberapa barang di pasar raya dia terus pergi menjenguk sahabat lamanya di sini. Memandangkan baru tiga hari dia pulang dari negara India selepas menamatkan pelajarannya.  Dia ingin menemui orang-orang kenalannya yang lama tidak bertemu.

Baru sahaja dia ingin merebahkan badannya di katil dia terdengar bunyi orang sedang memarahi seseorang. Niatnya terus terbantut di situ. Kakinya terus melangkah mendekati tingkap biliknya. Memandangkan arah bunyi bising itu datang dari situ. Dia menjenguk.

Dia melihat ada seorang wanita tua sedang memarahi seorang gadis. Gaya seperti tuan rumah marah pekerjanya. Tapi kenapa garang sangat. Apa kesalahan yang telah dilakukan oleh gadis itu. Dia terus menyandarkan badannya di tepi tingkap untuk terus memerhatikan drama rumah jiran.

Hilang sahaja kelibat wanita tua itu dia melihat gadis itu meneruskan tugasnya. Dia cuba meneliti wajah gadis itu dari tingkap biliknya. Tampak familiar. Terbuntang luas kedua matanya apabila teringat semula. Gadis ini merupakan gadis yang melanggarnya di pasar raya tadi.

Hilang terus rasa simpatinya sebentar tadi. Mungkin ini lah boss yang dikatakan oleh gadis itu. Memang patut dimarah pun. Gadis itu yang melanggarnya tapi dia yang terpaksa ganti. Tapi dia biarkan sahaja setakat 50 ringgit apa lah sangat.

Dia mendapat idea. Dia mahu mengusik gadis itu.

"Pst, pst, pst!" Jian Hong membuat bunyi.

Terkejut Fasya seketika bila terdengar bunyi yang aneh di pendengarannya. Sempat juga dia meniti kiri, kanan, atas, bawah. Mana lah tahu ada ular atau tikus. Ialah tempat basuh pinggan ini terletak di belakang rumah yang ada tanaman. Jadi tidak salah kalau ada haiwan.

"Sini." Fasya mendengar lagi bunyi panggilan itu. Dia menyengetkan kepalanya dan memandang atas ke arah rumah jiran. Dia melihat ada seorang lelaki cina sedang memandangnya. Tapi tidak jelas wajah lelaki itu.

"Kena marah ke tuh?" Terserlah loghat cinanya bila bertanya. Tapi suara macam pernah dengar.

"Siapa awak ini?" Fasya cuba bertanya. Sesat ke mamat cina ini tiba-tiba mengusiknya.

"Aik, baru je you langgar saya tadi sudah lupa ke?" tanya Jian Hong. Dia tergelak kecil melihat riak wajah blur gadis itu.

Terkejut bila lelaki itu berkata. Lelaki itu tinggal di sini jugak ke? Habis lah aku. Sah dia nampak aku kena marah.

"Eh, awak yang langgar saya tau. Kalau awak tak langgar saya tak kena marah lah kat sini." Aku menjelingnya.
Jian Hong hanya gelak.

"You kerja sini ke?" . Jian Hong cuba bertanya.

"Sebuk je. Suka hati saya lah nak kerja mana." Malas mahu borak lama-lama dengannya. Marah aku kat dia tak hilang lagi.

Ternganga mulut Jian Hong bila dengar cara gadis itu membalas kepadanya. Punyalah dirinya baik bagi duit kepada gadis itu tadi walaupun bukan salahnya. Begini cara gadis itu menjawab.

"I'm just asking." Pelik dengan gadis itu. Boleh je jawab dengan sopan kepadanya.

Speaking pulok dah. " Saya tak de masa lah, nak jawab soalan-soalan awak. " Terus aku beredar dari situ. Nasib dia dah selesai membasuh.

Tersenyum Jian Hong melihat gerak geri gadis itu. Dia terus memandang langit. Boleh lah dia mengusik lagi gadis itu lagi selagi dia masih di bandar ini. Boleh mengisi masa lapang. Kenakalannya tidak pernah hilang walaupun usia sudah meningkat.

Cinta Jendela Onde as histórias ganham vida. Descobre agora