Bab 14

14 1 0
                                    

Tangan pantas mencapai dan melipat pakaian untuk masukkan ke dalam beg. Hampir ke semua barangku di loteng ini dikemas. Syukur barangku tidak terlalu banyak. Cukup untuk satu beg. Selesai mengemas rumah buat kali terakhir ini aku terus masuk ke loteng.

Terima kasih kepada insan tersebut iaitu Rashwah. Kad pengenalan dan sijil kursus nikahku berjaya diambil dari bilik Datin Mushrifa oleh Rashwah. Selama enam bulan ini Datin Mushrifa yang menyimpan semua itu. Bagaimana hendak aku keluar dan meneruskan hidup sedangkan bukti aku sebagai warganegara tidak ada? Betul tak?

Rancangan kali ini hanya aku, Rashwah dan Jian Hong yang tahu. Rancangannya mudah. Tepat pukul 12 Jian Hong akan datang dan membawaku pergi. Senang cerita aku nak melarikan diri dari neraka ini. Benar aku mahu membalas dendam kepada keluarga ini. Dengan apa yang mereka telah lakukan pada keluarga kami dan diriku ingin sahaja menikam satu persatu nyawa mereka.

Tetapi bila teringat akan kata-kata Jian Hong hati aku meluruh.

" Kita tak boleh biarkan mereka macam tu je Jian Hong. Kita kena balas balik apa yang mereka dah buat pada keluarga kita." Aku mula bersuara.

" No Fasya. Buat baik berpada-pada dan buat jahat jangan sekali-kali” - Jian Hong

" Eh, bukan buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat ke? - Fasyarina

Jian Hong senyum. "Konsep buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat terdapat dalam fahaman dan kepercayaan dalam agama Hindu, Buddha dan Sikh. Mereka menyifatkan sebagai Hukum Karma."

"Kalau you mau tau, Hukum Karma takde meh dalam Islam but konsep berbuat baik tetap ada balasan dan terang- terangan diungkapkan dalam al-Quran ayat 7 hingga 8 surah az-Zalzalah." -Jian Hong

“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah,nescaya dia dapat melihat balasanNya .Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah,nescaya dia akan melihat balasanNya’’ - Jian Hong

" So kalau kita balas dengan kejahatan apa kemungkinan yang suatu hari nanti kita tak akan dibalas dengan kejahatan? " Jian Hong mengangkat keningnya.

Kesudahnya aku hanya diam memahami ungkapan Jian Hong. Tetapi aku masih kaku dengannya. Bila mendapat tahu namanya sahaja aku yakin bahawa dia telah berjaya memeluk Islam. Pada awalnya aku ingat dia saja memeluk. Tapi sekarang aku yakin dia benar berusaha. Siapa sangka sepantas ini dia mampu mengingati butiran dalam al-quran dengan terperinci.

' Otak dokter kan jadi no wonder. '

"Tok! Tok!"

Berhenti lamunanku bila mendengar bunyi ketukan tersebut. Senyum lebar mula melakar di bibir bila melihat Jian Hong disebalik tingkap.

" Dah ready? " tanya Jian Hong. Aku angguk. Rasa tidak sabar membuak- buak.

" You tunggu saya pergi letak beg dulu. " Jian Hong terus mengangkat beg Fasya dan keluar dari situ. Fasya fokus memerhati cara Jian Hong panjat dan turun dengan pantas. Macam dah biasa buat.

"Papp!!" Kepalaku tertoleh ke belakang. Jantung mula berdegup kencang. Wajah bengis Rayyan dan Datin Mushrifa jelas terlihat.

" Nak lari mana? " - Datin Mushrifa.

"Ma...mana ada saya nak lari datin. " Tergagap-gagap Fasya jawab.

" Habistu mana barang kau semua?" - Datin Mushrifa

" Where did you want to go Darling."  Rayyan mula menyoal. Macam mana mereka boleh tahu ni?

" Saya tak ke mana pun tuan." jawab Fasya

Cinta Jendela Where stories live. Discover now