Bab 4

21 3 0
                                    

"Ohhh
  So suddenly
  I'm in love with a stranger
  I can't believe
  He's mine.." - Fasyarina

"Hey, you change the lyrics!" Ada suara asing menyampuk tiba-tiba.

Fasya terus mendongakkan kepalanya memandang ke arah suara tersebut. Dia sudah lali akan suara yang sering menganggunya kebelakangan ini.

"Suka hati saya lah. Suara saya bukan suara awak." Aku menjelingnya. Sebuk je mamat cina ni.

Jian Hong sudah dapat mengagak jawapan tersebut dari gadis itu. Tapi dia peduli apa. Misi harus diteruskan.

"Patutnya line tu she's mine. Betul tak?" - Jian Hong

"Saya kan perempuan, tak kan saya nak nyanyi she's mine."  Fasya menjawab. Dia masih straight kot. She's mine kang jadi lain pulak.

"Ini lagu 'Fresh Eyes by Andy Grammer' betul tak? " Jian Hong sekadar bertanya. Mana lah tahu gadis itu membalas.

"Ha lah kot." Mana lah dia tahu. Kalau tajuk lagu boleh juga dia tahu tapi kalau sampai nama penyanyi dia sendiri tidak pernah terfikir nak mencari tahu.

Bila melihat riaksi wajah gadis itu sahaja dia tahu bahawa gadis itu tidak berminat untuk berbual dengannya.

"So, nama you apa?" Jian Hong bertanya dengan ragu-ragu. Soalan ini dia telah mula bertanya sejak seminggu yang lalu. Tetapi gadis itu terlalu jual mahal.

Fasya memandang kearahnya. Dia mula berfikir berapa lama lagi dia harus elak dari mamat cina ini. Hampir seminggu soalan yang sama ditanya. Lagi pun kenapa aku harus sombong dengannya. Sedangkan mamat cina ini dah mengaku kalah kan hari tu.

"Kenapa awak nak tahu nama saya?" - Fasyarina

"Sebab kita neighbour meh." Dia menjawab

"Kalau jiran mesti kena tahu nama eh?" - Fasyarina

"Why not? Ke you racist sebab saya Chinese?" - Jian Hong

"Mana ada racist! Ingat saya tak de kerja lain ke?" - Fasyarina

"Ya loh, you terus avoid saya saja. Mestilah saya ingat macam tu." - Jian Hong

"Sebab awak stranger untuk saya." Dia jelaskan. Tangannya masih setia menyiram tanaman.

"Kalau dengan stranger boleh fall in love tak kan dengan stranger tak boleh beritahu nama meh?" Jian Hong bertanya sambil badannya disandarkan di tepi tingkap.

"Hah?" Sungguh dia blur saat ini. Dari mana jatuh cinta dengan stranger ni?

Tergelak kecil Jian Hong melihat riak wajah blur gadis itu.

"Lagu yang you nyanyi tadi about fall in love with stranger right?" - Jian Hong

"Ohhh." Baru dia faham. Mana lah aku tahu tiba-tiba cakap fall in love with stranger memang aku blur lah.

"Okay, fine nama saya Fasyarina."  - Fasyarina

"Hah?" Jian Hong bertanya lagi. Benar dia tidak mendengar bila gadis itu menyebut.

Cinta Jendela Where stories live. Discover now