Bab 12

9 1 0
                                    

Pagi setelah selesai solat subuh Fasya keluar dari kamarnya untuk mulakan kerja hariannya. Dia terus membuka pintu belakang untuk ke singki untuk mengambil cawan dan pinggan dan dibasuh. Dia harus sediakan sarapan kepada keluarga ini.

Fasya terus mula membasuh. Secara tidak sengaja pergerakannya terhenti bila udara segar yang tidak lama dirasai menyapa pada pagi ini. Angin sempoi yang hinggap dipipi dapat dirasai. Pipi yang lebam itu disentuh. Lebam di pipinya kurang sedikit pada pagi ini.

Terima kasih dapat diucapkan kepada insan yang meletakkan ice bag di luar pintu loteng. Sebaik sahaja diriku ditampar kasar oleh Rayyan pada hari semalam aku terus berlari masuk ke dalam bilikku. Bila pintu loteng dibuka semula bila mendengar ketukan ada ice bag terletak di tangga.

Setiap kali dirikku didera oleh Rayyan atau Datin Mushrifa ada sahaja bantuan yang tiba setelah semuanya sepi. Masih terngiang suara yang berbisik berbulan yang lalu ' I will help you.' Dan ya aku diberi bantuan dari segi ubat, makanan atau yang lain. Tetapi aku masih tidak tahu siapa insan tersebut.

Secara jujurnya masa berlalu terlalu pantas. Siapa sangka aku masih bertahan. Atau masih hidup. Sekuat itukah diriku? Kesan luka bakar yang hinggap di tapak kakiku lima bulan yang lepas masih dapat dirasai walaupun bekas sudah pun hilang. Mungkin kerana hati pun turut terluka dengan takdir kehidupan.

Sudah lama diriku tidak menjejak kaki ke luar rumah ini. Benar aku dipenjarakan dirumah ini. Diri sudah pun berputus asa tapi hati masih tidak reda dengan takdir hidup. Wanita mana sahaja yang akan menerima takdir yang sebegini. Didera oleh suami dan mak mertuanya sendiri. Yang lebih sakit bila suami dan mertua itu hanyalah status semata-mata bukannya di realiti.

Diri ibarat patung suruhan. Bila disuruh perlu akur. Dulu aku orang gaji aku terima kerana dibayar tetapi sekarang nothing. Bila diri dipukul rayuan, jeritan, tangisan menggema tetapi tetap tidak dapat menghalang.

Selesai menyediakan sarapan Fasya terus melangkah ke peti sejuk mengeluarkan ayam mentah untuk dicuci dan dibersihkan. Satu persatu ayam dikeluarkan dari plastik dan diletakkan ke dalam besen. Hari ini merupakan menu ayam dalam jadual. Dia perlu siapkan segera. Terdapat banyak lagi kerja yang harus dia lakukan selain memasak.

Pst, pst, pst!

Terjatuh ayam peha yang dicuci oleh Fasya dari tangannya. Bunyi itu. Dia amat kenal akan bunyi tersebut. Benarkah? Atau hanya ilusinya. Atau kerana diriku sedang merinduinya.

Faasyaalina!

Badanku mengeras. Bibir mula bergetar. Air mata mula bertakung. Tangan menggigil. Sungguh benar, ia memang dia. Kepala mahu mendongak tapi hati menghalang. Mampukah pertemuan kali ini membawa kebahagian. Tak! Tak! Aku perlukan dia. Aku harus menatap dia.

Fasya terus memandang ke atas. Air mata terus mengalir bila melihat mata sepet itu senyum memandangnya. Dapatku lihat dia melambai dari jauh bersungguh-sungguh ke arahku.

Jian Hong melihat Fasya sedang mengalirkan air mata membuatkan dirinya turut berasa sebak. Serindu itukah Fasya terhadapnya? Jian Hong terus membuat isyarat agar Fasya berhenti menangis.

Fasya yang melihat isyarat Jian Hong membuatkan dirinya bertambah sedih. Benar dia rindu akan Jian Hong. Berdosakah dia merindui lelaki yang terang-tetangan bukan miliknya.

" Fasya I'm back!! " Jian Hong mengujar dari situ.

Baru hendak dia membalas badannya tiba-tiba dipeluk oleh seseorang dari belakang. Bau yang paling dibenci menusuk masuk ke rongga hidung. Rayyan mula menggeselkan hidung di bahu Fasya yang berlapik tudung sarung.

Kelakuan Rayyan pada hari semalam menulang tayang difikiran. Dirinya ditampar bila menghalang Rayyan membawa masuk perempuan asing ke dalam bilik. Arghhh!! Dia tidak peduli. Yang dia peduli sekarang hanyalah pandangan Jian Hong dari situ.

Mata masih kusyuk memandang mata sepet Jian Hong. Jelas dapatku lihat kesedihan dan persoalan yang tertanya diwajahnya. Pelukan Rayyan dibiar. Dia tidak selesa dengan sentuhan Rayyan tetapi jika dihalang takut jikalau harimau yang sedang tidur dikejut.

Aku tidak boleh membiarkan Jian Hong pergi begitu sahaja tanpa sebarang penjelasan. Dia tidak mahu Jian Hong salah faham akan keadaannya. Bagaimana hendak dia sampaikan. Telefonnya pun sudah berbulan tidak kelihatan. Think Fasya think.

Jian Hong merenung Fasya yang sedang dipeluk oleh seorang lelaki. Siapa lelaki itu kepada Fasya? Mengapa Fasya tidak menghalang lelaki itu? Atau mereka sudah mempunyai ikatan? Jikalau tidak mengapa Fasya berdiam diri sahaja? Adakah dia terlambat?

Mata masih terpacak pada Fasya dari jauh. Dia mula memerhati Fasya membuat suatu gerakan dari tangan. Dia mula fokus. Fasya menggerak-gerakkan jarinya. Jelas dapat dilihat kedudukan 4 jari di atas ibu jari bermaksud "tolong" manakala 4 jari itu pula adalah "saya". "Tolong saya".

Fasya mengulang semula gerakkan tersebut. Masih sama erti 'tolong saya' Bermakna Fasya berada dalam bahaya. Jian Hong mengenggam erat tangannya menahan kemarahan sehingga menampakkan urat di lehernya.

' Berani betul lelaki itu sentuh Fasya!' desis Jian Hong.

Jian Hong mahu membantu Fasya tetapi bagaimana. Jian Hong tidak mahu betindak kosong, dia harus mengetahui segalanya. Dirinya memerlukan penjelasan dari Fasya.

Fasya kuat berdoa dihati supaya Jian Hong perasan akan isyarat bantuannya. Fikiran Fasya terhenti bila suara Rayyan mula menggema di telinga.

" What dish today, Darling? " tanya Rayyan.

"Aa..ayam butter kicap tuan Rayyan. " jawab Fasya

" I hate kicap. Cook for me ayam bakar. " Rayyan memberi arahan sambil senyum. Pelukan dileraikan. Dia saja mahu menambahkan tugas Fasya.

Fasya hanya angguk. Dia tidak mampu membantah keinginan tuan rumah. Fikirannya masih pada mata yang sedang memerhatikan mereka.

Rayyan terus beredar dari situ setelah melihat Fasya mengangguk.

Fasya terus mendongak memandang ke atas untuk melihat Jian Hong. Kosong. Hanya terlihat jendela yang terbuka. Dia terus menyapu air mata dari wajahnya. Jian Hong telah pergi. Dia terus menyambung tugasnya.

Ibu jari yang lecur akibat terkena teh panas itu ditiup-tiup sepanjang memanjat tangga naik ke bilik. Terkejut dirinya bila melihat sekujur tubuh berdiri menghadap tingkap biliknya.

" Ji..Jian Hong. " Aku terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu itu.

Jian Hong terus mendekati dan menarik tangan Fasya dan duduk di atas katil.

" Lepaskan tangan saya, kita tiada ikatan. " jelas Fasya. Serba salah menggunung bila dirinya merupakan isteri orang.

" I know but remember I'm a doctor." Jian Hong terus mengeluarkan ubat dari poketnya dan sapukan krim pada jari Fasya. Dia tahu lecur ini berpunca daripada teh panas yang terkena jari Fasya bila dituang ke dalam singki oleh tuan rumah itu.

Fasya diam. Dia hanya meniliti Jian Hong sedang fokus menyapu ubat dijarinya. Bermakna jejaka ini memerhatinya sebentar tadi. Jikalau tidak bagaimana Jian Hong tahu tangannya luka.

" Fasya." lembut Jian Hong memanggil.

Fasya memandang tepat ke arah anak mata Jian Hong.

" Bagitau saya apa yang sudah jadi selama enam bulan ini. Bagitau saya siapa lelaki yang peluk you pagi tadi. Bagitau saya semua Fasya. " Jian Hong membalas pandangan Fasya dengan prihatin.

Air mata Fasya mengalir semula. Sejak enam bulan hidupnya selalu ditemani oleh air mata. Dan mungkin kehadiran Jian Hong kali ini mampu selamatkan dirinya dari neraka ini.

" Tell me Fasya. Tell me everything! "

Cinta Jendela Where stories live. Discover now