Bab 9

18 2 1
                                    

Fasya duduk berpeluk lutut di hujung sudut biliknya. Badannya tidak henti menggigil. Badannya terasa begitu jijik kerana mudah disentuh oleh yang haram. Matanya sudah pun bengkak kerana menangis tidak henti. Wajahnya sembam.

Hari pertama kejadian, dia bersangka tidak akan berterusan tetapi siapa sangka lelaki itu tidak henti menganggunya. Hari demi hari ada sahaja lelaki itu menganggu diri ini dengan sentuhan yang tiba-tiba yang mampu membuatkan diri ini kejung.

Sebelum ini dirinya tenang tanpa sebarang gangguan lelaki di rumah ini. Tetapi kehadiran lelaki yang bernama Rayyan ini menukar udara yang dia sedut setiap hari. Renungan lelaki itu membuatkan dia terasa hendak menamatkan riwayat. Sungguh seksa hidup di bawah renungan Rayyan. Sedih, takut semuanya bergabung.

Lebih membuatkan diri ini sedih bila mak Timah dibuang kerja begitu sahaja dengan alasan kerana sudah tua dan tidak lagi layak untuk bekerja. Kini, bahu sandaran yang selalu disisi pun tidak bersama lagi. Siapa lagi yang dia harus cari untuk berteduh.

Mahu berlari keluar dari rumah ini kata-kata Rayyan masih menggema di salur telinga. " The first day I set foot in this house. And on that day the gate is locked for you. "

Bukannya dia tidak mencuba untuk melarikan diri. Tetapi pagar itu benar - benar terkunci sepanjang hari. Bila hendak memberi alasan mahu membeli barang dapur pun tidak diizinkan. Sungguh dia tidak mampu bertahan dengan layanan Datin Mushrifa yang sering naik tangan terhadap dirinya.

Senyum sinis yang sentiasa diberikan oleh keluarga mereka setiap kali diriku dihina kerana anak yatim. Diri masih tertanya apa kesalahan yang telah dia lakukan sehingga mereka menghinanya seperi ini. Sebelum ini biasa sahaja walaupun masih terasa perit. Selepas kehadiran lelaki itu bertambah perit dan luka.

Dia juga mencuba membuat panggilan kecemasan untuk meminta tolong kerana sering diganggu dengan sentuhan oleh tuan rumah tetapi apakah daya depan mata sendiri dia melihat polis yang datang ke rumah mengambil rasuah dengan Datin qMushrifa dan Rayyan.

Dia tidak sanggup lagi meneruskan kehidupannya begini. Dia harus mencari jalan keluar. Tetapi apakah cara yang harus dia guna untuk menyelamatkan diri sendiri. Semua cara yang dia guna hanya berakhir dengan kegagalan. Siapa lagi yang harus dia meminta bantuan dia hanyalah sebatang kara...

Fasya mengangkat wajahnya yang ditundukkan dari tadi. Segaris nama terlintas di buah fikirannya.

'Lee Jian Hong! '

Fasya terus menyapu pipinya untuk menghilangkan kesan air mata. Patutkah dia menghubungi Jian Hong? Sanggupkah Jian Hong datang menyeberangi lautan demi menyelematkan dirinya? Tetapi rasa serba salah menggunung di hati.

Bila teringat akan janji Jian Hong kepadanya membuatkan air mata Fasya mengalir lagi. Harapan terakhirnya hanya Jian Hong. Hanya Jian Hong yang mampu membantunya saat ini.

Fasya terus bangun dan mencari sebuah kotak. Dia memerlukan nombor telefon Jian Hong. Dia tidak pernah sekalipun menghubungi Jian Hong sejak jejaka itu pergi. Niatnya tidak mahu menganggu latihan kedokteran Jian Hong. Tetapi sekarang hanya Jian Hong yang mampu membantunya.

Kotak yang dipenuhi roket kertas itu satu-persatu dibaca kerana salah satu antara roket kertas itu terdapat no telefon Jian Hong. Hampir kesemua roket dibaca tetapi roket kertas yang tertulis nombor telefon Jian Hong masih tidak dijumpa. Roket kertas yang terakhir diambil dengan penuh harapan. Buka sahaja lipatan origami tersebut..

'

miss me then call me'
011-246****

-Your oppa

Fasya terus mencium kertas itu dengan tanda bersyukur. Sungguh benar dia rindu akan jejaka pujaan hatinya. Sejak pemergian Jian Hong ke negara India hanya kesunyian yang menemani malah kesakitan mula menghadiri.

Tanpa membuang masa Fasya dengan pantas mengemas semula roket kertas yang lain ke dalam kotak dan terus dia mencapai nombor telefon Jian Hong dan mula menekan butang di skrin telefon miliknya.

Tok! Tok! Tok!

Terlepas telefon dari pegangan Fasya bila terdengar bunyi ketukan di pintu loteng. Yang pertama terlintas dalam benaknya adalah tudung. Dia harus menutup kepalanya.

Siapa gerangan yang mengetuk pintu pada malam ini? Fasya masih buntu. Seingat dia sebelum dia naik ke atas Datin Mushrifa memesan kepadanya bahawa sekeluarga mereka akan keluar pada malam ini. Bermakna hanya dia di rumah ini.

Tak kan lah hantu? Cepat-cepat dia menepis fikiran tersebut. Dari dulu lagi dia tidak mempercayai soal hantu semua. Perlahan-lahan Fasya membuka pintu loteng untuk melihat. Fasya menghembus nafas lega bila hanya terlihat tangga yang menuju ke tingkat bawah. Gelap. Dengan segera dia menutup semula. Dan kembali di tempat duduknya.

Tok! Tok! Tok!

Terhinjut bahu Fasya bila mendengar bunyi tersebut. Dengan tangkas dia bangun membuka pintu loteng itu. Malangnya masih sama tiada sesiapa. Perlahan-lahan Fasya memijak tangga itu untuk turun ke tingkat bawah. Dia mahu memeriksa punca bunyi itu. Siapa tahu ada pencuri pecah masuk.

Boleh juga dia minta tolong untuk menculiknya sekali. Asalkan dia tidak perlu berada di sini lagi. Dia yakin keluarga datin Mushrifa tiada di rumah ini jadi siapa lagi.

Tiba sahaja di ruangan ruang tamu rumah Fasya segera mengeluarkan telefon dari poketnya untuk membuka flashlight. Kaki mula melangkah ke dapur untuk melihat tetapi tiada sesiapa.
Fasya masih memberanikan diri ke pintu utama rumah untuk melihat. Masih kosong. Keadaan sunyi jalan di luar rumah jelas dapat dilihat.

Bila tiada apa-apa tanda Fasya mengambil keputusan untuk panjat masuk ke biliknya semula.

Arghh!!

Terjerit Fasya bila badannya tiba-tiba ditarik lalu dan ditolak. Telefon ditangannya sudah terbang jauh di sudut rumah. Dada Fasya mula berdebar laju. Siapa gerangan yang menolaknya. Badan mampu rasa yang diri ditolak ke atas sofa. Tetapi siapa orangnya?

" Siapa ni? " Fasya memberanikan diri untuk bertanya. Sunyi. Tiada balasan.

" Saya tanya ni. Siapa ni?" Fasya menguatkan suaranya.

Dengan pantas tanpa kawalan tudung di kepala Fasya terus dicabut kasar oleh seseorang. Fasya kaku. Dengan keadaan gelap dia tidak mampu mengesan siapa yang berada di sisinya saat ini.

Baru Fasya hendak membuka mulut untuk berbicara walaupun badan mula menggigil kerana rambutnya tidak lagi tertutup dan dia yakin ada seseorang yang berniat jahat berada di sini. Cahaya dari lampu di ruang tamu itu mula menyinar.

Fasya dengan pantas menoleh ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat tudungnya. Aurat tetap utama baginya. Bila melihat tudungnya di tengah ruang tamu Fasya dengan pantas bersedia untuk bangun mendekati tudungnya.

Baru hendak dia bangun tangannya dengan pantas ditarik oleh seseorang dari belakang dan terus menindih badan Fasya di atas sofa.

Membulat mata Fasya bila melihat Rayyan berada di atasnya kini. Lelaki itu hanya dengan tuala di pinggangnya. Beberapa tatu jelas dapat dilihat di bahu kirinya.

" Apa tuan buat ni? " Aku mula memberontak menolaknya. Tetapi seinci pun dia tidak bergerak.

" Shhh." Hanya itu yang dikatakan oleh Rayyan. Fasya tidak mampu bergerak lagi kerana kedua tangannya di genggam erat oleh Rayyan.

Tidak sempat Rayyan membenamkan wajahnya di leher Fasya tersentak mereka berdua dengan serentak dengan bunyi ketukan pintu yang kasar.

Rayyan dengan santai bangun dari situ dan mendekati pintu halaman rumahnya untuk dibuka. Fasya dengan pantas bangun mendekati tudungnya. Dia melihat Rayyan yang hanya bertuala itu membuka pintu.

Buka saja pintu utama.
" Assalamualaikum kami dari pihak Jabatan Agama Islam mendapat laporan untuk tangkap khalwat yang bukan sejenis dalam rumah ini.

Cinta Jendela Where stories live. Discover now