Bab 1

36 7 2
                                    

Kringgg!...

Fasya mencelik mata apabila terdengar bunyi alarm dari telefonnya. Dia terus duduk seraya mematikan bunyi alarm. Dia sempat meregangkan badannya. Dia turut mengikat helaian rambutnya menjadi sanggul sebelum berdiri dan terus mendekati tingkap biliknya. Dia menolak tingkap biliknya dengan perlahan agar terbuka luas. Memandangkan biliknya berada di puncak rumah, udara segar dengan mudah masuk ke dalam biliknya.

Fasya memerhati cahaya bulan yang menyinari pada awal pagi itu. Dia sedang menunggu azan Subuh. Rutin hariannya ialah dia akan bangun seawal pukul lima pagi semata-mata ingin melaksanakan solat fardhu dan turut membersihkan diri sebelum tuan rumah terjaga. Dia harus memulakan tugasnya tepat pada jam tujuh pagi.

Kawasan rumah agam ini masih baru untukku. Ketika tuan rumah memberitahu bahawa mereka akan berpindah dengan segera aku hanya akur. Memandangkan aku tiada sesiapa lagi di situ, aku hanya bersetuju untuk berhijrah bersama mereka. Sebelum ini, rumah yang kami duduki jauh beza dengan rumah yang sekarang. Rumah yang sekarang ini adalah tapak kawasan taman. Rekaannya juga cantik. Bila dijenguk dari tingkap bilik pemandangan hanya belakang rumah jiran. Hanya bumbung dan tingkap bilik orang.

Aku tetap bersyukur kerana sebelum ini aku tidak diberikan bilik seperti sekarang. Sebelum ini aku hanya tidur di dapur atau bawah tangga. Walaupun bilik yang aku duduki sekarang ini agak sempit tapi masih okay!. Pelik juga bila tuan rumah tawarkan bilik untuk aku seorang sahaja. Kerana untuk pekerja yang lain semua disediakan tempat khas. Bukan di rumah. Kecuali aku perlu tinggal di rumah ini. Mahu bertanya tapi takut dimarah. Jadi aku biarkan sahaja.

Hampir dua tahun aku bekerja dengan tuan rumah ini. Mereka semua tegas, kalau mereka memberi arahan sebagai pekerja kita harus laksanakan. Tiada bantahan.

Pada awal pekerjaan aku mula merengek kerana sering dimarahi tanpa alasan yang kukuh. Pernah juga aku cuba untuk minta berhenti kerja, tapi aku tidak dibenarkan. Tetapi setelah salah seorang pekerja seperti aku sering menasihati dan memujukku membuatkan aku bersabar. Demi sesuap nasi perlu ada pengorbanan. Dan diri mampu sedar kerana tiada sebarang kelayakan untuk bekerja di tempat lain. Orang gaji pun orang gaji lah.

Lagi pun makin hari aku makin handal dalam melakukan banyak pekerjaan termasuk cooking, laundry, gardening, dan cleaning. Siapa sangka masakan aku pun kekadang akan dipuji tetapi hanya sekadar memberitahu bahawa ia sedap. Aku pun tidak mengharapkan lebih sebab aku sedar akan kedudukanku.

Gaji yang diberi tidak terlalu lumayan cukup ala sekadar je. Kerana yang melakukan semua tugas bukan aku seorang tetapi bersama pekerja lain juga. Antaranya mak Timah. Mak Timah seorang insan tua yang baik. Yang selalu memberi nasihat, tunjuk ajar dan banyak lagi. Jikalau mak Timah tidak memberi nasihat pada hari itu, pasti aku sudah larikan diri senyap-senyap.

Ting! 

Mendengar sahaja bunyi notifikasi dari telefon aku berhenti mengelamun. Aku terus bangun dari ruangan tepi tingkap itu dan terus mencapai tudung sarung warna hitam. Aku perlu membersihkan diri dan bersedia untuk solat fardhu. Aku hanya tarik pemegang pintu agar pintu dibuka. Buka sahaja ada tangga untuk turun ke tingkat bawah. Aku perlu ke bilik air memandangkan bilikku adalah di ruang loteng. Jadi tiada bilik air.

Langkah demi langkah yang diletakkan begitu perlahan takut menganggu tuan rumah. Tak pasal-pasal dimarah pula. Aku tahu ketika waktu ini kebiasaanya tiada siapa bangun di rumah ini. Pelik juga sedangkan ini adalah waktu Subuh. Bukan mengutuk tuan rumah cuma entahlah kurang senang bila melihat orang tidak bangun pagi untuk melaksanakan ibadah.

Salah satu perkara yang membuatkan aku selesa bekerja di sini kerana tiada lelaki muda. Tuan rumah pun tua iaitu Dato Mustafa dan Datin Mushrifa. Kedua anak mereka pun perempuan. Pekerja pun kebanyakan orang Indonesia itu pun yang dah 40-an.

Selesai membersihkan diri aku terus panjat ketingkat atas. Mahu menunaikan solat dan bersiap sebelum jam tujuh. Aku hanya mengenakan t-shirt muslimah berwarna pink dan seluar slack hitam. Tudung seperti biasa tudung sarung warna hitam.Maklumlah pakaian bebas.

Aku melihat waktu ditelefon. Masih sisa 30 minit lagi. Sempat aku menjenguk semula keluar tingkap. Bukan berniat ingin mengintai rumah jiran cuma saja mahu mengambil angin. Rekaan rumah di taman ini memang lain. Belakang ada ruang tanaman tapi terbuka tiada bumbung. Tempat mencuci tangan pun berada di luar tanpa pintu. Tapi masih di dalam kawasan rumah. Ada juga rumah sebelah yang telah mengubah binaan rumah mereka supaya tertutup agar tidak terlihat oleh jiran.

Bermaksud jika aku bertugas mencuci piring pasti berangin. Aku suka. Aku mengintai jam lagi. Takut jika terlambat tapi masih bersisa 19 minit lagi. Bukan tidak mahu memulakan kerja awal cuma iyalah darah muda lagi mana serajin itu. Lagipun bila aku mula bertugas belum tentu tuan rumah sudah terjaga. Mereka semua akan mula turun untuk bersarapan lapan atau sembilan pagi.

Tepat jam 6.50 aku turun dari loteng rumah iaitu bilikku. Aku tahu pasti mak Timah sudah tiba. Melihat kelibat susuk tua itu aku terus memberi salam.

"Assalamualaikum mak Timah."  Aku mendekatinya. Mak Timah sudah pun mula membuka kesemua tingkap dan pintu belakang rumah. Iyalah jika mahu pinggan mangkuk harus di luar rumah. Sebab singki di luar.

"Waalaikumussalam, ha datang pun dia." Mak Timah senyum memandangku. Aku terus mencium tangannya. Entahlah bila memandang wajah tua mak Timah pasti teringat akan arwah ummi. Jadi aku menjadikan bersalaman dengan mak Timah sebagai salah satu rutin harianku. Mungkin dengan cara ini aku dapat melepaskan rindu.

"Hari ini kita kena sediakan sarapan apa mak Timah?" Aku bertanya. Sarapan kami tidak boleh sediakan sesuka hati. Harus mengikut jadual yang telah diaturkan oleh Datin Mushrifa. Tetapi kekadang Datin Mushrifa sendiri akan mengubah jadualnya. Mungkin dia sendiri tidak selera dengan jadualnya itu.

"Oh, hari ni datin kata jangan ikut jadual." Kan aku dah kata. Mesti ada perubahan.

"Semalam datin pesan sediakan minuman cukup. Katanya family mereka nak keluar. Ada hal." Mak Timah jelaskan. Aku angguk. Biasalah dato datin pasti ada urusan. Aku endahkan sahaja.

Aku mula nampak kelibat Abang Nesa sudah memulakan tugasnya. Lap tingkap. Bila pertama kali aku tengok dia aku terus terpanggil pakcik Nesa. Iyalah dia tidak terlalu nampak muda. Agak tua juga bila dibandingkan dengan umurku. Tapi dia bantah. Dia cakap macam ini. Kamu memanggilku apa paman? Aku masih muda lho. panggil saja Kak Nesa. Sejak hari itu aku panggilnya dengan gelaran abang sahaja. Tak mahu aku berperang mulut dengannya.

Aku terus memakai apron yang tergantung di tepi peti ais. Aku hendak membasuh cawan dan piring untuk menyediakan minuman kepada tuan rumah.

Selesai sediakan minuman aku melihat dari jauh seorang demi seorang turun untuk menjamu minuman mereka. Menu minuman pun bukan semuanya sama. Harus berbeza mengikut tekak mereka. Ada yang mahukan teh, ada yang mahukan coklat panas dan minuman panas yang lain.

Aku hanya memerhatikan dari jauh dan terus meneruskan tugas ku. Buat apa tenung tuan rumah yang sama hari-hari. Aku dan mak Timah ada sahaja topik yang kami akan bualkan sepanjang kami bekerja. Ketika aku ingin menunaikan solat fardhu mak Timah akan menggantikan aku seketika manakala ketika mak Timah hendak solat aku pula akan membantu melakukan tugasnya.

Entah kenapa rutin harian terlalu membosankan dan meletihkan. Entah sampai bila rutin harus bekerja keras seperti ini. Hanya Allah yang tahu.

Cinta Jendela Where stories live. Discover now