Bab 5

24 3 2
                                    

Hari ini kami semua diberikan cuti. Jarang sekali tuan rumah ini tawarkan cuti. Boleh kira dalam setahun cutinya beberapa kali sahaja. Lagi-lagi aku ni. Masa cuti perayaan pun aku tak diberikan cuti. Aku tak kesah sebab aku tak ke mana pun sewaktu perayaan apa- apa. Lebih baik kerja je dengan tuan rumah, gaji pun dapat. Yang aku pergi masjid untuk solat sunat pada hari tersebut. Lepas tu tidur kalau tak de kerja.

Tahu-tahu dah diberikan cuti. Mak Timah awal-awak lagi dah bersiap mahu ke rumahnya. Katanya rindu akan suami dan anaknya. Bila teringat balik akan kisah luahan mak Timah membuatkan aku berasa sedih.

Katanya suami mak Timah askar suatu ketika dahulu. Akibat sebuah tragedi suaminya lumpuh dan terpaksa mak Timah bekerja demi menyara keluarga. Anak perempuannya masih kecil waktu itu untuk bekerja jadi dia selaku isteri dan ibu dia berjuang. Tersentuh aku bila mendengar pada hari tersebut.

Aku menemani mak Timah ke perhentian bas seawal tujuh pagi lagi. Katanya malam nanti dia akan datang balik. Aku sendiri yang sukarela untuk teman mak Timah sehingga perhentian bas. Kesian pula nanti mak Timah perlu mengangkat begnya bersendirian. Memandangkan aku pun cuti aku ikut sahaja. Lepas menghantar mak Timah pergi mungkin aku akan ke mana-mana. Tengok lah nanti.

Aku dan mak Timah hanya jalan beriringan ke perhentian bas.

"Kamu tak pergi jalan-jalan ke dengan kawan kamu tu Fasya?" tanya Mak Timah

"Kawan mana ni mak Timah?" Aku bertanya.

"Yang kamu borak kat belakang rumah hari-hari tu lah." kata Mak Timah.

"Eh, mak Timah perasan?" Terkejut dirinya. Rupa-rupanya ada yang memerhatikan mereka.

"Mestilah perasan. Ada apa-apa ke antara kamu berdua?" soal Mak Timah.

"Ish, mak Timah ni dah sampai ke situ pula. Kawan saya tu cina lah. Mana ada apa-apa di antara kami" Aku menjawab.

"Cina tak cina kamu angau jugak lepas borak dengan dia." hujah Mak Timah.

"Mana ada saya angau mak Timah." - Fasyarina

"Ye lah tu." Aku mencebik. Mak Timah suka mengusik macam ini.

Sambil-sambil kami berbual tiba-tiba ada sebuah kereta berwarna putih berhenti depan kami. Kereta tersebut nampak lawa. Tapi sungguh aku tidak tahu kereta itu modal apa. Yang penting kereta siapa ini? Kenapa berhenti di hadapan kami?

Terkejut aku sebaik saja tingkap kereta itu terbuka.

"Awak?" Fasya bertanya. Mak Timah memandangku dengan pelik.

Tetapi manusia tersebut hanya senyum dan terus memandang ke arah susuk disebelahku.

"Mak Timah mau pergi mana pagi-pagi." Dia bertanya.

"Kerja cuti, jadi mak Timah saja nak balik rumah. Tu ha nak pergi perhentian bas tu Jian Hong." jawab Mak Timah. Aku kaku seketika. Mereka kenal ke?

"Oh, rumah mak Timah di mana?" tanya Jian Hong

"Dekat Kampung Selamat." jawab Mak Timah

"Mak Timah ikut saya saja lah. Saya boleh tolong hantar meh." Jian Hong mula mengajak. Kewujudan diriku disebelah diendahkan sahaja.

"Tak pe lah Jian Hong mak Timah boleh naik bas aje." Mak Timah cuba menolak tawaran Jian Hong. Segan mahu menyusahkan orang lain.

"Saya datang pun sekarang sebab mau ambil Fasya ikut saya. Jalan kami pun ke situ juga." Terkejut aku bila namaku dipetik. Kejap, bila masa aku cadang nak keluar dengan dia.

Cinta Jendela Where stories live. Discover now