Bab 8

16 2 0
                                    

Hari ini merupakan hari kelima setelah Jian Hong bergerak ke negara India. Harianku mula terasa sunyi kembali sedangkan baru hari kelima. Mata masih setia menjeling setiap hari ke arah tingkap mengharapkan ada tangan yang muncul untuk melambai walaupun ia mustahil. Masih tersisa 178 hari lagi untuk dia pulang. Mampukah aku menahan rasa rindu kepadanya?

" Fasya! " Aku mendengar namaku dilaung dengan kuat. Aku tahu itu suara Datin Mushrifa. Kaki dengan pantas mengatur langkah ke arah ruang tamu.

" Ya Datin. " Aku tunduk hormat dan bertanya.

" Kenalkan ini anak sulung saya. Nama dia Rayyan. Kamu kena panggil dia tuan Rayyan. Dia baru saja pulang dari New York selepas tiga tahun. " Datin Mushrifa memberitahu.

Aku terus mengalihkan mata ke arah orang yang ditujukan. Badan aku mengeras. Lelaki ini merupakan lelaki yang hari itu. Bermaksud lelaki ini merupakan anak kepada tuan rumahku. Aku melihat matanya bergerak memandangku atas hingga bawah. Gulp! Aku telan liur.Tapi aku masih menayang riaksi yang sama. Aku menundukkan badanku sebagai memberi hormat kepadanya.

" Kamu berdiri apa lagi, pergi bawakan air untuk anak saya. " Datin Mushrifa memberi arahan. Aku angguk dan terus ke dapur.

Aku melihat mak Timah sudah pun mula membancuh minuman kepada lelaki itu. Selesai sahaja membancuh aku terus membawanya. Memandangkan hanya satu minuman yang diminta aku tidak mengambil dulang.

Aku melihat lelaki yang digelar Rayyan itu memandangku. Aku menghampirinya dan terus tunduk menghulurkan cawan tersebut.

"Prangg!!"

Cawan kaca yang berisi teh itu terus mendarat di lantai marble rumah datin Mushrifa.

" Fasya! Apa yang kamu buat ini? " Datin Mushrifa membentak.

" Tak Datin, tak! Tuan Rayyan yang sentuh tangan saya tadi. " Aku terus bersuara. Sungguh dia terkejut bila tangannya disentuh. Aku yakin yang lelaki itu sengaja memegang tanganku.

"Pangg!!" Datin Mushrifa terus melepaskan amarahnya dengan menampar pipi Fasya.

" Kamu ingat anak saya ni apa? Dia tak hamuk lah nak sentuh orang gaji macam kamu, Fasya. " Datin Mushrifa menengking.

" Maafkan saya Datin. " Aku terus tunduk dan mengutip sisa kaca tadi. Tiada guna membidas, aku tetap akan kalah.

Aku menjejak kaki masuk ke dalam bilik tuan Rayyan untuk mengemaskan bilik tersebut atas arahan Datin Mushrifa. Hidungku cekap menangkap bau yang tidak menyenangkan. Aku melihat ruang sekeliling bilik itu. Aku mengeluh. 'Kotornya.' Dalam sehari pun boleh kotor macam ni ke? Tanpa membuang masa aku terus mula membersihkan.

Aku hampir menyelesaikan kesemua bahagian di bilik tersebut. Yang tersisa hanya ruangan persalinan baju. Aku harus mengumpul pakaian yang harus dicuci.

" Pap! "

Aku mendengar pintu bilik ditutup kasar. Aku terus memusingkan badanku untuk melihat siapa gerangannya. Aku kaku. Aku melihat lelaki itu sudah menyandarkan badannya di ruangan masuk bilik persalinan sambil menyilang kedua tangannya di dada. Senyuman penuh makna ditayang.

" Hello darling " Rayyan selamba memanggil Fasya dengan gelaran 'darling' . Pandangan mata mabuk yang benar mampu menggoda ramai wanita tapi bukan dia.

" A..apa tuan buat dekat sini? " Tergagap -gagap aku bertanya.

Rayyan mula perlahan-lahan mendekati diriku yang masih berdiri kaku di situ. Aku mula sedar akan kelakuan lelaki itu terus mengundur langkah demi langkah. Langkahku terhenti sebaik sahaja belakang badanku berlaga dengan almari.

Cinta Jendela Where stories live. Discover now