Bab 6

13 2 0
                                    

Fasyarina merenungi cahaya bulan yang selalu menemani dirinya setiap pagi. Seperti biasa dia menanti laungan azan Subuh.

Mata mengalih pandangan dari bulan dan terus memandang ke arah tingkap bilik rumah jiran yang tidak bercahaya pada awal pagi ini. Bilik milik Jian Hong. Ya, dari pagi hingga malam aku meluangkan masa seharian bersama Jian Hong. Siapa sangka Jian Hong lah orangnya. Dialah rupanya insan yang berdiri bersama aku pada hari tersebut.

Fasya memejamkan matanya sebentar untuk mengimbas kembali hari semalam.

Kami sama-sama mengambil keputusan untuk bersarapan di warung berdekatan yang berada di kampung Selamat ini. Aku bersyukur bila Jian Hong setuju makan di warung maklumlah mampu B40 je. Kalau T20 kenalah kahwin dengan dokter. Eh, kenapa dokter yang aku terfikir?

Aku dan Jian Hong memilih menu yang sama iaitu roti canai. Yang beza aku roti kosong dan dia roti telur. Bagi air aku memesan teh ais dan untuk dia hanya memesan air suam. Sempat juga Jian Hong jeling ke arahku sebab aku pesan air ais pagi-pagi. Tapi sekali sekala tak salah kan.

Banyak perkara yang kami bualkan bersama. Entah kenapa bila bersama Jian Hong aku mudah melepaskan keluhanku.

"Kenapa you tak sambung STPM. Result you cantik meh. Kenapa terus kerja saja." Jian Hong mahu tahu. Jika wang menjadi masalah keluarganya. Kenapa tidak memilih cara lain untuk terus sambung belajar.

Bila Jian Hong menyebut soal STPM baru aku teringat akan hari di mana aku hendak memberitahu keinginanku kepada Balqis. Tetapi semuanya musnah.

"Saya tak de famili Jian Hong. Famili saya semua meninggal akibat sebuah tragedi. Saya memang nak belajar. Tapi saya kuburkan semua impian saya. Boleh je kerja sambil study, tapi kos penginapan, kos makanan. Bila fikir semua tu saya tak rasa saya boleh. Jadi saya ambil keputusan untuk bekerja terus. " Akhirnya aku hanya jujur. Tidak guna berahsia.

" I'm sorry. " Jian Hong membalas. Sungguh dia terkejut bila gadis ini juga sepertinya. Mama dan papanya juga meninggal ketika pergi menziarahi rumah orang kenalan mereka. Siapa sangka rumah uncle Ali terbakar dan orang tua dia juga menjadi mangsa kebakaran. Tapi dia bernasib baik kerana dia mempunyai keluarga angkat. Keluarga angkatnya yang selama ini membantu dia dan ya, harta papanya juga menjadi miliknya.

Selesai bersarapan kami terus menaiki BRABUS ROCKET 900 milik Jian Hong. Aku baru tahu nama kereta Jian Hong. Akibat curious aku search aje. Terkejut juga bila tengok harga.

" So, what's the next destination? " Jian Hong bertanya dengan senyuman manisnya.

" Boleh request ke? " Fasya memandang tidak percaya.

" Untuk you apa pun boleh." Jian Hong senyum lagi. Ya Allah comelnya dia. Eh, kejap untuk aku apa pun boleh ke dia cakap?

Hanya dalam 20 minit kami tiba di tempat yang aku hendak pergi. Sungguh aku berterima kasih bila Jian Hong dengan rela hati membawaku ke sini. Jika Jian Hong tidak membawaku hari ni entah bila lagi aku akan datang sini lagi.

Perlahan-lahan aku berjalan mencari. Jalan di sini tidak boleh membuat bising. Harus hormat. Aku hanya membiarkan bila Jian Hong berkeras mahu mengikutiku janji dia jaga perangai.

Walaupun sudah lama aku masih ingat yang mana satu. Aku terus duduk mencangkung membersihkan daun- daun kering yang penuh itu. Aku melihat Jian Hong juga turut membantuku. Aku senyum memandangnya walaupun mataku saat ini sudah berkaca.

" Assalamualaikum ummi, walid, dan adik- adik akak." Satu persatu batu nisan aku cium. Untungnya mereka dikuburkan bersebelahan sahaja.

Tanpa membuang masa aku terus mula membaca surah Yaasin. Air yang dibeli sewaktu perjalanan tadi disiram di setiap tanah perkuburan. Aku perhatikan Jian Hong hanya berdiam diri dan perhatikan diriku. Senyuman manis darinya membuatkan rasa sedih serba sedikit mengurang.

Baru sahaja aku ingin melangkah untuk beredar dari situ. Aku mendengar Jian Hong memanggilku. Aku terus memandangnya. Dia memandangku dengan penuh pertanyaan.

"Ali bin Ahmad? " Jian Hong memandang ke arah batu nisan walid.

" Ya itu nama arwah walid. " Aku jawab dengan tenang. Tapi kenapa Jian Hong membuat riak terkejut.

" What is your mum's name? " Aku memandangnya dengan pelik tetapi aku tetap menjawab.

" Aishah." Aku menunjukkan ke arah batu nisan milik arwah ummi.

Aku dapat merasa badan Jian Hong mengeras. Kenapa dengan dia? Aku melihat Jian Hong memandangku dengan mata yang sudah berair. Dia menangis?

" Yy...you kenal Mr. Lee. " Teragak-agak Jian Hong bertanya.

Aku mula berfikir macam pernah dengar tapi di mana ya. Kejap! Aku rasa aku ingat siapa Mr.Lee. Uncle Lee Itu rakan karib walid.

" Ya, saya kenal, uncle Lee. Uncle Lee kawan walid saya. " Aku jawab. Aku masih ingat akan insan tersebut. Dan aku juga ingat yang uncle Lee dan isterinya juga menjadi mangsa kebakaran sewaktu mereka datang menziarahi walid. Mereka pun antara yang terkorban.

Jelas dapat dilihat wajah Jian Hong berubah jadi merah. Aku melihat air mata mengalir membasahi wajah dia. Apa yang membuatkan dia sehingga menangis. Aku terasa ingin menangis semula.

"Mr Lee itu papa saya." Jian Hong menyebut dengan esakan.

" Uncle Lee p..papa awak? " Sungguh aku tidak percaya saat ini. Jian Hong anak kepada uncle Lee. Bermaksud?

Aku melihat Jian Hong mengangguk memandangku. Ya, seribu satu kefahaman aku melihat di wajahnya.

Kini aku dapat tahu, seseorang yang menangkapku apabila hampir rebah melihat rumahku terbakar hangus ialah Jian Hong. Hari di mana takdirku berubah aku jatuh ke dalam pelukan Jian Hong. Orang tersebut adalah lelaki yang berdiri bersamaku saat ini.

Benarlah dunia ni terlalu kecil.

Aku dan Jian Hong duduk memandang ke arah ombak pantai pada malam itu. Siapa sangka aku dan Jian Hong rupanya ada hubungan antara keluarga.

Kring! kring! kring! Perbualan aku dan Jian Hong terhenti bila mendengar bunyi loceng aiskrim di situ. Jian Hong terus berlari mendekati penjual aiskrim itu. Aku tahu dia mahu membelikan untukku.

Mataku mula menggatal bila melihat ada beberada gadis cina mendekati Jian Hong. Aku tahu mereka sedang cuba mengorat Jian Hong. Gaya jalan Jian Hong yang berkarisma pun boleh jatuh cinta apa entah lagi kalau tengok wajah dia dengan dekat. 'Tapi kenapa aku kesah. Biarlah diorang mengorat, diorang kan cina.'

' Tak, tak, tak boleh. Aku tak dapat terima bila Jian Hong dingorat depan mata aku sendiri.' Aku cuba memekik tapi apakah daya mereka berbual dalam bahasa cina.

Hāi, kàn qǐlái hěn shuài. (Hai, awak nampak kacak .) Kata gadis cina itu memandang ke arah Jian Hong yang sedang membeli aiskrim. Tetapi Jian Hong tidak membalas.

néng gěi de diànhuà hàomǎ ma? (Boleh tak saya nak nombor telefon awak?)

"No." Hanya itu yang Jian Hong membalas.

Sungguh hatiku membara melihat gadis- gadis cina yang tak henti mengorat Jian Hong. 'Think Fasya think. Kau kena halang diorang.' Yes! Fasya mendapat idea. Dia terus menjerit memanggil Jian Hong tetapi dengan cara yang lain.

" Oppa cepatlah beli, awak dok buat apa lagi kat situ." Fasya memberanikan diri menjerit begitu. Biarlah orang ingat apa pun. Yang penting dia tak mahu Jian Hong dingorat.

Tersenyum lebar Jian Hong mendengar cara panggilan Fasya. Dia tahu pasti Fasyarina cemburu. Kalau tidak, gadis itu tidak akan memanggilnya dengan gelaran 'oppa'. Dia melihat Fasya sengih dari situ. Tetapi masih dapat dikesan yang gadis itu sedang menahan rasa malu.

Tā shì nǐ de nǚ péngyǒu ma? ( Dia girlfriend awak ke?) Gadis cina itu bertanya.

Shì de. (Ya) . Dengan bangga Jian Hong membalas.

Hé mǎ lái rén yīqǐ? ( Dengan orang melayu?)

"I'm a Muslim." Hanya itu yang Jian Hong membalas sebelum beredar dari situ. Dia sempat mendengar suara gadis-gadis cina itu meminta maaf. Dia hanya angguk.

Cinta Jendela Where stories live. Discover now