Epilog

16 2 0
                                    

" Muhammad Fareez Bin Abdullah. "

" Ya, saya. "

" Aku nikahkan dikau dengan Fasyarina Binti Muhd Ali yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya RM 2000 dan  sebentuk cincin emas tunai. "

" Aku terima nikahnya Fasyarina Binti Muhd Ali dengan mas kahwinnya RM 2000 dan sebentuk cincin emas tunai. "

" Sah? "

" Sah."

" Sah."

" Sah."

" Alhamdulillah." Tok Kadi mula membacakan doa.

Segala beban yang terhimpun di dada selama ini terasa terbang berjauhan. Air mata wanitaku jatuh lagi. Tapi berbeza dengan yang sebelum ini. Air mata kali ini erti kebahagian. Erti diriku juga layak hidup bahagia.

Mataku mula fokus ke arah Jian Hong atau lebih tepat lagi Muhammad Fareez. Baju melayu berwarna kelabu tersarung kemas dibadannya bersama samping. Dia menghampiriku. Aku terus menundukkan wajahku. Rasa malu tidak terkata menatap wajahnya.

" Assalamualaikum my wife, Rina. " Suara macho bersleng cina menyapa ditelinga.

" Wa..waalaikumussalam my husband, Reez. " Aku lihat bibirnya naik. Sukalah tu.

" Lama betul mereka berpandangan ya. Cepat-cepat lah sarung cincin anak-anak. " Suara Puan Dahlia menghentikan lamunan kami berdua. Puan Dahlia merupakan ibu angkat kepada Jian Hong.
Aku bersyukur bila keluarga angkat Jian Hong baik hati dan penyayang terhadapku.

"Ana uhibbuka fillah" Jian Hong membaca ungkapan tersebut dan terus mencium dahiku. Aku tahu akan erti ungkapan tersebut. 'Aku mencintaimu kerana Allah.' Aku bersyukur aku diberikan suami yang tekun beriman kepada Allah. Walaupun Jian Hong merupakan seorang pemeluk Islam tetapi usahanya untuk menjadi imamku jelas terlihat.

Barang-barangku di bilik tetamu sudah dimasukkan ke dalam bilik Jian Hong. Perlahan-lahan aku memulas tombol pintu. Suara Jian Hong membaca al-quran didengar. Merdu. Aku hanya duduk di birai katil perhatikannya. Aku  mendengar dia mula membaca terjemahan ayat-ayat tersebut. Tidak hairan mengapa tutur kata bahasa Melayu Jian Hong makin hari kian bagus.

" Sit here. " Jian Hong menepuk ruang disisinya di atas sejadah. Aku hanya turuti permintaannya.

Sebaik sahaja aku duduk. Jian Hong terus mencium al quran dan diletakkan di atas meja kecil yang berada di situ. Dia terus melabuhkan kepalanya di ribaku. Aku kaku seketika. Walaupun diri sudah biasa berbual dengannya tetapi rasa segan masih ada lebih-lebih lagi kami sudah terikat.

" Terima kasih sudi tunggu dan terima saya walaupun saya masih pemula" - Jian Hong

" Dan terima kasih juga sebab sudi terima saya selepas apa yang dah jadi pada saya. " Aku mula membelai rambutnya dengan tangan kiriku. Lembutnya rambut dia.

Jian Hong terus menarik tangan kananku dan cium. Tanganku digenggam erat. Kehangatan pada tapak tangannya mula menenangkan diriku.

" Macam mana awak boleh terfikir nak letak nama Fareez? " - Fasyarina

" Awak? " - Jian Hong

" Err.." - Fasyarina

" Dulu arwah aunty Aishah panggil arwah uncle Ali 'abang' . So you should call me like that too. " - Jian Hong

" Macam mana a..abang boleh terfikir nak letak nama Fareez? - Fasyarina

" Sebab huruf F. Sama huruf dengan Rina. " Aku senyum. Sebelum kahwin lagi aku mula mendengar Jian Hong membiasakan dirinya memanggilku Rina. Katanya kalau dia Reez aku Rina. Kalau dia Fareez aku Fasyarina.

" Tak munasabah lah jawapan tu. " - Fasyarina

" Fareez merupakan milik nama anak sulung kepada ibu Dahlia. Sejak kehilangan anak sulung mereka kasih sayang itu semua mereka beri kepada abang. Jadi sebagai penghargaan abang letak sendiri nama abang sebagai Muhammad Fareez. " - Jian Hong

" Dan Fareez membawa maksud jelas. Abang nak jelas terlihat di dunia ini sebagai seorang muslim dan suami Rina." - Jian Hong

Aku senyum bahagia memandangnya.

" Macam mana abang pandai guna pistol. " Aku mahu tahu. Tepat sekali tembakan yang dilepaskan pada lengan Rayyan. Takkan dokter pandai guna pistol.

Jian Hong senyum. " Masa belajar dulu abang ada masuk Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS). Masa tu abang umur 20 I guess.

" Maksudnya abang ada pangkat Inspektor KS " tanya Fasya. Jian Hong angguk.

" Hebatnya." teruja Fasya bila suaminya merupakan seorang dokter yang berpangkat inspektor juga.

" Rina nak sambung belajar tak? " tanya Jian Hong.

" Belajar? Saya dah lama tinggal alam pendidikan ni. " jawab Fasya

" Apa salahnya. Ilmu sentiasa boleh dicari meh. Kalau Rina nak abang sudi nak bagi Rina sambung belajar. " kata Jian Hong.

" Betul ke? " Jian Hong angguk.

" Sijil SPM ada lagi kan." -Jian Hong

" Er..sijil SPM saya tak pernah ambil pun. Slip keputusan ada lah. " Fasya sengih.

" Lahh... Tak pe esok kita pergi sekolah Rina. " - Jian Hong

" Boleh tak alang-alang pergi situ saya nak ziarah ummi, walid dan adik-adik. " -Fasyarina

" Anything for my Rina." - Jian Hong.

" Saya nak kenalkan suami saya kat diorang. " Fasya senyum memandang suaminya. Jian Hong terus bangun dan duduk bersila di hadapan isterinya. Kedua tangan isterinya digenggam dan dikucup.

Tangan Jian Hong mula naik membuka lilitan tudung shawl di kepalaku. Aku hanya diam memerhatikan gerakan anak matanya. Selesai dibuka ikatan getah juga dilepaskan.

" Nǐ kàn qǐlái xiàng gè zhū. " - Jian Hong

" Apa maksudnya? " Entah-entah aku tak faham bahasa Cina boleh pula ya dia ambil kesempatan.

" Abang cakap Rina cantik sangat. " Jian Hong jujur. Membahang kedua pipiku. Mana taknya kalau kena puji depan- depan macam ni.

"Nǐ zhēn de hěn fánrén." - Jian Hong

" Sekarang apa pulak maksud dia. " Fasya bertanya. Haihh menyesal dia tidak belajar bahasa Cina waktu sekolah rendah dulu. Tapi apa guna ambil bahasa Arab dulu pun tak tau apa juga sekarang.

" Cari lah sendiri. " Jian Hong tergelak kecil.

" Ehhh!! " Baru hendak dia balas badannya terus dicepung oleh Jian Hong. 

" Abang turunkan lah. " Aku menepuk bahunya.

" Ringannya Rina. " Aku memandangnya.

" Nak tidur tak? " tanya Jian Hong lagi.

Perlahan-lahan aku angguk sambil menyorokkan wajahku di bidang dadanya.

" Jom! "

" Wǒ ài nǐ abang. "

" Abang cintakan Rina jugak. "

Terima Kasih Ya Allah kerana pertemukan diriku dengan lelaki yang bernama Jian Hong dan kini selamat berhijrah sebagai Muhammad Fareez.

Pada akhir cerita kami sama-sama berjaya dalam pertempuran.
Kami berjaya membina istana kami tersendiri untuk hidup bersama.

Dalam hidupku hanya seorang yang mampu duduk bersamaku di dalam kesunyian.

Dan orang itu ialah Muhammad Fareez.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 06 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Jendela Where stories live. Discover now