Bab 1

17K 802 34
                                    


12 tahun kemudian

Baju hoody hitam serta seluar jeans biru gelap aku pakai. Cap hitam dicapai. Beg galasku dicapai. Dalam beg aku tu just ada pencilbox dan buku conteng je. Ringan an.

Aku turun bersarapan di dapur. Abah telah meninggalkan nota di atas meja. Aku membuka tudung saji. Hanya sepinggan nasi goreng sahaja.

Aku duduk di meja lalu makan dengan berselera. Loceng pintu di luar rumah ditekan seseorang. Aku terus ke pintu rumah.

"Aris!! Cepat la!! Nanti lambat pergi kolej!"jerit Irsa dari luar pagar rumah. Aku memakai kasut kanvas lalu mengunci pintu rumah.

Aku menapak ke arahnya. Irsa memberi senyuman manis padaku. Aku sekadar memandangnya sahaja. Aku masuk ke dalam perut kereta. Kereta aku rosak so naik dengan dia je la. 

"Awak dah breakfast?"tanya Irsa.

"Dah".jawabku sepatah.

"Saya belum. Saya nak pergi beli roti la kat kedai tu. Jom teman".ajak Irsa. Irsa memarkir kereta di luar kedai. Aku hanya menunggu di luar kedai.

"Okay dah. Jom!"kata Irsa. Kami masuk semula ke dalam perut kereta.

"Kenapa awak pandang saya?"tanya Irsa yang menyedari aku asyik perhatinya dari tadi. Aku sekadar menggeleng. 

Kereta diparkir. Kami menapak masuk ke dalam pintu masuk kolej. Beberapa orang melihat kami berjalan masuk. Salah. Diorang semua lihat aku. Aku.

"Budak psycho dah datang!! Korang sini la!!"jerit salah seoranh daripada mereka. Ramai berkerumun(?)kelilingku. Mereka ketawa sambil mengejekku.

"Mak dia dah mati!! Sebab tu dia psycho!!"

"Psycho!!! Psycho!!!"

"Bila kau nak mati hah?!!"

Aku semakin tertekan. Irsa menenangkanku. Dia memaut lenganku lalu beredar dari situ.

"Girlfriend kau tu memang malang la!! Dapat boyfriend psycho macam kau!!"

Aku menolak Irsa jauh dariku. Aku berlari ke bangunan kolej. Aku duduk di situ untuk menenangkan diri.

Aku teringat akan peristiwa tadi. Mereka yang mengejekku tadi. Aku dapat menangkap wajah masing masing.

Aku mengasah pisau yang aku bawa lalu aku sorokkan di dalam beg.Beg aku ni banyak poket dan ada satu poket di bawah begku. Aku selalu letak barang rahsiaku di bahagian tu. Aku duduk di dalam bilik itu selama sejam. Malas aku nak masuk kelas. Pensyarah tu bukannya perasan pun.

******

Setelah tamat kelas aku hari ni,aku duduk di luar kelas. Menunggu mangsa. Mereka bertiga keluar dari kelas lalu berjalan ke bahagian belakang kolej. Ada la kerja diorang buat tu.

Aku mengekori mereka secara senyap senyap. Aku terus menerjah mereka bertiga.

"Kau nak buat apa hah?!"tanya salah seorang daripada mereka.

"Diam".kataku. Aku terus menoreh lengan masing masing. Mereka meraung kesakitan. Darah mengalir dengan banyak.

"Wey dah la. Sakit la!!"marah lelaki itu.

"Diam,kalau tak lagi sakit aku buat".ujarku tegas. Mereka akur. Mereka terpaksa menahan kesakitan.

Aku mengelap pisauku dengan sapu tangan yangku bawa. Aku meninggalkan mereka yang telah pengsan atau sudah mati. Maybe. Aku mungkin tertoreh nadi mereka tadi.

Aku berjalan ke arah kereta Irsa. Irsa memeluk tubuhnya sambil memandangku. Aku memandangnya dengan wajah yang tak bersalah.

"Kenapa lambat?"tanya Irsa.

"Sorry. Ada kerja sikit".jawab biasa. Irsa mengeluh.

"Jom balik. Saya hantar".ajak Irsa. Aku menurut. Kami masuk ke dalam perut kereta lalu Irsa menghantarku pulang ke rumah.

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now