Bab 32

6.2K 338 10
                                    


Irsa POV

Aku berjalan mundar mandir di hadapan wad. Harap lah Aris tak apa apa. Kenapa lah ramai sangat orang benci pada dia? Siapa yang buat Aris sampai jadi macam ni?

Doktor menapak keluar dari wad. Aku segera mendapatkan doktor.

"Doktor,macam mana dengan kawan saya?"tanyaku cemas.

"Kawan cik okay je. Cuma dia mengalami kecederaan dalaman. Jangan risau,dia tak ada kecederaan yang serius".jawab doktor. Aku menghela nafas lega. Akhirnya aku boleh bernafas.

"Terima kasih doktor".ucapku.

"Sama sama. Saya minta diri dulu".jawab doktor itu lalu berlalu. Aku melangkah masuk ke dalam wad. Aris masih tidak sedarkan dirinya.

Aku duduk di sampingnya. Baru dua hari sembuh dari kena pukul dengan Naim,lepastu kena pukul lagi. Huh..Aris....Aris...kesian awak.

"Aris,ni Irsa. Saya datang lawat awak. Sorry sebab saya tanya soalan tu pada awak. Kalau saya tak tanya soalan tu mesti awak tak cedera teruk macam ni kan. Saya menyesal. Semua ni salah saya".keluhku. Aris masih tidak sedar.

Aku mengambil Iphoneku lalu mendail nombor Encik Hanafi. Aku menapak keluar dari wad untuk berbual dengan Encik Hanafi melalui telefon.

Aris POV

Mataku perlahan lahan dibuka. Sinaran matahari berlumba lumba menerjah masuk ke dalam mataku. Keadaan sekelilingku sejuk. Aku ada di wad?

Pintu wad dikuak perlahan. Irsa muncul di muka pintu lalu duduk bersamaku. Dia tersenyum gembira bila melihatku telah sedar.

"Awak okay?"tanya Irsa. Aku hanya senyum kelat.

"Siapa buat awak macam ni? Naim? Rafiq? Akashah?"tanya Irsa lagi. Aku tidak menjawab. Bukan tak ingat. Tapi aku malas. Aku malas nak sebut nama orang tu. Dia akan kena nanti. Aku akan balas.

"Tak apa lah kalau awak tak nak jawab. Itu lah awak pendiam lagi. Kan dah ramai syak awak ni psycho bagai. Lain kali jadi la peramah sikit. Tak ada la awak ni kena buli ke apa".bebel Irsa. Aku mengelamun seketika.

"Awak percaya ke saya psycho?"tanyaku tiba tiba.

"Tak".

"Kenapa?"

"Buat apa nak dengar cakap orang lain sedangkang diorang tak ada bukti pun nak tuduh awak ni psycho. Saya tengok awak baik je. Okay je. So saya lebih percayakan awak berbanding yang lain".jawab Irsa panjang lebar.

Pintu bilik wad dibuka. Abah,ibu,Zarif dan Iqbal masuk ke dalam. Riak wajahku berubah. Aku memandang Irsa. Aku dapat tahu. Muka Irsa rasa serba salah.

"Aris okay?"tanya abah.

"Kenapa datang? Aris bukan sesiapa dah lagi bagi abah".balasku. Abah mengeluh kecil.

"Abah minta maaf. Abah tahu abah silap. Abah datang sebab abah nak Aris balik. Aris tetap jadi anak abah".pujuk abah. Aku mendengus.

"Siapa abah? Aris tak ada abah,ibu. Diorang dah tak ada".jawabku selamba.

"Aris..."

"Diam Irsa".gumamku.

"Keluar la abah. Aris penat. Aris nak rehat".kataku lalu mengiringkan badan membelakangi abah. Mataku ditutup rapat. Abah mengeluh.

"Irsa,tolong tengok tengok kan Aris untuk uncle".pesan abah. Irsa mengangguk.

"Aris,abah keluar dulu". Abah menapak keluar dari wad bersama sama yang lain.

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now