Bab 33

6.3K 341 6
                                    


Jam tanganku berbunyi membuatku terjaga dari tidur. Lama juga aku tidur. Aku mengambil jaket hoodyku di dalam rak lalu disarungkan ke badan.  Jaket dan Aris tak pernah berpisah.

Aku melangkah keluar dari wad. Aku ke bilik bedah. Aku mengambil sebilah pisau yang tumpul.Aku mengatur langkah keluar dari hospital.

Walaupun jarak dari hospital ke rumah target aku agak jauh,aku tetap akan bunuh dia. Ya. Aku tetap dengan niat aku. Aku tak kan ubah fikiranku.

Perasan kenapa aku guna pisau tumpul? Lagi lama aku boleh seksa dia dengan pisau tumpul. Aku malas nak bunuh terus. Bosan. Aku nak main main dulu dengan target aku.

Aku berjalan di sekitar bandar. Jam sudah menandakan pukul 1 pagi tetapi masih terdapat segelintir orang bersiar siar di sekitar bandar. Kebanyakannya remaja dan lelaki yang berusia 20-an yang tiada hala tuju dan pekerjaan. Hanya suka berfoya foya.

Aku tidak mempedulikan mereka semua. Aku hanya berjalan menunduk. Ketika aku melintas jalan pun aku still menunduk. Biar lah apa orang nak kata pun. Diri aku. Suka hati aku la.

Setengah jam aku berjalan,dan akhirnya aku sampai di rumah target aku. Nampaknya dia lebih kaya daripada Khairul. Anak Tan Sri katakan.

Aku menghela nafas. Mataku meliar mencari tempat untuk aku masuk ke dalam kediaman target. Aku hanya memanjat tembok yang agak rendah. Nasib la rendah. Badan aku ni pun lemah lagi.

Seperti biasa aku terus menyelinap masuk ke dalam biliknya. Gelap. Memang lah kan. Aku memerhati sekeliling. Tangan kananku dimasukkan ke dalam poket. Bersiap sedia kalau ada sesiapa yang serang hendap.

Kosong. Biliknya kosong. Aku hairan. Bilik airnya tiada orang. Atas katil tiada orang. Aku terus membuka lampu biliknya. Tiada. Aku tutup kembali.

"Mana dia pergi?"tanyaku sendiri. Aku terdengar tapak kaki seseorang yang menghala ke bilik ini. Aku bersembunyi di sebalik pintu.

Pintu bilik dikuak lalu ditutup rapat serta dikunci. Dia mencampak capnya di atas katil. Dia merebahkan dirinya di atas katil. Dia masih belum perasan aku di situ. Aku hanya memerhatikannya.

Dia mengangkat wajahnya. Riak mukanya berubah 100% bila terlihat aku di pintu biliknya. Aku menarik senyuman jahat.

"Kau?!" Aku meletakkan jariku di bibir tanda senyap. Secara perlahan lahan aku menghampirinya.

"Kau buat apa kat sini hah? Macam mana kau boleh masuk? Kenapa kau datang? Kau nak apa?"tanya Rafiq bertubi tubi. Aku mendengus. Banyak soal betul lah.

"Diam".arahku tegas. Wajah Rafiq berpeluh peluh. Aku mengeluarkan pisau tumpul itu daripada poket seluarku.

"Pi..pis....pisau tu wey".ujar Rafiq ketakutan. Eleh pisau je. Rileks la. Belum aku bawa kapak ke apa.

Aku mengambil tangan Rafiq tetapi dia menepis kuat lalu menumbukku. Aku terjatuh dari katil. Aku mendengus geram.

"Kau kenapa?!"marahku. Kesabaranku mula hilang.

"Aku kenapa? Kau tu yang kenapa! Aku benci kau! Kenapa kau muncul dalam hidup aku?!" Rafiq menolak badanku kasar beberapa kali.

"Kau perampas! Sejak kau wujud dalam hidup aku,kau dah rampas semua benda! Kau rampas abah dan ibu daripada aku! Sedangkan kau anak kutip! Kau layak duduk kat dalam tong sampah tu je la!" Nafas Rafiq tercungap cungap. Mukanya merah.

Apa dia cakap? Rampas abah ibu daripada dia? Anak kutip? Apa kena mengena dengan situasi sekarang?

"Kau tak tahu. Sejak kau ada,aku rasa terpinggir. Aku lari rumah. Nasib aku baik sebab ada orang sudi ambil aku sebagai anak angkat diorang". Mata Rafiq sudah merah kerana tahan air matanya.

Hatiku sudah panas. Api membara dalam diriku. Marah membuak buak sudah lama aku tahan. Tanganku dengan pantas menoreh mulutnya. Darah mengalir.

"Kan aku suruh diam tadi. Degil".marahku. Rafiq terpaku. Dia mula berdiam diri.

"Kenapa kau buat macam ni?"tanya Rafiq setelah dua minit mulut dikunci. Aku menghela nafas.

"Tanya diri kau sendiri".jawabku malas. Rafiq mengerutkan dahinya. Dia keliru.

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now