Bab 27

7.1K 378 26
                                    

Sorryyy tertinggalll bab!!! Asl xde spe tegur?? Huhhh....

Pintu bilikku diketuk beberapa kali dengan kuat. Aku mendengus geram. Siapa la yang ganggu aku tidur ni?! Tak sayang nyawa ke apa?! Aku bunuh jugak nanti. Huh..

Aku mencampak pisauku pada tombol pintu. Pintu terbuka perlahan lahan. Maka muncul lah manusia yang tak tahu erti cuti. Dia terlopong.

"Nak apa?"tanya tegas. Zarif menapak masuk ke dalam bilikku.

"Cakap kat luar je!"marahku. Zarif berundur keluar semula. Aku masih baring di katil. Zarif menghela nafas.

"Abang Harraz meninggal".jawab Zarif sayu.

"So? Apa kena mengena dengan aku?"balasku.

"Harraz kan abang kita. Kau tak nak turun bawah ke? Bacaan yasin dah nak start tu".kata Zarif.

"Abang kita? Aku mana ada abang. Itu abang kau bukan abang aku. Dah blarh. Aku malas turun".jawabku. Zarif mengeluh berat lalu turun ke bawah.

"Eh budak ni. Dah la tak tutup pintu".omelku lalu melangkah ke arah pintu. Baruku hendak menutup pintu,abah menahan pintu itu.

"Nak apa?"tanyaku malas. Malas nak hadap muka abah.

"Turun bawah. Aris tak reti nak hormat majlis ke? Harraz tu dah meninggal. Abang Aris tu kan. Kenapa Aris degil sangat ni?"bebel abah.

"Aris mana ada abang. Family Aris dah lama mati".jawabku selamba. Abah terus menampar pipiku.

"Kenapa dengan kau ni?! Dari kecik sampai la ke besar aku tak pernah ajar kau jadi kurang ajar macam ni! Kau memang saja nak naikkan darah aku kan! Apa nak jadi dengan kau ni Aris!"tengking abah.

"For your information,semua ni berpunca daripada abah. Abah tak jaga ibu. Abah asyik busy dengan syarikat abah tu. Aris yang jaga ibu. Abah selalu keluar negeri. Kalau ibu masih ada mesti ibu kecewa dengan abah".

"Abah pentingkan diri sendiri. Sejak arwah ibu meninggal abah langsung tak cara fasal Aris. Rupa rupanya abah cari perempuan lain. Aris sakit abah. Sakit tengok perangai abah ni. And then,abah bawa masuk orang baru dalam keluarga kita ni,ingat Aris boleh terima ke?"

"Aris...."

"Sejak diorang tu ada abah langsung tak ambil tahu fasal Aris dah. Apa Aris buat,keadaan Aris,kesihatan Aris,semua tu dah tak ada. Mana abah Aris? Dah...dah tak ada. Dah la abah. Mulai hari ni,Aris bukan anak abah lagi dah". Abah tersentak. Habis segala gala isi hati aku dah diluahkan.
******

Aku mengemas segala barangku,pakaianku dan seangkatan dengannya. Aku nak keluar dari rumah ni. Makin lama aku duduk dalam rumah ni,makin sakit hati aku.

Okay done. Jaket hoodyku disarungkan ke badan. Aku menggalas begku dan menarik beg rodaku turun ke bawah.

"Aris nak ke mana tu?"tegur ibu. Aku tidak menjawab.

"Aris Daniel!"panggil abah. Langkahku terhenti.

"Apa lagi?"

"Tolong lah jangan buat macam ni. Tak kesian ke pada abah,ibu,abang dan adik ni. Harraz tu baru meninggal semalam".pujuk abah.

"Aris tak ada family. Diorang semua tu dah mati. Kenapa susah sangat nak faham?"jawabku geram. Aku terus menapak ke arah pintu rumah.

"Selangkah Aris keluar dari rumah ni,Aris bukan anak abah lagi dah dan jangan harap nak balik ke sini lagi".ujar abah.

Aku peduli apa. Memang itu pun yang aku nak kan. Aku melangkah keluar. Pintu rumah dihempas dengan kuat.

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now