Bab 38

7K 352 7
                                    


Naim menahan laluanku untuk ke kelas. Aku memandangnya dengan isyarat 'nak apa bro'. Naim menolak badanku kasar ke dinding. Mata kami bertaut seketika.

"Kau jangan ganggu Layla lagi lepasni. Kalau tidak,nahas kau. Aku kerjakan habis habisan".ujar Naim dengan kasar.

"Okay".jawabku biasa lalu menolak badannya ke tepi. Langkahku kembali diatur ke kelas.

Pintu kelas dikuak,aku menapak masuk ke dalam lalu berjalan ke mejaku. Irsa sudah berada di mejanya. Dia memberi senyuman padaku sambil membuat peace.

Kenapa dia masih macam tu? Ramai yang takut untuk dekatiku tapi dia tak. Dia sangat rapat dan baik denganku. Dan aku pun rasa selesa bila berada dengannya.

Aku dah janji dengannya. Aku akan jaga dia. Sejak arwah mak ayah dia meninggal,aku lah yang selalu jadi penemannya. Mama dan papa angkatnya hanya sekadar memberi keperluan harian padanya sahaja.

Aku tahu. Dia perlukan seseorang untuk selalu berada dengannya. Seseorang yang akan membuat dia gembira selalu. Seseorang yang sangat sayangkan dia. Dan ya.

Aku akan cuba jadi orang tu. Tapi boleh ke?

"Aris! Sini la".panggil Irsa. Lamunanku terhenti secara tiba tiba. Aku menapak ke mejaku. Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan.

"Dah kenapa awak tercegat macam tugu kat situ?"tanya Irsa sambil tergelak kecil.

"Saya blur lah pagi buta macam ni. Biasa lah otak lambat proses".jawabku bersahaja. Irsa hanya mengangguk.

"Irsa! Sini kejap!"panggil Ira,kawan Irsa.

"Awak kejap eh".kata Irsa. Aku hanya tersenyum. Irsa melangkah ke arah kawannya. Begku letak di atas meja. Mataku melilau sekeliling kelas.

Banyak perbuatan pelik yang mereka lakukan. Bagi aku lah. Sebab aku ni jarang ambil tahu hal orang lain. Ada yang tidur atas meja. Yes,betul betul baring atas meja. Ngantuk sangat tu.

Mataku beralih ke hadapan kelas. Geng nerd. Baca buku,buat ulangkaji. Rajin siaaa. Rasa tercabar juga. Tapi kesah apa aku.

Aku terpandang buku di atas meja Irsa. Aku mengambil lalu membelek. Hanya nota. Ada juga beberapa lukisan dalam buku itu. Comel jaa.

Kulit buku itu aku lihat. Aku teliti dengan penuh tekun. Namanya. Aku nak tahu nama panjangnya. Senang nak akad nikah nanti. Cehhh....

Aku membulatkan mataku. Hampir terkeluar rasanya. Aku terkejut. Pensyarah mula menapak masuk ke dalam kelas. Aku meletak kembali buku Irsa di atas mejanya. Irsa duduk di sebelahku.

******

Suasana cafe yang bising dan serabut aku hiraukan. Fikiranku jauh melayang. Makanan di hadapanku langsung tidak berusik. Aku keliru sekarang.

Kenapa dia? Aku tak sanggup dan tak boleh. Dia dah banyak tolong aku selama ni. Tak kan lah aku nak balas jasa dia dengan cara yang tak elok.

Mustahil dia. Mungkin aku berkhayal tadi. Tapi aku sendiri yang nampak dengan mata aku. Patut ke? Patut ke aku buat?

Kenapa memang ditakdirkan dia? Dah tak ada orang lain ke dalam dunia ni selain dia. Aku tak nak kehilangan dia.

"Aris!"sapa Irsa yang muncul tiba tiba di hadapanku. Aku tersentak.

"Makan tak ajak. Kalau tak nak belanja saya makan cakap je la. Tak payah la sampai makan pun tak ajak sekali".omel Irsa sambil memeluk tubuhnya.

Ini lah perempuan. Suka overthinking. Tapi nak buat macam mana kan. Sifat diorang macam tu. So sabar jer la.

"Saya memang nak ajak awak tapi tu lah. Awak ada kerja. Tak nak ganggu. Duduk lah. Saya belanja".pujukku. Irsa menarik kerusi lalu melabuhkan punggung.

"Macam mana aku nak hadapi hari hariku seperti biasa kalau dia sentiasa berada di sisiku setiap masa".

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now