Bab 10

9.2K 494 2
                                    


Aku mencapai Iphoneku lalu melangkah keluar dari bilikku. Aku turun ke ruang tamu. Kedengaran seperti ada tetamu datang.

"Haa Aris. Sini. Abah nak kenalkan tetamu kita".kata abah. Aku duduk di sebelah abah.

"Aris,ni ibu baru Aris. Nama dia..."

"Aris nak keluar".jawab selamba lalu keluar dari rumah. Perlu ke abah buat semua tu. Aku tetap tak boleh terima yang ada orang baru yang akan masuk dalam keluarga aku.

Keretaku dipandu laju di lebuh raya. Hala tuju aku entah ke mana. Aku cuma nak hilangkan semua masalah aku sekarang.

Tiba tiba keretaku hilang kawalan. Jalan yang agak licin menyukarkan aku untuk menstabilkan keretaku. Keretaku memasuki lorong bertentangan arah.

Sebuah kereta yang melalui lorong itu merempuh keretaku. Keretaku dibawa ke bahu jalan. Aku dapat merasakan ada cecair yang mengalir pada kepalaku.

Aku membuka pintu kereta. Aku memaut pintu kereta itu lalu tidak sedarkan diri.

******

Irsa POV

Sudah masuk hari yang keempat,Aris tidak hadir ke kolej. Dia sakit ke? Dia ada masalah ke? Tapi dia cakap hari tu dia okay. Fikiranku runsing.

Iphoneku berdering lantas aku menjawab panggilan itu tanpa melihat nama si pemanggil.

"Apa? Aris kat hospital?!" Aku terus bergegas ke keretaku. Aku memandu laju ke hospital.

Aku menapak ke arah kaunter. Aku bertanyakan pada jururawat itu.

"Bilik Aris Daniel bin Hanafi di mana?"soalku.

"Di bilik 303".jawab jururawat itu. Aku mengangguk lalu terus ke bilik itu.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Aris terlantar bersama balutan di kepala dan tangannya. Aku duduk di sampingnya.

"Aris,macam mana awak jadi macam ni? Awak dah tak sayangkan saya ke?" Air mataku mengalir. Aris mula sedarkan dirinya. Dia menarik senyuman bila melihatku.

Aris POV

Aku menyeka air matanya yang mengalir dengan ibu jariku. Aku tak nak lihat dia sedih. Aku dah janji yang aku akan happykan dia.

"Thanks sebab datang lawat saya".ujarku lemah.

"Kenapa awak tak datang kolej?" Irsa mengubah topik perbualan.

"Saya ada masalah peribadi".jawabku. Irsa mengangguk. Dia memahami aku. Kalau boleh dia tak nak masuk campur dalam hal peribadi aku.

"Awak nak makan tak? Saya boleh belikan makanan favourite awak".kata Irsa.

"Okay".jawabku.

"Tunggu kejap saya pergi beli". Irsa  menapak keluar dari bilik. Riak wajahku berubah 360° bila melihat abah bersama seorang wanita yang berusia 30-an.

"Macam mana boleh jadi macam ni Aris?"tanya abah risau. Aku tidak memandangnya. Aku mengiring ke kanan. Abah mengeluh berat.

"Saya tunggu luar".ujar wanita itu lalu beredar keluar. Abah duduk bersamaku. Abah memegang bahuku. Aku menolak perlahan tangan abah.

"Aris kenapa ni? Sejak arwah ibu meninggal Aris banyak berubah. Aris dah tak banyak cakap macam dulu. Aris ada masalah ke?"kata abah.

"Abah tahu,Aris rindu ibu. Abah pun sama. Tapi ibu dah tak ada Aris. Tolong la faham. Aris kena terima. Ini takdir Allah".sambung abah.

"Aris berubah? Bukan abah?"

"Apa maksud Aris? Abah tak faham".jawab abah.

"Sejak arwah ibu meninggal,abah dah berubah. Abah jarang ada di rumah. Abah asyik sibuk bekerja. Aris selalu tinggal dalam rumah sorang sorang. Tiada teman. Aris kecil lagi masa tu. Aris takut".

"Tapi baru sekarang abah cari ibu baru untuk Aris. Aris dah besar abah. Kenapa abah tak cari ibu baru semasa Aris kecil dulu? Kenapa baru sekarang abah nak cari ibu baru pada Aris? Aris tak faham la abah".

"Aris...."

"Dah la. Aris penat. Abah keluar la. Balik".kataku.

Abah menurut. Pintu dikuak lalu abah keluar dari bilik. Air mataku dikesat.

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now