Bab 3

13.1K 652 33
                                    


Aris POV

"Aris!! Nanti beli sarapan kat luar!! Abah kena datang office awal!! Abah pergi dulu!!"jerit abah dari bawah. Dalam rumah ni hanya aku dan abah. So,kalau ada apa apa jerit je. Confirm dengar.

Aku menyikat rapi rambutku. Jaket hoodyku disarungkan ke badan. Hari ni aku drive sendiri. Kereta dah siap dibaiki. Handphonku bergetar. Ni mesti Irsa.

Irsa♥
Morning Aris √√7:23 a.m.

Aris♥
Morng too √√7:24 a.m.

Irsa♥
Dh breakfast?? √√7:24 a.m.

Aris♥
Blum..jumpa kat kolej nnti √√7:25 a.m

Irsa♥
Okay √√7:25 a.m.

Huh...dia ni kenapa la caring sangat pada aku. Aku ni tak ada la special sangat. Nak kata handsome. Boleh tahan la juga. Nak kata pandai. Aku selalu ponteng kelas.

Irsa,memang rapat dengan aku. Sejak umur kami 6 tahun hinggalah sekarang. Umur kami dah 18 tahun. Sudah 12 tahun kami bersama. Tak pernah berpisah. Dia la satu satunya kawan yang aku ada.

Aku mengambil begku lalu melangkah keluar dari bilik. Kunci keretaku dicapai. Pintu rumah sudah dikunci. Enjin kereta dihidupkan dan meluncur keluar dari halaman rumah.

Aku mengatur langkah ke cafe. Tempat yang sering aku duduk ialah di bahagian hujung cafe. Itu tempat aku. Tiada siapa yang duduk di situ melainkan aku dan Irsa.

Mereka semua cakap yang tempat duduk tu kena sumpah,berpuaka bagai. Dan mereka juga ada cakap kalau diorang duduk di situ akan jadi psycho macam aku. Tak faham betul la aku dengan manusia zaman sekarang.

Hot chocolate di hadapanku hirup dengan perlahan. Dua orang lelaki senior datang menghampiriku. Mereka mengambil hot chocolate dari atas mejaku lalu menuangkannya di atas bajuku.

Panass!!!

"Hahahahah!!! Mandi hot chocolate kau hari ni!! Hahahaha!!!" Serentak mereka berdua gelak lalu beredar dari situ. Aku menahan geram.

"Nanti korang. Johan dan Hairi".gumamku.

Aku mengatur langkahku ke kelas. Hari ni tak ada apa aku nak buat so masuk kelas je la. Aku terserempak dengan Irsa.

"Aris,kenapa dengan awak?"tanya Irsa sambil memandangku atas bawah.

"Tak ada apa".jawabku lalu terus masuk ke dalam kelas. Irsa mengikutku. Kami duduk di belakang kelas.

"Aris,hujung minggu ni awak free tak?"tanya Irsa.

"Free. Kenapa?"jawabku.

"Jom main ice skate. Dah lama la tak main".ajak Irsa. Aku mengangguk setuju. Irsa senyum gembira.

Johan dan Hairi masuk ke dalam kelas. Aku memandang tajam ke arah mereka berdua. Aku menggenggam buku limaku. Aku geram. Irsa berada di sebelahku cuba menenangkanku.

"Biar je la diorang tu".ujar Irsa. Aku menghela nafas berat.

Selepas sahaja tamat kelas,hanya tinggal aku,Johan dan Hairi sahaja di dalam kelas. Irsa ke perpustakaan. Aku menapak perlahan ke arah mereka.

"Eh,kau lagi. Nak mandi air hot chocolate lagi ke?"kata Johan sambil tergelak kecil.

Aku mengeluarkan pisau lipat daripada poket seluarku. Aku menghampiri mereka. Mereka berundur ke belakang hingga rapat ke dinding.

"Ka..kau..na..nak buat apa..ni?"tanya Hairi ketakutan. Aku tidak menghiraukan persoalannya itu. Aku terus merapati mereka.

Aku menikam perut mereka berdua dengan dalam. Pisauku dikeluarkan berasama dengan usus dan darah yang memancut keluar. Mereka berdua rebah ke atas lantai.

Aku berpuas hati. Aku menarik senyuman jahatku.

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now