Bab 4

11.6K 624 18
                                    


Irsa POV

Aku meletakkan kembali buku rujukan ke rak buku. Terlintas di fikiranku fasal Aris. Selama aku berkawan dengan dia aku tak pernah pun lihat dia buat kerja kerja psycho.

Tapi kenapa mereka yang lain mengejek dia psycho? Mungkin sikap Aris yang suka menyendiri dan tidak suka bergaul dengan orang lain. Mungkin.

Aku mengemas barangku di atas meja. Aku menapak keluar dari perpustakaan. Langkahku diatur ke tempat parking kereta. Aku terdengar derapan kasut dari belakang.

"Siapa pula ikut aku ni?" Aku mempercepatkan langkahku. Dia juga turut mengekoriku. Semakin laju aku berjalan,semakin laju dia mengejarku.

Dia dapat mencengkam tanganku dengan kuat sekali. Dia menekup mulutku dengan tangan kirinya. Aku memandang wajahnya. Rafiq??

"Lepaslah!!" Aku meronta ronta pinta dilepaskan. Namun genggaman Rafiq amat kuat. Aku tidak mampu berbuat apa apa.

Seseorang telah menolak kasar badan Rafiq hingga dia tersandar pada sebuah kereta. Lelaki itu mendekati Rafiq.

"Aris!!"jeritku. Baru sahaja Aris ingin memberikan buku limanya pada Rafiq namun ditahanku.

Aris memberi isyarat pergi pada Rafiq. Lantas Rafiq terkebil kebil melarikan dirinya. Aku mendekati Aris.

"Okay tak?"tanya Aris. Aku mengangguk. Aris melangkah pergi namun aku menarik lengannya. Langkahnya terhenti.

"Thanks selamatkan saya tadi".ujarku. Aris tersenyum padaku lalu dia beredar.

Kenapa la dia ni susah sangat nak buka mulut? Selama kami berkawan,kitaorang tak pernah cakap lebih dari lima minit. Sebab apa? Dia tak banyak cakap.

Kalau sepatah kita tanya,sepatah juga la dia jawab. Dia dah tak sayang aku ke? Dia macam tak pedulikan aku je. Huh...think positive.

Aku menghidupkan enjin keretaku lalu memandu ke rumah. Kena hadap pula dengan kakak dan abang tiri aku tu. Aku menapak masuk ke dalam rumah.

"Amboi amboi! Lambat balik! Kau ingat kau tu boss ke hah?! Dah pergi basuh baju aku! Kemas bilik aku sekali! Aku nak keluar".arah Aireen,selaku kakak tiriku. Aku mengeluh berat.

Ini lah kehidupkanku. Selalu kena jadi hamba abdi dalam rumah ni. Mama pula dah tak pedulikan aku sangat. Apatah lagi ayah tiri aku tu. Nama aku pun dia boleh main tukar tukar. Entah berapa kali IC aku tukar kena tukar ni. Huh...

Pintu bilik Aireen dikuak. Mataku terbuntang luas. Biliknya bersepah macam tak kemas setahun. Dia buat apa dalam bilik ni sampai bersepah macam ni.

"Hai adik abang yang cantik ni buat apa?"tegur seseorang. Aku kenal suara tu dan aku benci suara tu. Aku pura pura tidak mendengar. Malas layan.

"Abang tanya ni. Bisu dah ke?"tambah Akashah. Itu la namanya. Akashah dan Aireen. Dua dua aku benci.

Akashah menapak ke arahku yang sedang mengumpul baju yang berselerak di atas lantai. Tangannya melingkar pada pinggangku. Okay ni gila.

Aku menolak badannya kasar.

"Kenapa ni? Abang bosan la".kata Akashah.

"Aku bukan murah la! Aku masih ada maruah!"tengkingku lalu keluar dari bilik Aireen. Lantak la baju dia tu bersepah. Kemas sendiri la.

Aku masuk ke dalam bilikku. Pintu dihempas kuat. Biar la nak tercabut ke apa. Aku dah tak kesah. Tubuhku dihempaskan ke atas katil.

"Papa...Irsa rindu papa. Irsa nak papa". Air mataku mengalir tatkala teringatkan arwah papa.

******





Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now