Bab 6

10.7K 569 4
                                    


Aku turun dengan tergesa gesa ke bawah. Dah lewat ke kolej. Aku tidur lewat malam tadi. Abah seperti biasa sudah ke pejabatnya. Aku dan abah sudah jarang meluangkan masa bersama. Masing masing sibuk membuat hal sendiri.

Keretaku dipandu laju ke kolej. Tiba tiba tersekat pula di tengah jalan ni. Time aku lewat ni la kau nak jam bagai wahai jalan. Aku mendengus geram.

Aku mengambil keputusan untuk menggunakan laluan kecemasan. Tiba tiba sebuah kereta yang memasuki simpang terlanggar keretaku. Nasib aku bawa slow je. Kalau tak,arwah dah aku.

Lelaki itu keluar dari perut kereta lalu mengamuk macam orang gila. Dia menendang tayar keretaku dengan kuat. Aku pun keluar dari perut keretaku.

"Kau punya fasal la aku lambat nak pergi kerja! Yang kau tak guna otak ke hah pergi lalu laluan ni dah kenapa?!"tengking lelaki itu. Aku menahan marahku.

"Kau dah kenapa?! Bisu?! Pekak?! Cakap la!" Lelaki itu menampar nampar pipiku dengan kuat. Aku tidak mampu lagi untuk menahan sabar. Aku mencengkam pergelangan tangannya dengan kuat.

Aku terus menolak lelaki itu ke tepi lalu lelaki itu tersungkur ke atas jalan. Badannya terseret akibat tolakanku yang terlalu kuat. Kulit pada lengannya terkoyak hingga menyebabkan darah terkeluar.

Hujan renyai tadi terus menjadi lebat. Bajuku habis basah lecun. Lalu lintas kembali lancar. Aku terus meninggalkan lelaki itu.

Keretaku dipandu ke kolej. Dah terlambat pun. Keretaku diparkir bersebelahan kereta Irsa. Aku keluar dari perut kereta. Bajuku masih basah akibat berada terlalu lama dalam hujan lebat tadi.

Aku mengatur langkah ke tandas. Jaketku ditanggalkan lalu diperah. Aku menggantung jaketku di tandas itu. Kipas dipasang lalu dihalakan pada jaketku itu.

"Harap tak hilang".kataku sendiri lalu menapak ke kelas. Beberapa pelajar keluar dari kelas. Nampaknya aku dah terponteng satu kelas. Irsa memandangku lalu mendapatkanku.

"Aris,kenapa awak datang lewat? Mana jaket hoody awak? Rambut tu basah kenapa?"tanya Irsa bertubi tubi.

"Hujan tadi. Jom la pergi kelas".kataku. Kami berjalan beriringan ke kelas. Perjalanan kami ke kelas dihalangan lima jembalang. Mereka berlima ialah senior yang terkenal di kolej ini.

Lima jembalang itu diketuai oleh Rafiq dan empat anak buahnya iaitu Fikri,Khairul,Airil dan Aiman. Sebenarnya ada tujuh tapi lagi dua orang dah mati. Nak tahu siapa. Tunggu dan baca.

"Wow,psycho nak pergi mana tu?"tegur Rafiq. Kalau la Irsa tak halang aku hari tu confirm dia dah masuk hospital dia ni. Aku merenungnya tajam.

"Aku geram betul la dengan budak psycho ni". Rafiq memberikan satu tumbukan padaku namun aku pantas menepis. Mereka yang lain hanya bersorak.

"Dah pandai main tepis".gumam Rafiq.

"Korang ni dah la. Kenapa nak cari fasal dengan Aris ni?"marah Irsa.

"Wahai cik Putri Irsa Amani,boyfriend awak yang psycho ni dah bunuh kawan kitaorang. Johan dan Hairi. Wey pyscho kau kenal kan diorang tu. Asal kau bunuh diorang hah?!"jawab Rafiq. Dia menolak bahuku dengan kasar.

Irsa semakin takut. Aku menggenggam tangan Irsa erat. Aku terus merempuh mereka berlima dengan selamba. Mereka menjerit jerit memanggilku. Aku malas layan kerenah mereka lagi. Buat sakit hati je.

Irsa menarik tanganku. Langkah kami terhenti seketika. Aku memaling ke belakang.

"Betul ke awak bunuh Johan dan Hairi?"tanya Irsa ingin kepastian. Aku terkelu.

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now