Epilog

12.3K 466 91
                                    


Irsa POV

Sudah hampir setahun aku tidak berjumpa dengan Aris. Cuti semester ini aku bercadang untuk melawatnya. Walaupun orang cakap dia psycho,jahat,budak pelik and whatever aku tetap kawan baik dia. Aku still sayang pada dia. Tak kan pernah pudar perasaan ni. Aku harap dia pun sama.

Aku menapak masuk ke dalam perut kereta lantas enjin dihidupkan. Keretaku meluncur laju keluar dari perkarangan rumahku. First time aku menjejakkan kakiku di sebuah tempat yang dikenali sebagai penjara. Fuhh rasa seram sejuk je.

Bukannya orang jahat yang terkurung tapi hantu. Sebab perangai masing masing macam hantu kecuali Aris. Dia baik. Dia manusia. Tapi yang lain tu hantu. Hahaha...

Aku duduk di kerusi sementara menunggu seorang pegawai polis memanggil Aris.

Aris telah duduk di hadapanku. Kami hanya terpisah dengan cermin(?)di hadapan kami. Telefon dicapai. Suaraku terketar ketar.

"Irsa,kenapa awak datang?"soal Aris yang memulakan perbualan kami. Aku cuba menenangkan diriku.

"Saya datang nak melawat awak. Salah ke?"jawabku biasa. Sebenarnya rasa rinduku ini masih belum terubat. Ya Allah,kuatkanlah hatiku ini.

"Tak...just...."

"Just what? Aris,saya tak pernah tak lawat awak setiap kali awak sakit. Saya sentiasa ada di sisi awak".jawabku dengan bersungguh sungguh.

"Itu dulu Irsa. Masa tu awak tak tahu siapa diri saya yang sebenarnya. Sekarang dah lain. Awak dah tahu semuanya. Saya memang patut terkurung dalam penjara ni. So..."

"So what Aris? Dulu dan sekarang bagi saya sama je. Awak tetap Aris Daniel yang saya kenal dulu. Walaupun awak psycho or whatever saya tetap sayang awak".pintasku.Aris mengeluh kecil.

"So now awak perlu lupakan saya. Awak kena benci saya Irsa. Lupakan saya macam.....saya lupakan awak. Benci saya macam saya bencikan awak. Awak tak perlu buat macam ni. Saya dah tak ada apa apa. From now,please forget me. Forever Irsa. I'm sorry. Jangan tunggu saya. Saya tak kan kembali".ujar Aris. Air mataku ditahan.

"Masa melawat sudah tamat".celah pegawai polis itu. Hish menyibuk betul lah orang tua ni. Aku nak dating dengan Aris pun susah.

Aris dibawa masuk kembali ke dalam penjara. Aku menapak keluar dari situ. Aku terus masuk ke dalam perut kereta. Air mataku mengalir deras. Sungguh mendalam apa yang Aris katakan tadi.

"Aris kenapa awak benci saya? Kenapa awak suruh saya lupakan awak? Saya tak boleh Aris. I miss you Aris Daniel. Mana awak yang dulu. Mana janji awak Aris? Adakah awak dah beri saya fake hope? Tapi awak benci fake hope. Aris!! I need you!" Air mata aku biarkan mengalir membasahi pipiku.

******

Aris POV

Aku bersandar pada dinding. Wajahku diraup. Air mata mula mengalir keluar membasahi pipi. Aku tak dapat nak tipu perasaan ni.

"Irsa...yes...i miss you damn much. I still love you. Saya terpaksa buat semua benda ni Irsa. Awak perlu lupakan saya. Dan saya janji saya mungkin akan kembali dalam hidup awak semula. Soon. Maybe. If you still love me".

Garpu di sebelah aku ambil lalu menoreh pada dinding. Tertulis nama seseorang yang akan aku cari.

"Kau tunggu lah. Kau tunggu




























Naim Daniel. Aku akan cari kau sampai dapat. Aris Daniel akan kembali".

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now