Bab 5

11.3K 608 8
                                    


Aris POV

Seperti yang dijanjikan,aku dan Irsa keluar ke bandar untuk bermain ice skate. Dah berkurun aku tak keluar ke bandar. Aku menjemput Irsa di rumahnya.

Irsa berlari anak ke arah keretaku lalu masuk ke dalam perut kereta. Nafas Irsa termengah mengah.

"Sorry lambat. Saya kena larikan diri daripada Aireen".kata Irsa. Aku terus memandu ke bandar. Irsa hanya membetulkan shawl turqoisenya itu. Life perempuan. Kalau jumpa cermin tak kan terpisah dah.

Aku memarkir keretaku. Kami keluar dari perut kereta. Kelihatan agak ramai orang bermain ice skate. Biasalah hujung minggu.

"Aris,jom la main".ajak Irsa seakan akan sedang memujukku.

"Awak main la sorang. Saya teman je".jawabku. Irsa menarik muncung di mulutnya. Dia memeluk tubuhnya. Merajuk la ni.

Aku pergi mengambil dua pasang kasut skate lalu diberikan pada Irsa. Irsa memandang kosong pada kasut itu.

"Kenapa ni?"tanya Irsa.

"Main la. Tak kan nak suruh makan pula".jawabku. Irsa tergelak kecil. Dah lama dia tak gelak macam tu. Mungkin aku tak banyak cakap dengan dia. Aku cuba. Nak happykan dia.

******

Irsa mengajakku makan di sebuah restoran kegemarannya. Sedap katanya makanan di restoran tu. So aku try je la dulu.

"Macam mana? Sedap kan?"tanya Irsa tentang pendapatku. Aku mengangguk sambil senyum.

"Okay. Kita set macam ni. Setiap kali kita nak keluar pergi makan,kita makan kat restoran ni. Setuju?"cadang Irsa.

"Okay".sokongku. Irsa tersenyum kambing. Aku nak dia lupakan masalah dia kat rumah. Aku tahu dia mesti ada masalah fasal keluarga tiri dia dan mama dia.

Selepas makan,aku membawa Irsa ke taman. Dah lama aku tak tengok budak budak main. Aku suka budak budak. Bila lihat mereka,segala masalah aku hilang serta merta.

"Aris,saya nak tanya something boleh tak?"kata Irsa. Aku sekadar mengangkat keningku tanda 'apa'.

"Kenapa dengan tangan awak?"tanya Irsa teragak agak. Aku melihat tanganku yang dipakaikan gloves hitam.

Aku tidak menjawab sebaliknya hanya melihat tanganku. Riak wajahku berubah.

"Kalau awak tak nak cerita tak apa. Sorry tanya".kata Irsa bila melihat wajahku.

Pandangan Irsa tertumpu pada seorang pak cik bersama beberapa pasang rollerblade.

"Nak main ke?"tekaku. Irsa mengangguk. Dia terus menyewa rollerblade itu untuk satu jam. Dia sengaja keluar lama lama ni sebab tak nak balik rumah.

Aku hanya melihat Irsa meluncur dengan rollerblade itu. Dia nampak gembira tapi aku tahu dalam dirinya terdapat kesedihan yang dia pendam. Aku nak tahu.

Aku nak kongsi rasa kesedihan yang dia alami sekarang. Irsa banyak tolong aku. Tapi aku tak pernah balas jasanya. Sekarang aku nak buat. Aku nak balas segala jasanya padaku selama kami berkawan.

Irsa meluncur laju ke arahku. Dia menjerit seronok. Aku tersenyum melihatnya. Pergerakannya semakin perlahan lalu betul betul berhenti di hadapanku.

"Seronok?"tanyaku.

"Seronok sangat! Saya rasa semua masalah saya hilang. Best la. Lain kali kita keluar lagi macam ni. Boleh eh?"jawab Irsa.

"Boleh. Nanti kita pergi tempat lain pula".kataku.

"Yeayy!! Aris love Irsa forever!!!"jerit Irsa sambil meluncur bersama rollerblade. Kalau boleh dia nak beritahu satu Kuala Lumpur ni yang aku sayang dia. Irsa,Irsa.

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now