Bab 8

9.7K 517 10
                                    


Aku duduk termenung di bangku hadapan kolej. Hari ni sudah dua kelas aku ponteng. Mood aku telah hilang. Aku menunduk. Fikiranku bercelaru.

"Aris,kenapa awak tak pergi kelas? Sakit ke?"tegur Irsa sebaik duduk di sebelahku. Aku tidak memberi sebarang respon.

"Aris,saya cakap dengan awak ni. Kenapa awak tak pergi kelas? Aris? Aris?"tanya Irsa bertalu talu. Aku terus bangun lalu menapak pergi meninggalkan Irsa seorang diri.

"Sorry,Irsa".kataku lalu pergi.

Irsa POV

Aku sekadar melihat Aris membawa dirinya pergi. Aku menghela nafas berat. Kenapa dengan Aris? Dia ada masalah ke? Kenapa tak nak cakap dengan aku? Ke aku yang buat silap?

Aku terlihat Naim sedang berjalan bersama gengnya. Mereka kumpulan senior kedua famous selepas geng Rafiq di kolej ni. Aku mendapatkan Naim.

"Eh,hye Irsa".tegur Naim sambil tersenyum manis.

"Naim,awak boleh tak tolong jaga girlfriend awak tu elok elok. Jangan la asyik nak menggedik ke lelaki lain".kataku tegas. Naim tersentak.

"Apa Layla buat? Aku tengok dia okay je. Baik je dengan aku".jawab Naim.

"Apa dia buat? Dia tu ha dah mula nak rampas Aris daripada saya. Jaga la Layla tu. Rimas la tengok dia asyik ikut Aris".kataku lagi. Naim tergelak kecil.

"Layla berkepit dengan Aris?? Kau buat lawak ke apa? Aris tu psycho! Buat apa Layla nak suka pada mamat psycho tu. And macam mana la kau boleh terpikat pada si psycho tu? Pelik la kau ni".jawab Naim panjang lebar.

"Jangan panggil dia psycho la! Korang ada bukti ke yang dia tu pyscho?!"marahku.

"Tak ada bukti pun kitaorang dah tahu la. Satu kolej ni tahu dia psycho. Malang betul la nasib kau dapat boyfriend psycho macam Aris tu". Naim memandang sinis padaku lalu beredar bersama gengnya.

Aku terus mencari Aris yang sudah menghilangkan dirinya. Aku terlihat Aris bersama Layla di belakang kolej. Apa mereka buat tu? Aku menapak ke arah mereka berdua.

"Tengok la siapa datang. Irsa loser".kata Layla dengan lagaknya. Aku dan dia dah lama bermusuhan. Aris tidak tahu apa apa. Dia sekadar melihat kami berdua.

"Aris,jom pergi". Layla menepis kuat tanganku yang baru sahaja nak menarik lengan Aris.

"Kau nak apa lagi?"tanyaku dengan nada yang mendatar.

"Si psycho ni boyfriend kau huh? Apa punya taste la kau ni Irsa".kata Layla. Aris sudah menggenggam buku limanya. Aku tahu dia sedang marah sekarang.

"Aris,jom". Layla menampar pipiku serta merta. Aku terjatuh ke atas tanah. Aris  menampar kembali pipi Layla. Aku tergamam.

"Pergi".gumam Aris. Layla mendengus geram lalu beredar. Aku masih tak faham apa yang Layla tu nak sebenarnya. Aris menapak ke arahku.

Aris mengusap perlahan pipiku dengan tangan yang dipakaikan gloves hitam itu. Aku memegang tangannya.

"Kenapa dengan awak,Aris? Awak ada problem ke? Dan kenapa ramai orang panggil awak psycho? Saya nak tahu".kataku. Riak wajah Aris berubah. Dia tidak menjawab persoalanku tadi. Dia bangun lalu pergi.

"Aris!! Aris!!"panggilku. Aris menghentikan langkahnya.

"Saya okay. Jangan risau. Take care".jawab Aris lalu beredar. Aku masih terpinga pinga. Kenapa dengan awak Aris? Saya buat salah apa apa ke?

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Where stories live. Discover now