Bab 31

6.5K 353 28
                                    


Irsa sudah terpacak di luar pagar rumah. Aku bersiap lalu turun ke bawah. Irsa!! Wait for me!! Sarapan?? Err kenyang dah minum darah semalam. Heheh...

Aku memakai kasut Nike biruku. Irsa tersenyum simpul di luar. Aku mengunci pintu and berjalan ke arah Irsa.

"Lama dah ke tunggu? Sorry lambat".kataku.

"Tak ada la lama mana pun. Dah jom pergi kolej".jawab Irsa. Kami berjalan beriringan ke kolej. Al maklumlah rumah dan kolej dekat gila nak mampus. Jalan kaki dalam 14 minit 59 saat boleh sampai dah.

Kami mengatur langkah ke kelas. Lecturer as always. Datang bapak awal nya. Semangat betul nak mengajar. Aku bersandar di dinding sebelahku.

Irsa sedang asyik menyalin nota. Aku pula asyik menconteng nota. Macam macam aku lukis. Gambar lecturer pun ada. Huh..bosan.

Aku terpandang buku Irsa. Lama juga aku tenung bukunya tu. Sel sel dalam otak aku cuba berfungsi. Err..aku blur pagi macam ni. Pandanganku teralih pada namanya.

"Putri Irsa Amani binti S....."

"Awak jom pergi library. Kelas dah habis".ajak Irsa. Aku tersentak. Selama aku berkawan dengan dia,aki tak pernah tahu nama ayah dia. Teruk kan aku ni. Yaa aku tahu.

Aku sekadar menurut permintaannya sahaja. Library? Okay je. Aku boleh tidur jap kat sana. Semalam aku tak dapat tidur pun sebab aku teringatkan arwah ibu.

Aku duduk di meja. Irsa datang ke arahku bersama beberapa buku rujukan di tangannya lalu dihempaskan ke atas meja.

Maka bom pun meletup. Satu library tiba tiba terdiam. Aku terlopong. Irsa just selamba je. Aku tak faham betul la dengan dia ni. Dia melabuhkan punggung di sebelahku.

"Aris kalau saya tanya ni awak jangan marah eh".kata Irsa.

"Tanya la".balasku.

"Kenapa awak lari rumah?"tanya Irsa teragak agak. Aku mengetap bibirku. Jujur je la Aris woii.

"Sebab abah saya. Saya tak suka dia. Dia dah berubah".jawabku.

"Awak tak nak balik sana ke? Awak tak rindu abah awak ke?"tanya Irsa lagi. Aku rasa dia ni sesuai dah jadi wartawan. Banyak tanya betul la. Nasib baik sayang.

"Tak. Dia bukan abah saya lagi. Keluarga saya semua dah mati".gumamku.

"But he is your father. Awak tak boleh buat macam ni Aris. Tak kan la awak tak kesian pada abah awak sendiri. Abah awak setiap hari tanya fasal awak. Dia selalu call saya. Semata mata nak tahu keadaan awak".kata Irsa. Aku mendengus geram.

Aku bangun lalu beredar meninggalkan Irsa. Drama terhangat sudah tamat. Okay bye.

Aku duduk termenung di bangku. Orang yang lalu lalang asyik membisik tentangku. Aku dengar.

"Eh tu budak psycho tu kan". Aku dengar la.

"Aah la. Jangan pergi dekat. Nanti kena bunuh". Aku masih dengar.

"Ye ke. Tak nak ar aku. Seram pula bila tengok dia".

"Aku dengar la apa korang cakap!"marahku. Serta merta semua orang lari lintang pukang meninggalkan aku. Hanya seorang sahaja masih terkaku di situ.

Dia perlahan lahan menapak ke arahku. Dia mencengkam kolar jaket hoodyku. Aku terangkat. Kakiku tidak dapat mencecah tanah.

"Kau dah bunuh semua kawan aku".guman Rafiq.

"Kau memang tak guna! Kau dengan mak kau sama je la! Kau patut mati macam mak kau!" Rafiq menumbuk kuat perutku. Ughh baru lepas baik.

Dia menyepak badanku. Arwah la aku kalau macam ni. Darah terpercik keluar dari mulutku. Aku mengesat dengan bajuku.

"Puas hati aku! Aku dah lama nak bunuh kau Aris! Aku dah lama benci kau! Kau boleh mati la dengan mak kau tu!" Rafiq berpuas hati lalu meninggalkan aku.

"I...Ir...Irsaa...."

Badanku lemah. Pandanganku kabur. Seseorang lari ke arahku. Mataku tertutup. Dunia menjadi gelap.

******

Boyfriend Aku Psycho (1)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang