PROLOG

144 9 0
                                    

NOTA PENULIS: HAKCIPTA TERPELIHARA. KARYA INI  DITERBITKAN OLEH KARNADYA PUBLISHING. 

KARYA INI ADALAH SEMATA-MATA KERJA KREATIF. TIADA KENA-MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. JIKA ANDA KETEMU SESUATU YANG BAIK DI DALAM KARYA INI, JADIKANLAH IANYA SEBAGAI TELADAN. KALAU KEBETULAN KETEMU SESUATU YANG BURUK, JADIKAN IANYA SEBAGAI SEMPADAN. - SELAMAT MEMBACA - 

"Sungguh bahaya, apabila ada orang yang dapat melihat kamu sementara kamu tidak dapat melihatnya, padahal ia adalah musuh kamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Sungguh bahaya, apabila ada orang yang dapat melihat kamu sementara kamu tidak dapat melihatnya, padahal ia adalah musuh kamu. Oleh itu wajib berwaspada, berhati-hati dan menjaga diri daripada syaitan daripada golongan manusia dan jin." – Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Tuwaijiri: Kitab Usul al-Din al-Islami.


HARI itu adalah hari yang paling malang dalam hidupnya. Dan hari itu juga mungkin harinya yang penghabisan. Dia rasa dirinya sudah kehabisan daya untuk melawan dan kini hanya mampu berserah kepada takdir. Dia yang sentiasa cekal, akhirnya mengalah juga. Dia hanya mampu memejamkan mata menahan kesakitan ketika tubuhnya diseret sepanjang lantai hutan itu dalam keadaan kaki menghala ke atas dan kepalanya terkulai ke bawah oleh para penculiknya.

Ketika itu, dia hanya ditemani air mata. Di saat-saat genting begitu yang muncul di fikirannya hanyalah kematian. Para pemuda yang menculiknya langsung tidak menghiraukan raungan dan keluhannya ketika kepalanya terhantuk ke banir pokok-pokok hutan itu ataupun tercucuk pokok-pokok berduri yang tumbuh melata di sepanjang laluan mereka.

Tipulah kalau dia kata yang dia tidak mengenali pemuda-pemuda yang telah menculiknya itu. Hakikatnya dia cukup mengenali mereka. Mereka pernah menjadi jiran sekampungnya. Dahulu, sebelum peperangan ini meletus, mereka mesra dan selalu bertegur sapa dengannya. Malah ada di antara mereka yang turut menggilainya.

Tetapi awal petang itu menjadi saksi bahawa bernafas di atas bumi yang sedang bergolak dengan peperangan sentiasa menjadikan hidup tidak selamat. Orang yang dahulunya baik dengan kita bila-bila sahaja boleh bertukar menjadi seorang musuh yang sangat kejam. Jiran yang dahulunya ramah, dalam sekelip mata boleh menjadi seorang pembunuh. Syak wasangka yang berleluasa semakin meluap-luap setelah diapi-apikan lagi oleh penjajah Jepun ketika itu.

Dia tidak tahu kenapa khemahnya yang didirikan di pinggir hutan semata-mata untuk bersembunyi daripada keganasan tentera Jepun tiba-tiba diserang oleh sekumpulan pemuda kampung. Serangan itu pula berlaku ketika bapa dan suaminya keluar mencari makanan. Yang tinggal ketika itu hanyalah ibu dan ibu mertuanya sahaja. Setelah membelasah ibu dan ibu mertuanya, perhatian pemuda-pemuda itu beralih ke arahnya pula.

"Tolonglah, jangan apa-apakan gua. Gua mengandung, Mud. Gua mengandung!" Dia merayu kepada salah seorang penyerang yang bernama Mahmud dengan harapan agar dirinya dikasihani.

"Betul ke lu mengandung, Mei? Atau itu hanya alasan lu aje?" Mahmud menyoal.

"Betul, Mud, gua mengandung. Buat apa gua nak tipu lu?"

PENUNGGUWhere stories live. Discover now