Bab 16

51 5 0
                                    


HATI Dazrin terbakar melihat kelakuan Meilina yang berdegil hendak masuk ke kereta Adam Adli. Direntapnya tangan Meilina dengan kuat sehingga tunangnya itu mengaduh kesakitan. Dazrin langsung tidak menghiraukan setiap mata yang memandang ke arah mereka. Dia bagaikan dirasuk; bukannya dirasuk hantu sebaliknya dirasuk api kemarahan. Hakikatnya dirasuk api kemarahan juga tidak kurang bahayanya. Kalau seseorang individu itu gagal mengawal amarahnya, dia boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal hatta membunuhpun sanggup.

"Kenapa dengan you ni? Sakitlah!" jerkah Meilina.

"Kan I dah cakap tadi, biar I aje hantar you balik. Kenapa you degil? You tu tunang I ke, tunang Adam?" Meninggi suara Dazrin menyembur Meilina.

"Hey, suka hati I lah nak naik kereta siapapun. You siapa nak halang-halang I?" Meilina tidak mahu tunduk, tegas menentang Dazrin.

Wajah Dazrin ketika diamuk nafsu amarah terus berubah 100 peratus daripada berwajah lembut menggoda dan bisa mencairkan hati mana-mana perempuan yang melihatnya kepada garang dan menakutkan.

Meilina belum pernah melihat Dazrin segarang itu. Begitu juga dengan teman-temannya yang lain.

"Bro, sabar, bro!" Suara Adam Adli kedengaran menegur.

Dazrin berpaling ke arah Adam Adli. Direnungnya jejaka itu bagaikan harimau yang hendak menerkam mangsanya.

"Lu jangan masuk campur hal gua dengan tunang gua!" Suara Dazrin meninggi ke arah Adam Adli.

Teman-teman yang lain berpandangan sesama sendiri. Sikap Dazrin yang biasanya periang dan ceria itu tiba-tiba sahaja berubah. Tentu masalah yang melanda pasangan Dazmei itu terlalu besar.

"Sorry, bro! Gua bukannya nak masuk campur hal lu dengan Mei tapi lu janganlah berkasar dengan perempuan, bro. Tak baik sikap macam tu, bro."

"Lu tak payahlah nak sekolahkan gua tengah-tengah malam ni. Gua tahu apa yang gua buat!" Dazrin menjawab dengan egonya.

"Okeylah... okey! You aje hantar I balik!" Meilina mengalah kerana tidak mahu pertikaman lidah di antara Dazrin dengan Adam Adli itu berubah kepada adegan tumbuk-menumbuk pula. Berbakul sudah malunya kerana pertelingkahannya dengan Dazrin telah disaksikan oleh rakan-rakannya yang lain.

Setelah mendengar kata-kata Meilina itu barulah kemarahan Dazrin menjadi kendur. Wajahnya juga sudah mula lunak semula. Dia melangkah ke keretanya lalu berlagak gentleman dengan membukakan pintu untuk Meilina. Tanpa banyak bicara, Meilina terus masuk ke dalam kereta.

Kereta yang dipandu Dazrin adalah yang pertama meninggalkan perkarangan Restoran Ikhsan.

"I minta maaflah sebab berkasar dengan you tadi." Dazrin berkata sebaik sahaja keretanya meluncur di jalanraya. Terdengar keluhan dari mulutnya.

Meilina tidak menjawab. Dia melontarkan pandangannya ke luar tingkap, mencari ketenangan. Dia benar-benar malu kepada rakan-rakannya yang lain kerana dia dan Dazrin telah bergaduh di depan mereka.

Tentu Ray, Sandra, Adam, Man, Sara dan Ain sedang giat buat spekulasi tentang perang aku dengan Daz tadi, bisik hatinya.

Tidak berapa lama kemudian, dia menerima satu mesej WhatsApp di telefon pintarnya. WhatsApp itu dihantar oleh Raymond. Beginilah bunyinya sembang ringkas di antara mereka berdua:

Mei, you okey ke?

Jangan risau. I okey.

Sorrylah I tak sempat nak backing you tadi. I terkejut sebab selama ni I tak pernah tengok you dengan Daz bergaduh. You take care, okay.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PENUNGGUWhere stories live. Discover now