Bab 13

43 3 0
                                    

"MEI! Mei, tunggu dulu, Mei!!!" Dazrin cuba mengejar Meilina yang menonong masuk ke perut restoran sambil memanggilnya dengan kuat.

Meilina langsung tidak menghiraukannya. Sikapnya itu membuatkan Dazrin bengang.

"Mei, I panggil you ni! You pekak ke, hah?" jerkah Dazrin tanpa menghiraukan beberapa pasang mata yang memandang mereka dengan penuh minat.

Jerkahan yang tidak pernah dilontarkan Dazrin ke telinganya itu membuatkan Meilina menghentikan langkahnya lalu berpaling ke belakang.

"You nak apa?" sergah Meilina, garang.

"I nak berbincang dengan you tapi you asyik elakkan diri daripada I. I call... SMS, langsung you tak balas. Kalau macam ni sikap you sampai bilapun masalah kita ni takkan selesai." Dazrin merendahkan suaranya.

"Siapa yang sengaja cari pasal?" balas Meilina. Wajahnya masam mencuka.

"You kenal Fazura, kan? Selama ni I anggap dia adik angkat I aje. I mengaku, ya, memang petang tu I temankan dia jalan-jalan kat taman KLCC tu tapi I tak sangka dia sanggup buat adegan yang macam you lihat tu. Tolonglah Mei, I rasa dia sengaja nak perangkap I petang tu." Dazrin berusaha menerangkan kepada Meilina duduk perkara yang sebenarnya.

"Maksud you... you mangsa Fazura dalam kes ni?" soal Meilina. Dazrin mengangguk laju.

Deheman yang kedengaran di belakang mereka membuatkan kedua-duanya menoleh. Kelihatan Raymond sedang merenung mereka.

"Sorry kalau I mengganggu perbincangan kau orang berdua tapi boleh tak kalau kau orang bincang hal peribadi kau orang ni selepas meeting kita selesai? Korum kita dah cukup ni. Kalau boleh I dah nak start meeting sekarang." Raymond yang menegur kelihatan bersalah kerana terpaksa mengganggu perbincangan di antara Dazrin dengan Meilina.

"Opss! Sorrylah, Ray. Kita meeting dululah." Dazrin bersuara.

"Mei?" Raymond seolah-olah meminta persetujuan Meilina pula.

"Okey, I rasa elok kita mulakan meeting kita sekarang," tingkah Meilina.

Mereka bertiga melangkah menuju ke arah rakan-rakan lain yang sudah sedia menunggu.

"Hari ini dalam sejarah!" kata Rahman Bakri sebaik-baik sahaja Meilina dan Dazrin mengambil tempat masing-masing.

"Kenapa?" soal Sandra yang seperti biasa akan mempastikan dirinya menempel di sisi Raymond.

"Inilah pertama kali I tengok pasangan Dazmei kita berkelahi." Rahman Bakri bersuara sambil disambut oleh gelak ketawa rakan-rakan mereka yang lain.

Meilina menggetap bibir sambil menundukkan wajahnya, menahan rasa kerana menjadi mangsa usikan rakan-rakan sepasukannya malam itu.

"Hmm... akupun terkejut tengok dia orang bergaduh tadi. Betullah kata orang tua-tua, saat bertunang ni adalah saat yang paling kritikal." Ainnur Mustakim menyampuk.

"Kenapa pulak macam tu?" Raymond menyoal.

Ainnur Mustakim jungkit bahu.

"I pun tak pasti, tapi mereka kata orang yang sedang bertunang ni berdarah manis. Orang tua-tua dulu biasanya tak bagi anak-anak mereka yang sedang bertunang buat kerja-kerja yang berbahaya, takut cedera katanya!" terang Ainnur Mustakim.

PENUNGGUWhere stories live. Discover now