Bab 15

33 2 0
                                    

   "Mei."

Meilina mendongak. Dilihatnya Raymond sedang berdiri di tepi mejanya. Dia segera mengorak senyum ke arah jejaka itu. Manis!

"Boleh I duduk dekat sini?" Raymond menyoal.

"Laa... you ni Ray, duduk ajelah. Nak mintak-mintak izin segala!" ujar Meilina sambil menudingkan jarinya ke arah kerusi kosong di depannya.

Sengaja dia berbuat begitu kerana memikirkan yang dirinya dan juga Raymond, masing-masing sudah berpunya. Dan pasangan masing-masing juga kebetulan turut berada di restoran yang sama.

Sara Salwana yang turut duduk di meja itu kelihatan sangat seronok kerana bakal makan semeja dengan lelaki yang diminatinya dalam diam.

"Makan sayur aje, Ray?" soal Sara Salwana tatkala melihat pinggan Raymond hanya dipenuhi sayur campur dengan sedikit nasi putih.

"Jaga badan," jawab Raymond sambil ketawa kecil.

Meilina turut ketawa.

"Dah fit macam ni pun, nak jaga badan jugak ke?" usik Meilina.

Raymond mengambil kesempatan itu untuk merenung wajahnya. Mereka berbalas senyum.

"Eh, mestilah! Badan kita ni adalah anugerah yang perlu dipelihara baik-baik tau." Kemudian mata Raymond menoleh Sara Salwana di sisinya.

"Sara, kalau tak sihat jangan lupa makan ubat tau!" Dia bersuara tegas.

"You jangan risaukan I lah, Ray. Kan I dah cakap tadi, I okey. I cuma tak ada mood nak mekap tebal-tebal macam Mei aje malam ni."

"Isy!" Meilina mendesis.

Seperti yang telah diduga, mata Raymond hinggap lagi ke wajah Meilina. Kali ini agak lama. Dia mengakui keserian wajah Meilina semakin terserlah apabila disolek begitu. Walaupun solekannya nampak garang dan klasik tetapi wajahnya tetap mempesonakan.

Sayang sekali Mei gunting rambut, bisik hati Raymond. Dia hanya mampu memuji dalam hati. Mustahil untuk dia meluahkannya secara terang-terangan kepada Meilina.

"Mei, you dengan Daz bergaduh ke? Lain macam aje I tengok?" Tiba-tiba muncul soalan itu daripada mulut Raymond.

"Ala... you ni kan Ray, macamlah you dengan Sandra tak pernah bergaduh! Bila dah berdamai nanti semakin bertambah-tambahlah rasa cinta tu." Sara Salwana pula yang menjawab.

"You ni bijak betullah, Sara. You dah ada boyfriend ke?" kata Raymond sambil ketawa kecil.

"I memang bijak. Belum, I masih single... belum ada boyfriend."

"I bukannya sengaja nak menyibuk hal orang lain tapi dalam ekspedisi sebegini kerja berpasukan adalah sangat penting. I tak nak salah faham sesama ahli menjejaskan kelancaran ekspedisi kita. Lagipun you all jugak yang pilih I jadi ketua, kan? So, nak tak nak... suka tak suka, I kena jaga tepi kain you all semua!" Raymond menegakkan pendapatnya.

"Sebarang masalah peribadi di antara I dengan Daz takkan ganggu kelancaran ekspedisi kita kali ni. I janji!" Meilina yang sudah mula terasa hati mendengar ungkapan Raymond tadi segera bersuara.

"Teruk ke problem you dengan Daz? Dulu you dengan dia tak pernah sekalipun I tengok berkelahi? Happy aje sampaikan orang lain naik jealous tengok, betul tak Sara?" Licik sungguh Raymond cuba mengorek rahsia perempuan di depannya.

"Orang lain atau you yang jealous tengok Dazmei happy, Ray?" Sara Salwana menyampuk.

Raymond mengilas Sara Salwana di sisinya. Asyik kena pangkah aje aku kalau bercakap dengan si Sara ni, hatinya berbisik.

"Kadang-kadang tu I jealous jugak sebab I dengan Sandra memang selalu perang... tapi setakat ni I boleh handle lagi." Usai mengucapkan kata-kata itu, Raymond ketawa kecil.

Dia nampak bagaimana gadis di depannya menarik muka masam. Mungkin Mei marah dengan aku, bisik hatinya.

"Sorrylah Mei, jangan marah sebab I tanya, ya." Getus Raymond sambil melajukan suapan ke mulutnya.

"Ehem, boleh I duduk sebelah you ni, cik adik manis?" Satu suara kedengaran. Dazrin berdiri di sebelah Meilina seolah-olah sedang menunggu jawapan terkeluar dari mulutnya.

Wajah Meilina semakin mencuka. 

PENUNGGUWhere stories live. Discover now