Bab 5

39 4 0
                                    

DAZRIN hampa. Dia berasa seolah-olah hendak mencampakkan sahaja telefon pintarnya ke lantai. Hatinya sakit kerana baik panggilan, SMS mahupun mesej WhatsAppnya langsung tidak dibalas oleh tunangnya. Dia letih, rasa tidak mampu hendak menangani krisisnya dengan Meilina. Sejak mula berkawan hinggalah gadis itu menjadi tunangannya, hubungan mereka smooth, lancar sahaja. Meilina bukanlah orangnya yang cepat merajuk atau suka mengongkong. Inilah pertama kali mereka bercakaran sebegini hebat. Ironinya, perselisihan faham itu terjadi hanya setelah dua minggu Meilina menjadi tunangannya.

Semuanya gara-gara Fazura!

Sebelum dia sempat mengumpul sumpah seranahnya terhadap perempuan itu tiba-tiba telefon pintarnya berbunyi menandakan ada satu panggilan masuk. Dia segera mencapainya dan berharap agar panggilan itu adalah daripada Meilina.

Sekali lagi dia hampa. Lain yang diharapkan, orang lain pula yang menelefonnya. Namun dipekapkan juga telefon pintar itu ke telinganya.

"Apa yang Faz nak lagi ni?" soalnya dengan nada meninggi. "Abang sekarang ni sedang bergaduh besar dengan Mei tau. Semuanya sebab Faz!"

"Faz minta maaf kalau disebabkan Faz, abang dengan Mei bergaduh. Tapi bang, Faz tak tipu bila Faz kata yang Faz cintakan abang." Seolah-olah rasa malu sudah tercabut daripada tangkai hatinya, gadis di hujung talian berterus-terang akan perasaannya terhadap Dazrin.

Di zaman siber dan internet ini peribahasa bagai perigi mencari timba sudah tidak boleh digunapakai lagi. Perkataan siapa cepat dia dapat mungkin lebih relevan dengan situasi masa kini. Fazura adalah di antara gadis yang tidak mahu kecundang, lebih-lebih lagi dalam hal yang melibatkan hati dan perasaan.

"Kau ni dah kenapa hah, Faz? Selama ni aku anggap kau macam adik aje tau. Kaupun tahukan yang aku cintakan Mei? Lagipun dia dah jadi tunang aku sekarang. Kenapa kau nak rosakkan hubungan kami berdua, hah? Kenapa?" tengking Dazrin.

"Bang!"

"Sekarang, boleh tak kalau kau jangan ganggu aku lagi? Aku tengah pening ni, kau tahu tak? Semuanya disebabkan kau!" hempuk Dazrin sambil menamatkan panggilan itu. Dia menghempaskan punggungnya ke kusyen dengan hati yang terbakar.

Dia mengambil masa beberapa ketika untuk kembali bertenang. Setelah secebis ketenangan diperolehinya, dia mencapai semula telefon pintarnya. Jari-jemarinya lincah menyentuh skrin telefon pintarnya itu. Walaupun perlakuannya pasti akan menyakitkan hati Fazura namun dia harus tegas kali ini. Fazura harus akur dengan hakikat bahawa hati seorang Dazrin telah diserahkan kepada Meilina.

SEUSAI mengerjakan solat Maghrib, Meilina melangkah ke ruang tamu. Mungkin berkat kedinginan air sembahyang yang membasahi wajahnya serta doa agar diberikan kekuatan dan secebis ketenangan, hatinya menjadi sedikit tenang.

"Kau tak lapar ke?" soalnya ke arah Junita yang sedang duduk menonton siaran berita.

Junita menoleh ke arahnya.

"Kau?"

"Eh, aku tanya kau... kau tanya aku pulak! Sepatutnya kalau jawablah dulu soalan aku tu."

Junita sengih. "Aku memang dah lapar ni. Aku tanya sebab aku risaukan kau aje... takut kau tak ada selera nak makan."

"Walaupun sekarang ni aku ada problem besar dengan Daz tapi takkan aku nak berlapar pulak." Meilina membidas.

"Baguslah kalau macam tu. Soal makan kau jangan risau. Kejap-kejap lagi sampailah kawan kita tu."

Meilina kerut kening.

"Siapa yang nak datang?"

"Ala... siapalah lagi kalau bukan kawan kita, si taukeh tulah!"

PENUNGGUWhere stories live. Discover now