Bab 3 : Sarjan

135 22 11
                                    

Bab 3: Sarjan

Suasana begitu sunyi sekali. Apabila sebuah plastik di tepi jalan yang ditiup angin pagi, Hamdan dapat mendengar bunyi yang terhasil daripada gerakan plastik itu. Kedengaran juga bunyi cengkerik bersahutan. Sesekali, ada bunyi katak dari parit berhampiran.

Hassan mengeluarkan telefon bimbitnya. Jam sudah pukul empat lapan belas. Pagi masih terlalu awal. Malam sudah lewat berlalu. Di antara keduanya, Hassan terperangkap dengan masalah yang diciptanya sendiri.

Dia duduk di kaki lima, berhampiran pejabat penerbitan majalah tempat dia temuduga siang tadi. Atau lebih tepat, pagi semalam. Kawasan blok perniagaan itu sunyi ketika pagi hampir menjelang. Kalau ada manusia yang masih bangun pun ketika itu hanyalah pelanggan kedai kasino siber di sebelah tangga yang ditemui oleh Hassan. Itu pun dijumpainya pagi tadi.

Seorang lelaki Melayu keluar dari kedai itu. Hassan menyapa, "Macam mana?" "Tak berapa bagus. Masih kalah lagi dua ratus," jawabnya. "Tapi saya tengok abang cuci banyak tadi," kata Hassan pula.

"Cuci modal. Dah ada menang seratus lebih. Masa kau keluar, aku main pelan-pelan. Dah main takut, mesin makanlah balik."

Hassan senyum sinis mendengarnya. "Kau macam mana?" tanyanya balik.

"Ok. Boleh buat belanja sikit."

Lelaki itu mendekati Hassan. Dia menawarkan rokoknya. Hassan kemudian mengeluarkan sebatang lalu menyalakannya.

"Kau tak balik ke?" tanya lelaki itu.

"Tak tau nak balik mana bang," kata Hassan.

"Kau dari mana?" katanya lagi sambil memerhati beg yang dibawa oleh Hassan. "Kau lari dari rumah ke?"

"Takde lah bang. Saya interview, tapi kat sini takde rumah."

"Kau dah makan?"

"Belum."

"Jom," kata lelaki itu lalu menghala ke keretan itu Hassan mengekorinya lalu membuka pintu belakang. "Duduk depanlah," kata lelaki itu. "Simpan beg," kata Hassan.

Hassan duduk di depan. Dia memerhati kereta itu. Keadaannya tak berapa kemas tetapi bersih. Hassan memasang tali pinggang keledar kemudian ternampak sepucuk pistol tersimpan kemas pada pinggang lelaki itu.

"Kau tengok apa?" tanya lelaki itu. "Ni?" dia menayangkan pistol yang masih bersarung di pinggangnya.

"Panggil aku Jan."

"Jan? Sarjan ke?" tanya Hassan. "Cukuplah kau tahu aku ni Jan. Aku bukan orang jah. Tapi aku tahu apa aku buat," jawab lelaki itu. Jan, memandu membawa mereka keluar dari situ. Hassan tak tahu ke mana arah mereka tetapi dia dan Jan rancak berbual tentang pengalaman semasa dalam kasino tadi.

Kereta membelok ke satu simpang. Mereka menghala ke dalam bandar. Hassan memerhatikan papan tanda. Ada yang menghala ke DUKE. Ada yang menunjukkan Dataran Merdeka. Ada yang lain menuju ke Bangsar. Hassan tak pasti jalan mana yang diambil Jan tetapi dia tahu arah mereka. Dalam pusat bandar.

"Kau nak tidur mana malam ni?" tanya Jan. "Entahlah. Mungkin sewa bilik hotel ke. Cari yang murah. Dalam lima puluh ke," kata Hassan.

"Ok. Kita pergi Brickfield. Makan, lepas tu boleh cari bilik kat sana."

Kereta meluncur membelah kesunyian pagi. Trafik di Kuala Lumpur mula bergerak seawal jam lima pagi. Ketika mereka tiba di hadapan sebuah restoran mamak, beberapa buah motorsikal meninggalkan hadapan kedai itu.

Jan meletakkan kereta di tempat parking itu. Dia dan Hassan masuk ke dalam.

"Makanlah apa pun. Nanti aku bayar," katanya.

[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gelandangan 40 Hari di Kuala LumpurWhere stories live. Discover now