Bab 11: Resah Pagi

76 15 0
                                    

Bab 11 : Resah Pagi

Malam tadi lepas balik kerja Hassan terus pulang ke rumah. Penat seminggu ke hulu ke hilir masih belum hilang. Tak sempat mandi dia terus tidur.

Akibatnya, dia terjaga tengah malam itu. Lebih kurang pukul dua pagi. Waktu itu dia dengar bunyi bising di luar. Macam ramai orang. Tilam di sebelahnya masih kosong. Dia bangun lalu ke bilik air.

Rupanya Hadi, teman sebiliknya, sedang masak. Manakala yang lain adalah pekerja restoran itu juga. Mereka warga Myanmar yang tinggal di Malaysia. Deen, Houssien dan Jabat.

Bunyi bising itu datang dari bilik sebelah. Mael dan Arjun. Macam diaorang tengah menonton filem. Sesekali kedengaran suara perempuan ketawa.

Perempuan mana pulak ni? Tanya Hassan dalam hati. Walaupun dia ingin nak tau, tapi Hassan tak ambil tindakan. Malas nak layan. Dia masuk ke tandas nak kencing. Pintu jamban pulak berkunci. Dia masuk ke bilik air dan menyudahkan hajatnya di situ.

Lepas tu Hassan sambung tidur.

Lebih kurang pukul empat pagi dia terjaga lagi. Kali ini sunyi. Tapi kali ini dia tak dapat tidur semula. Dia bangun dan keluar berdiri di beranda. Sunyi. Sepi.

Dia pandang ke bawah, laman petak dalam rumah flat itu. Ada seekor anjing yang masuk dari depan, berlegar-legar kemudian keluar semula. Hassan pun berasa bosan. Dia kembali masuk ke dalam rumah.

Jam di dinding masuk ke pukul lima. Hassan mengambil wuduk kemudian mendirikan solat sunat. Dia perlukan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Dia perlukan kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

Entah berapa lama dia terlelap di atas sejadah, dia pun tak tahu. Cuma sedar bila Hadi mengejutkannya kerana nak menggunakan sejadah itu juga. Hassan bangun, memperbaharui wuduknya, kemudian menunaikan solat Subuh.

Selepas Subuh, matanya dah terkebil kebil segar tapi tak tau nak buat apa. Dia basuh baju. Dia keluarkan baju dari dalam beg, lepas tu masukkan balik. Lepas tu baring lagi.

Ah, buntu!

Akhirnya Hassan membuat keputusan untuk berjalan-jalan di sekitar perumahan itu. Apabila dia keluar dari blok itu, dia melihat ada sebuah blok pangsapuri yang lain di sebelah kiri. Manakala di sebelah kanan pula berderet blok yang lain pula. Hassan perasan pada paras bawah itu ada kedai runcit, kedai dobi, kedai internet dan juga kedai kopi. Blok sebelah pun sama.

Hassan terus berjalan melepasi surau yang berada di sebelah kirinya. Blok pangsapuri itu dipagari dan surau pula terletak di dalamnya.

Di jalan besar, bersebelahan sungai, ada sebuah deretan kedai makan. Hassan masuk ke situ dan memerhatikan beberapa buah kedai yang sudah mula berniaga. Dia duduk selepas memesan roti canai dan teh o panas. Beberapa minit kemudian, pesanannya dihantar.

Hassan membuka beg duitnya. Masih ada banyak lagi sisa wangnya selepas diberikan oleh Jan. Dia mengeluarkan wang lima ringgit bagi membayar pesanannya itu. Pelayan yang sama mengembalikan wangnya.

Hassan menyeluk sakunya mencari telefon. ‘Adoh, dah tak ada!’ bisiknya dalam hati. Dia teringat peristiwa menjual telefon dengan Jan. Selepas itu dia menyumpahi dirinya.

‘Bilalah agaknya nak telefon mak?’ tanya hatinya lagi.

[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gelandangan 40 Hari di Kuala LumpurWhere stories live. Discover now