Bab 13: Pelayan

76 12 3
                                    

Bab 13 : Pelayan

Restoran Nasi Ayam Ku Sedap agak sibuk pada petang itu. Zurina dari masuk ke ruang makan mendapatkan seorang pekerja perempuan. Mereka kemudian masuk semula bersama-sama.

Hassan bergerak ke kaunter juruwang untuk mengambil buku menu. Kemudian dia mendapatkan dua orang pelanggan yang duduk di meja tujuh belas. Seorang lelaki dalam usia dua puluhan dan seorang perempuan remaja. Samada mereka sepasang kekasih, atau adik beradik, Hassan tak tahu. Dia ambil pesanan mereka, hantar kepada juruwang dan tingkap dapur seterusnya mengambil air yang dipesan dari mesin penyedia air.

Kerjanya mudah. Tak perlu banyak fikir. Apabila siap minuman, dia menghantar kepada pelanggan. Kalau nanti makanannya siap, loceng akan ditekan dan Hassan akan menghantarnya pula. Kalau pada masa itu dia mengambil pesanan daripada pelanggan lain, Qistina, gadis tadi pula yang akan menghantarkannya. Kalau dah kedua-duanya sibuk, juruwang sendiri membantu.

Qistina keluar dari dalam dan kembali ke depan. Dia mendapatkan juruwang, Hajar, lalu berbual sesuatu. Itu pun Hassan tak begitu ambil peduli. Mereka pekerja lama. Kebanyakan gosip dan cakap-cakap tak mungkin bertajuk besar dirinya. Tetapi dia cuba untuk menjadi ceria dan peramah apabila disapa.

Loceng dari dalam ditekan. Kurang lima belas minit, pesanan tadi siap. Nasi Ayam Madu Bakar dan Spaghetti Ayam Cendawan. Hassan menghantarnya.

Semasa dia lalu di meja lima, dia perasan pelanggan sudah beredar. Sambil berjalan, dia menoleh kepada Qistina dan Hajar. Masih berbual. Hassan tak peduli. Dia teruskan menghantar kepada pelanggan di meja tujuh belas kemudian ke meja lima untuk mengutip semula pinggan dan gelas yang telah digunakan.

Ketika dia selesai meletakkan segalanya ke atas dulang, dia terlihat kelibat Qistina menuju kepadanya dengan kain lap dan botol spray cecair pencuci meja. Dia lega kerana tak perlu buat semuanya seorang diri.

Dia menghantar dulang itu ke tingkap tukang basuh. Selepas itu, Hassan mendapatkan Qistina yang berdiri di sebelah Hajar.

“Sibuk hari ini,” katanya.

“Mana ada,” kata Qistina. “Ini baru sikit. Kau tunggu esok lusa, baru lah ramai,” sambungnya lagi.

“Lusa Jumaat. Kalau hari Sabtu lagi ramai,” tambah Hajar.

“Biasa lah tu. Hujung minggu,” kata Hassan pula.

“Kau ok ke kerja kat sini?” tanya Hajar. “Ok. Baru dua hari. Boleh ikut keja jadi waiter ni,” jawab Hassan.

“Kau bukan jadi waiter saja tau. Nanti kau akan ditukar kat tempat lain,” sambung Qistina pula. Hassan memandang kepada Qistina. Hampir terpana seketika.

“Maksud kau?” tanya Hassan.

“Mula masuk kerja, kau akan diletakkan dua hari waiter, dua hari kitchen, dua hari basuh pinggan. Lepas tu baru cuti sehari. Tengok kau boleh buat mana satu bagus.

Tapi sebenarnya, kami semua memang pusing macam tu jugak. Esok aku pulak sepatutnya basuh pinggan. Tapi tengok lah macam mana.”

Hassan diam sambil berfikir tentang sistem pertukaran yang dilaksanakan. Dia mengangguk perlahan. “Tapi, aku tak payah cashier kan,” katanya pula.

“Tak.”

Sebuah keluarga empat orang masuk ke dalam restoran. Serentak, pelanggan yang duduk di meja dua bangun dan beredar. Qistina mengambil buku menu sambil memberi isyarat kepada Hassan untuk pergi ke meja tersebut.

Zurina keluar dari dalam bersama seorang pekerja lelaki yang menggenakan pakaian sama sepertinya. Hassan meneka yang lelaki itu penolong pengurus. Zurina pergi ke meja satu sementara lelaki itu mendapatkan Hassan. “Jom, jumpa sekejap.”

Hassan memandang kepada Hajar. Dia mengerti lalu mengambil kain dan botol spray dari tangan Hassan. Hassan mengekori lelaki itu dan mereka duduk bersama Zurina di meja satu.

“Ini Razak, assistant saya.” Hassan memandang lelaki itu lalu menghulurkan salam. “Dia akan ambil syif lepas ni. Semalam kamu tak jumpa dia sebab dia off day,” kata Zurina menyambung bicara.

“Aku dah baca resume kau,” kata Razak pula. “Aku bagi tau Kak Zu supaya kau masuk Management Trainee. Sebabnya kau ada diploma. Sayang,” katanya lagi.

“Betul tu,” sambung Zurina pula. “Jadi, esok saya nak awak belajar cepat-cepat kuasai semua department. Lepas dua bulan, kami akan rekomen awak pergi kelas MT.”

“Ye ke?,” kata Hassan. “Boleh jugak. Tapi nanti saya tak kerja kat sini. Betul tak?”

“Dua bulan awak akan kerja di sini. Lepas tu, masuk kelas MT tiga bulan. Lepas tu, tengok kat mana dia nak hantar awak pula,” jelas Zurina.

“Kalau MT, berapa gaji?” tanya Hassan.

“Ok. MT, gajinya seribu lima ratus. Bila dah confirm, gaji naik jadi seribu lapan ratus. Kat sini, awak kerja staff biasa. Gaji ikut jam. Tiga ringgit lapan puluh sen sejam,” terang Zurina.

“Berapa sebulan?” tanya Hassan lagi. “Lebih kurang tujuh atau lapan ratus. Tapi kalau tajin buat OT, mungkin boleh sampai seribu, seribu setengah ke,” jawab Zurina.

“Betul. Staff sini, yang selalu buat OT tu, si Hadi. Dia tiap-tiap bulan cecah seribu,” tambah Razak.

“Jadi, kerja elok-elok. Cepat belajar, senang nak masuk MT nanti. Dah tu yang paling penting, disiplin. Kami nak rekomen pun takde la nak fikir dua kali,” pesan Zurina.

“Baiklah,” jawab Hassan.

“Hari ni dia waiter kan. Kak Zu, esok bagi dia masuk kitchen. Boleh kan?” kata Razak kepada Zurina.

“Boleh,” jawab Zurina pula.

“Hostel ok?” tanya Razak. “Ok. Takde masalah sangat. Cuma macam semalam tu, diaorang tido lambat. Bising. Tapi, lain takde masalah,” jawab Hassan.

“Kalau takde apa-apa lagi, boleh sambung kerjalah,” kata Zurina.

Mereka pun bersurai selepas itu. Zurina masuk ke dalam. Razak pula menghampiri kaunter juruwang dan bertanyakan sesuatu kepada Hajar. Hassan mendapatkan Qistina yang sedang mengemas meja.

“Lama betul tadi. Dia orang nak apa?”

“Takde apa sangat,” jawab Hassan. “Saja nak tahu aku ok ke tak ok,” tambahnya pula. Hassan mengutip pinggan sementara Qistina menutip gelas. Semasa mereka meletakkan barang-barang ke atas talam, tangan mereka bersentuhan. Hassan mengangkat muka dan memandang Qistina yang turut sama memandangnya.

Qistina diam. Kemudian dia mengambil dulang lantas berlalu. Hassan mengelap meja sehingga bersih. Selepas itu, dia menghampiri Hajar.

“Esok kau masuk kitchen kan?” tanya Hajar.

“Macam mana kau tahu?” tanya Hassan balik.

“Tadi aku tanya Razak,” jawab Hajar.

‘Boleh tahan jugak penyibuk si Hajar ni,' kata Hassan dalam hati.

“Iya. Apa lagi dia cakap?” tanya Hassan lagi.

“Takde apa sangat,” jawab Hajar. “Kau suka Ina ke?” tanya Hajar lagi.

“Kenapa kau tanya macam tu?”

“Takde la. Tadi aku tengok kau dengan dia bukan main lagi. Pandang-pandang. Main mata.”

“Tak adalah, sampai nak main mata pula. Tapi, dia cantik. Mestilah aku suka pandang,” jawab Hassan.

“Kau pun cantik jugak. Aku suka tengok kau senyum,” kata Hassan lagi. Sengaja mempermainkan hati Hajar.

“Eleh. Tipu,” kata Hajar pula. Dia memalingkan mukanya ke kanan, cuba sembunyi dari pandangan Hassan.

Hassan berpaling ke belakang melihat bayangan wajah Hajar yang tersenyum di balik cermin tingkap dapur.

Hajar beredar sambil terdengar ketawa kecil. Qistina datang ke sisi Hassan lalu bertanya, “Kenapa dia tu?”

“Tak tahu.”

Hassan memandang Qistina pula yang menoleh mencari Hajar. Tanpa disedarinya, Hassan sedang memerhati dirinya, dari hujung rambut ke raut wajah, hidung, bibir, lehernya dan juga bentuk buah dadanya yang kecil.

Hassan menoleh semula ke depan.

[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gelandangan 40 Hari di Kuala LumpurWhere stories live. Discover now