Bab 14: Mainan Tidur

73 12 0
                                    

Bab 14 : Mainan Tidur

Syif malam itu berakhir dengan lancar. Pukul sembilan malam pelanggan mulai berkurangan. Dapur sudah mula perlahan-lahan selesai. Lobi pun sama. Hassan selesai menyapu dan mengemop seawal pukul sembilan setengah. Walaupun masih ada pelanggan, dia siapkan awal kerana selepas sembilan setengah, tak ada lagi hidangan di dalam. Semuanya untuk pelanggan yang bawa pesanan balik sahaja.

Pukul sepuluh, semua kerja telah selesai. Hanya menunggu Razak buat operasi penutup harian pada kaunter jujurual yang selalu nya tak sampai lima belas minit. Mereka menunggu sehingga pukul sepuluh setengah barulah punch card masa balik.

Hassan, Hadi, dan Deen balik bersama-sama. Tak banyak yang dibualkan. Hassan malas nak buka mulut.

Apabila tiba di rumah, dia terlalu letih dan terus tidur. Tak ada apa yang mahu difikirnya.

Apabila bangun, dia merasakan dirinya terjaga di sebuah bangku. Di perhatikan di sekelilingnya, dia berada di Tebingan Sungai Sarawak. Dia hairan macam mana dia boleh berada di sana. Namun dia bangun. Dia berjalan mengala ke arah bangunan Square Tower dan berlari ke sana. Dia menoleh ke jalan raya di sebelah dirinya dan melihat seseorang yang dikenalinya. Lelaki itu turun dari motorsikal.

Hassan merasakan lelaki itu akan mendekatinya. Dia berpatah balik lalu menyeberangi jalan. Dia pergi ke sebelah bank Overseas Merchant Bank lalu terus menghala ke Pejabat Pos Besar. Dia menoleh dan mendapati lelaki itu masih mengejarnya.

Kali ini dia pergi ke Padang Merdeka. Di hujung sebelah sana, ada satu jalan bawah tanah ke Muzium Negeri. Dia turun lalu berlari di dalam nya. Dia hairan melihat di bawahnya begitu lusa dan ada banyak premis perniagaan. Hatinya berkata, ‘Ini macam bawah Dataran Merdeka.’

Apabila dia naik tangga di sebelah sana, dia terperanjat melihat pemandangan berubah menjadi Dataran Merdeka. Bangunan Sultan Abdul Samad, Perpustakaan Kuala Lumpur, lampu isyarat. Semuanya ada di sana.

Hassan memandang ke hadapan. Lelaki tadi turun dari motorsikal yang diletakkan tidak jauh dari lampu isyarat. Sama seperti di depan Square Tower Tebingan Kuching. Hassan berlari menghala ke Dayabumi, melalui Stesyen Keretapi Kuala Lumpur. Setiap kali dua menoleh, lelaki itu tetap mengejarnya. Akhirnya mereka sampai di Brickfield.

Hassan masuk ke sebuah kasino untuk bersembunyi. Dilihatnya semua lelaki yang ada di dalam kasino itu menyerupai lelaki itu. Dia keluar semula. Rupanya mereka semua ikut keluar dan mengejar Hassan. Ada yang kurus, gemuk. Ada yang tinggi, buncit. India, Cina, Melayu, Jawa, dan macam-macam bangsa. Tapi muka mereka sama. Sama seperti lelai yang mula-mula mengejarnya.

Dia terus berlari. Sampai ke hujung Brickfield. Naik ke atas bukit, terus ke stesyen LRT Bangsar. Kemudian hala ke hadapan bangunan NSTP di Jalan Riong.

Hassan berasa hairan kerana tempat itu dirasakan begitu hampir dengan dirinya. Dia menoleh ke kanan. Ada sebuah pangsapuri. Dia naik ke sana menggunakan tangga. Apabila tiba di tingkat lima, dia perasan dengan suasana tangga itu.

Dia masuk ke rumah ketiga sebelah kiri dan mendapati dirinya sedang tidur. Hassan terperanjat.

Dia terjaga dari tidur.

Kali ini dia terjaga di bangku hentian bas berhadapan Maybank dan Puduraya. Dia hairan bagaimana dia ada di sana. Dia melihat sekekiling. Di seberang jalan, di lampu isyarat. Dia melihat sebuah motorsikal yang pernah dilihatnya sebelum ini. Diamatinya lelaki yang sedang membuka helmet.

Ya. Lelaki itu lagi.

Hassan segera berlari. Dia menghala ke kolej behampiran lalu terus berlari sehingga di hadapan Masjid Jamek. Dia berlari lagi. Kali ini sampai ke hujung Dataran Merdeka. Hassan teringat jalan bawah terowong m dan cuba bersembunyi di sana. Apabila dia turun ke bawah, dia hairan mendapati bawah itu sunyi dan kecil. Namun, di sebelah hujung sana, ada satu tangga naik. Hassan menoleh ke belakang dan mendapati dia tidak diekori. Dia naik.

Alangkah terkejutnya dia mendapati rupanya dia kembali ke Padang Merdeka di Kuching. Hassan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia mahu melaporkan hal itu kepada pihak polis. Tentang terowong di Padang Merdeka dan tentang lelaki yang mengekorinya.

Apabila dia membuka pintu, dia mendapati semua yang ada di dalamnya menyerupai lelaki yang mengejarnya. Polis berpakaian seragam. Berpangkat sarjan, pegawsi, berpakaian preman, malah seorang lelaki seperti sarjan misai, terati dengan wajah lelaki yang sama. Misainya saja yang sama.

Hassan keluar. Dia kembali ke Tebingan Kuching. Apabila dia tiba di bangku tempat dia tidur, dia mendapati bangku itu kosong. Dia terfikir, kalau aku tidur, semuanya kembali macam biasa.

Hassan baring di sana.

Kemudian dia terjaga. Dia berpaling mendapati dirinya berada di sebuah bilik. Di sebelahnya kelihatan seperti Hadi. Dia lega. Dia bangun lalu menuju ke bilik air. Dia mandi. Selepas mandi, dia menggenakan pakaian kerja.

Hassan keluar dari lif pangsapuri itu. Apabila dia keluar saja, dia ditangkap oleh lelaki yang mengejarnya dari awal tadi.

‘Eh, apa ni?’ tanya Hassan. ‘Kenapa tangkap aku?’ tanyanya lagi.

‘Kau tak bayar sewa.’

‘Sewa apa?’

‘Sewa bilik,’ katanya.

‘Mana ada. Aku tinggal di hostel,’ jawab Hassan.

‘Ini bukan hostel kau. Kau tak sepatutnya tinggal di sini,’ kata lelaki itu pula.

‘Habis tu aku tinggal di mana?’

‘Manalah aku tahu,’ jawab lelaki itu.

Hassan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dia yakin itu bukan peristiwa yang sedang berlaku. Dia sedang bermimpi. Dia masih tidur.

‘Aku mesti bangun,’ jeritnya.

Bunyi dengkuran Hadi begitu kuat sampaikan dia rasa terganggu. Hassan terdengar bunyi televisyen di ruang tamu. Dia keluar. Kemudian dia memandang ke luar jendela. Kuala Lumpur bercahaya walau masih sunyi dan gelap.

Entah pukul berapa.

Hassan pergi ke bilik air. Dia menggosok gigi. Apabila dia keluar, dia mendapati semua teman serumahnya berubah menjadi lelaki yang mengejarnya.

Hassan menggengam penumbuk dan melepaskannya ke salah seorang teman serumahnya.

“Aduh!” tiba-tiba terdengar seseorang menjerit.

Hassan membuka mata. Rupa-rupanya dia menumbuk badan Hadi dengan kuat.

Kali ini dia benar-benar terjaga.

“Kau ni dah kenapa?” tanya Hadi.

[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gelandangan 40 Hari di Kuala LumpurWhere stories live. Discover now