Bab 12: Ahli Persatuan

72 13 0
                                    

Bab 12 : Ahli Persatuan

Hassan kembali bilik hostel agak lewat daripada perancangan asalnya. Dia cuma sedar jam sudah menghampiri pukul sebelas tengah hari. Sepatutnya, dia balik selepas selesai menghabiskan sarapannya.

Namun apabila dia disapa oleh seorang lelaki sekitar usia lima puluhan, mereka berbual panjang hingga tak sedar sudah hampir tiga jam berborak. Air pula bertambah dari secawan, menjadi tiga.

Hassan kenal lelaki itu semasa dia bersama Jan di kasino Taman Melawati. Walaupun mereka tak banyak bercakap di sana, semasa di kedai tadi mereka berbual bagaikan orang yang sudah kenal lama. Padahal sebenarnya tak banyak topik yang dibualkan. Soal pekerjaan, tempat tinggal, kampung asal, judi masa lampau, soal pengangkutan awam, judi masa sekarang, judi, perempuan, judi, rokok, judi, judi, makan, judi dan pendek kata kebanyakan halnya pasal judi.

Hassan membuka paip menadah air untuk mandi. Dia perlu bersiap untuk masuk kerja petang nanti.

Dia berfikir tentang kata-kata abang Fadli, lelaki tadi. “Apa diharap dengan mesin judi tu? Kau tengok aku sekarang. Kau tengok hidup kau sendiri. Kau pernah dengar orang menang lima enam ribu, kemudian esok kalah tujuh ribu.

Hidup berjudi ni tak kemana,” kata Fadli.

“Habis tu abang buat apa sekarang?” tanya Hassan.

“Buka kedai makan.”

“Kedai ni abang punya ke?”

“Kedai ni aku sewa. Aku meniaga kat sini.”

“Wah, hebatnya! Duit menang ke bang?”

“Tak. Duit EPF,” jawabnya.

Hassan sudah tiba di jejantas untuk menyeberangi jalan ke MidValley. Dia perlu sampai dalam masa sepuluh minit atau kad masanya bertanda merah. Dia tidak mahu hari kedua kerja kad masanya merah. Kalau boleh bila-bila pun.

Masalahnya dia hanya bergantung kepada jam di rumah hostel tadi. Tanpa telefon bimbit atau jam tangan, dia tiada pilihan selain melangkah pantas.

“Bilalah agaknya nak telefon mak,” fikirnya lagi.

Dia masuk melalui pintu timur. Walaupun perlu cepat, dia perasan ada sebuah hentian bas tidak jauh dari situ. Malah terdapat deretan teksi juga.

Hassan masuk lalu terus menghala ke restoran tempat dia bekerja.

[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gelandangan 40 Hari di Kuala LumpurWhere stories live. Discover now