Progress 2019

18 1 0
                                    

Baru siap satu bab untuk Gelora Kotaraya. Novel ini adalah adaptasi daripada Gelandangan 40 Hari di Kuala Lumpur yang aku panjangkan kisahnya supaya boleh menjadi novel 70K - 80K patah perkataan.

Tahun ni, aku rancang nak siapkan novel-novel yang sedia ada. Banyak. Termasuk juga buku sajak. Tapi, pada masa yang sama aku nak cuba kembali ke persada majalah dan akhbar. Orang kata, media sastera arus perdana.

Jadi, update di Wattpad tak macam tahun-tahun sebelumnya. Agak slow.

Walau bagaimanapun, aku akan cuba tulis sesuatu yang baharu untuk menyertai Wattys 2019. So far, aku nak mulakan dengan dua buah buku sajak.

Nanti aku fikirkan lagi genre apa nak masuk.

Sai-fi setakat ini dah ada tu... Kosmos Cinta Kamilia.

Fantasi, aku nak tulis Hikayat Dayang Seni.

Kalau horror pula, ada Lagenda Bujang Canang.

Tapi, ada tu... satu yang pernah aku nak buat kolaborasi dengan beberapa orang penulis lain. Tengoklah macam mana.

Cerita Orang Kita? Yang pasal Jaya, Tuah, Daniel dan Mursyeed tu ke? Nak baca ke?
Nantilah. Ada kisah epic dorang sebenarnya.

[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gelandangan 40 Hari di Kuala LumpurWhere stories live. Discover now