Bab 4: Bilik

118 18 12
                                    

Bab 4: Bilik

"Jadi, kau datang KL ni sebab ada interview. Kau tinggalkan kampung kau. Tanpa backup plan. Main redah je."

"Macam tulah," jawab Hassan. Sambil menghabiskan rokoknya, dia menghirup teh tarik sedikit demi sedikit.

Kedengaran bunyi monorel berhenti di stesen terakhirnya dan pintu dibuka. Hassan memandang sekeliling. Warga kota sudah mula bergerak mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam untuk ke lokasi masing-masing. Ada yang dari dalam Kuala Lumpur, ada juga yang dari luar. Dari pekan dan bandar sekitar seperti Petaling Jaya, Kajang, Hulu Langat, malah dari Seremban pun ada.

Hassan tak tahu siapa mereka. Tak tahu dari mana mereka datang. Yang jelas, dia tak mahu ambil tahu.

"Aku suka keberanian kau. Tapi, minta maaf kalau aku cakap kasar sikit.

Kau ni BODOH.

Ini KL. Mana boleh kau nak redah macam tu saja."

Hassan tersenyum sinis. Hanya sebelah bibirnya yang bergerak. Pipinya pun turut ikut bergerak. Juga hanya sebelah yang bergerak.

"Mungkin saya tak ada perancangan, tapi saya ada kemahiran," kata Hassan. "Kemahiran apa? Kemahiran berjudi?"

Mereka sama-sama ketawa.

"Dah berapa hari kau di sini?"

"Entah. Hari pertama saya bermalam di KLIA. Hari kedua saya tidur di Puchong. Hari ketiga, saya tidur di depan bangunan Maybank, dekat dengan Puduraya sana," kata Hassan.

"Sana ramai orang kan?" tanya Jan.

"Hari keempat saya interview," Hassan berhenti seketika. Teringat semalam dia tersilap cakap dalam temuduganya. "Malamnya kat roulette sana. Hari ini, hari kelima."

"Baru dua malam kau di KL," kata Jan pula.

"Macam tu agaknya," balas Hassan acuh tak acuh saja. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Baterinya sudah tinggal satu bar sahaja. "Saya perlu caj telefon," katanya.

"Kau bagi nombor telefon kau. Kalau ada kerja kosong, aku boleh tolong carikan. Kau pun sama. Simpan nombor aku. Apa-apa hal, jangan segan nak cari aku."

Hassan akur. Mereka bertukar nombor telefon. Kemudian Jan memanggil pelayan minta mengira harga untuk makanan dan minuman mereka.

"Di sebelah blok bangunan ini ada sebuah hostel untuk backpackers. Sewanya tiga puluh ringgit semalam. Kalau bilik empat orang pula, sewanya lima puluh. Itu yang paling murah.

Di hujung blok ini pula ada hotel yang selesa sikit. Sewanya seratus dua puluh. Sederet bangunan ini, di kawasan Brickfield ni banyak hotel murah. Seratus, tujuh puluh pun ada. Kau pilihlah sendiri nanti," kata Jan kepadanya.

Hassan menanggukan kepalanya. Pelayan tadi datang semula dan maklumkan harga makanan. Jan membayarnya. Selepas baki dikembalikan, Jan bangun diikuti oleh Hassan.

"Nanti jangan lupa. Ada masalah jangan segan-segan cari aku," pesan Jan. Mereka berjabat tangan seolah-olah sudah lama kenal.

"Terima kasih, bang."

Hassan memerhatikan kereta itu membelok meninggalkan pandangan matanya. Dia semacam tersedar yang dia sendirian sekali lagi. Dalam kesibukan penghuni kota yang berpusu-pusu menghala ke destinasi masing-masing, Hassan terpinga-penga sendirian.

Bunyi monorel yang berhenti di atas kepalanya menyedarkan dia dari lamunan. Dia tahu sebentar lagi kawasan itu akan dibanjiri ramai penduduk kota. Hassan mula mengorak langkah menuju ke hostel yang dinyatakan oleh Jan tadi. Sambil berjalan, dia dapat melihat kedai-kedai dan restoran di sekitar tempat itu. Ada kedai makan Mamak, India Muslim, Cina, gerai-gerai Melayu dan Mamak. Ada juga kedai jahitan, kedai menjual barangan sembahyang Hindu serta Buddha. Hotel pula ada banyak sekali. Memang sesuai dengan lokasinya yang berhampiran dengan KL Sentral, pusat perkhidmatan awam di Kuala Lumpur.

Hassan berhenti di hadapan sebuah hostel yang tertera "Silent Night Backpackers Hostel" di pintunya. Pada pintu kaca, ada ditampal logo-logo kad bank, badan-badan pelancongan tempatan dan antarabangsa serta juga waktu operasi.

Last Check Out: 10.00 am.
Last Check in: 10.00 pm.

Hassan masuk. Dia melihat seorang wanita Cina dalam usia lewat lima puluhan duduk di sebuah kerusi set meja kopi berhadapan sebuah televisyen model tahun sebelum 2000. Jenis berbonggol besar di belakang. Wanita itu senyum kepadanya.

"Sini ada sewa bilik?" tanya Hassan.

"Sini tak ada. Foreigner saja," kata wanita itu.

Wajah Hassan terus berubah. Senyumanya di tarik balik. Tanpa berkata apa-apa, dia keluar dan menutuo pintu dengan kasar. "Bodoh. Apa, orang tempatan tak ada duit mau bayar ka?" rungutnya.

Hassan menyeberangi jalan dan kembali ke blok bangunan dari mana dia satang tadi. Kali ini dia masuk ke dua buah hotel bajet. Dia membandingkan harga dan bilik yang ditawarkan. Seterusnya dia pergi ke hotel yang ketiga.

Dia berpuas hati dengan bilik yang kedua. Harganya enam puluh ringgit semalam. Dalam biliknya ada bilik mandi, televisyen, katil dan bantal, serta yang menarik baginya adalah bilik dalam bilik itu ada cerek. Sedangkan dua hotel lagi tidak menyediakannya. Hanya diletakkan air panas dalam termos sahaja.

"Adik, ini kunci. Mau bilik 110 atau 112?" tanya lelaki India itu.

"Mana satu ada tingkap?" tanya Hassan

"Dua-dua," jawabnya.

"Pandang KL Sentral?" tanya Hassan lagi.

"Amma," jawabnya, sambil menggeleng kepala.

Hassan tersenyum sebelah sekali lagi.

[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gelandangan 40 Hari di Kuala LumpurWhere stories live. Discover now