Bab 16 - Interruption

96 11 12
                                    

Bab 16 - Interruption

‘Eh, tak apalah! Nanti dah gaji barulah kau bayar balik,” kata Razak kepada Hassan. Hassan masih lagi menghulurkan wang lima puluh ringgit kepada Razak. “Betul ni?”

“Betul. Aku tau kau perlukan duit.”

Hassan menyimpan semula duit itu di dalam dompetnya. Ketika itu Razak dapat melihat di dalamnya ada beberapa keping not merah dan banyak juga duit seringgit. “Eh, banyak pulak duit kau?” tanya Razak.

“Aku ada pergi minta sikit daripada kawan. Dia hutang aku.”

Razak cuma mengiyakan saja. Sebentar kemudian Hassan keluar dari bilik pejabat. Dia pergi mendapatkan Qistina yang sedang berdiri tegak memerhati manusia yang lalu lalang di hadapan kedai.

“Hassan. Kau perasan tak ada sesuatu yang tak kena?” tanya Qistina.

“Apa dia?”

“Kau tengok tu,” katanya lagi menunjuk kepada seorang lelaki yang memegang gitar di tepi sebuah kedai ubat herba Cina. Lelaki itu kelihatan seperti seorang penyanyi busker.

“Kenapa dengan dia? Biasalah tu. Dia busking,” balas Hassan.

“Tak. Kau perasan tak dia tulis apa kat tepi tu,” kata Qistina lagi.

Hassan meneliti persekitaran lelaki itu. Dia dapat melihat beg gitarnya terbuka dan memaparkan beberapa kad manila. Masing-masing dengan tulisan yang mengelirukan bagi Hassan.

‘BERKARYA DENGAN HATI, BERBICARA DENGAN MINDA’
‘HAMBAR, TANPA PLOT, CERITA TAK AKAN KE MANA’
‘TULIS SEMULA KISAH KITA’
‘GELANDANGAN 40 HARI DI SYURGA”

Hassan pergi lalu berhenti di hadapan lelaki itu. Lelaki itu memandangnya. Kemudian mereka bertentang mata.

Tiba-tiba Hassan pengsan.

- TAMAT -

[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gelandangan 40 Hari di Kuala LumpurWhere stories live. Discover now