KEM PELARIAN REMAJA PART 2

58 4 0
                                    

Nota Pengarang:

Bahagian ini bukan kemaskini terbaharu. Sebaliknya ini hanyalah iklan acah untuk novel pendek terkini. Harap maklum.

ZOMBIE RETURNS : KEM PELARIAN REMAJA PART 2
Prolog

Perkhemahan ujian lencana bagi Pasukan Pengakap 551 Sekolah Menengah Dato’ Johan Helmi berakhir dengan baik. Malangnya apabila mereka meninggalkan tapak perkhemahan iaitu di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, segala-galanya sudah berubah. Dunia yang kita ketahui seperti pada hari ini sudah lenyap.

Sebahagian daripada mereka telah diselamatkan oleh pasukan tentera manakala sebahagian lagi masih menunggu bantuan. Ketika pesawat pejuang membedil pekan Port Dickson, kumpulan kecil Cikgu Ahmad mendapatkan perlindungan di dalam Kompleks Sukan Teluk Kemang.

Gegaran dari letupan bom bagaikan menggoncang bangunan di sekeliling. Syarif pasti burung-burung yang sedang tidur di sarang masing-masing terjaga.

Sudah setengah jam mereka minggu di situ namun tiada kedengaran bunyi helikopter datang menyelamatkan mereka. Cikgu Ahmad terpaksa mengambil keputusan membawa mereka berlindung di dalam bangunan yang ada di situ.

“Macam mana ni cikgu?” tanya Hairiah.

“Kita tunggu dulu. Tengok keadaan macam mana. Saya rasa buat masa sekarang kita tak boleh keluar. Pihak tentera sedang mengebom pekan ini. Kita keluar esok.”

“Cikgu, makan dulu.” Dayang menghulurkan setin kari daging yang diambil dari kedai makan sebelum ini.

Syarif masih berdiri di tepi tingkap sambil merenung jauh ke langit malam yang gelap tanpa bintang di langit. Sesekali ia bercahaya disusuli dengan bunyi dentuman bom. Sebentar kemudian dia mengambil kotak rokok lalu mengeluarkan sebatang. Dia nyalakan rokok itu lalu menghembus perlahan.

Ya. Dia ambil rokok itu dari kedai makan yang sama.

https://my.w.tt/cjAB1otHeP

[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gelandangan 40 Hari di Kuala LumpurWhere stories live. Discover now