Bab 7: Mila

95 15 7
                                    

Bab 7: Mila

Del sedang sibuk mencari kunci rumahnya ketika telefon bimbit berdering. Dia menjawab panggilan itu.

“Saya dah sampai,” katanya. “Baguslah. Awak mandi, rehat, makan, lepas tu saya call awak,” balas pemanggilnya.

“Yelah. Thanks awak,” katanya. Del tersentuh kerana temannya itu begitu prihatin. Senyumannya sampai ke telinga.

“Awak terus balik rumah. Jangan nak merayau pulak,” pesan Del pula.

Pintu rumahnya dibuka. Kelibat seorang lelaki di pintu kelihatan. Del kenal lelaki itu. Lelaki itu keluar dan muncul pula seorang perempuan di belakangnya. Senyumannya yang panjang tadi hilang. Awan hitam pula yang muncul.

“Oklah awak, saya letak dulu. Thanks sebab hantar saya balik. Thanks sebab call semula,” katanya sebelum menamatkan panggilan.

Del memandang lelaki itu berlalu. Kemudian dia mandang perempuan yang masih tersengih-sengih di muka pintu memandangnya pula. Del masuk, sengaja melanggar bahu perempuan itu.

“Hei, ko tak nampak ke aku ni?”

Del hanya diam. Beg tangannya dicampakkan ke atas meja tamu. Dia menghumban tubuhnya ke atas sofa.

“Kau ni kenapa? Macam kucing hilang anak je?” tanya perempuan itu.

“Mila, kau ni dah banyak kali aku ingatkan. Tak tahu ke, kau selalu salah guna peribahasa, kiasan kau tu?”

“Alah, sibuk je. Kau bukannya cikgu bahasa aku,” perempuan itu, Mila, duduk di sofa bersebelahan Del. Dia memeluk bantal kecil di sisinya.

“Kau tu, dah berapa hari terperap je kat rumah. Bila kau nak keluar cari kerja?” tanya Del. “Nanti dulu lah. Aku tengah sibuk sekarang. Lagipun, kau kata kat tempat kerja kau nak pakai orang. Kenapa tak rekomenkan aku?”

Del menarik nafas panjang. “Bukan tak nak rekomen. Tunggu kau keluar nak isi borang pun dah empat hari tak jugak datang.” Del mengeluarkan telefon bimbitnya. “Lagipun, kau tu lambat sangat. Hari ini dah ada orang baru masuk.”

“Hah, kenapa tak bagi tahu aku?” Mila terperanjat.

“Macam mana nak bagi tahu? Kau tu  kenapa tak angkat bila aku telefon tadi?” balas Del. “Entah apa di buat agaknya, dengan si Shahrul dalam rumah tu,” katanya. Mukanya sengaja dibuat nampak bengis.

“Eh, macam mana ni? Tempat kerja kau dah penuh ke?” tanya Mila pula.

“Eh, perempuan. Kau nak mengelak ye. Aku tanya, apa kau buat dengan Shahrul dalam rumah tadi?” tanya Del semula.

“Eh, kau ni! Satu satu lah. Tak sempat aku nak tanya,” kata Mila pula.

“Yelah. Nanti kau kona sana, kona sini. Aku dah lupa salah silap kau.”

“Ishh, kau ni!”

“Tempat kerja aku dah ada orang baru masuk,” katanya. “Ni, aku ambik gambar dia.” Del menunjukkan gambar seorang lelaki sedang menyimpan kepingan burger. Lelaki itu berbaju putih dan seluar hitam serta topi MrBurger. Del mengambil gambar kandid itu ketika dia memandang ke tempat lain. Namun, seluruh wajahnya nampak jelas.

“Adoi, hensemnya mamat ni. Siapa nama dia?” kata Mila lalu mengambil telefon itu dari tangan Del. “Hensem kau kata? Apa taste kau ni?”

Del bangun. Dia ke dapur lalu mengeluarkan sepiring kek. Kemudian dia mengambil sebatang lobak lalu memotongnya. Dia mengisar lobak itu kemudian meletakkannya ke dalam gelas besar. Sesudu susu pekat manis dimasukkan, kemudian digaulnya rata. Del sekali lagi membuka peti ais untuk mengambil ais kiub. Setelah selesai, dia membawa kek dan lobak susu ais itu ke meja tamu.

Mila masih leka dengan telefon Del. Entah apa yang dibeleknya, Del tak ambil kisah sangat. Dia menghidupkan televisyen.

“Siapa nama dia ni?” tanya Mila.

“Entah. Lupa. Tapi nama macam orang zaman P.Ramlee je,” jawab Del. “Dia ada girlfriend tak?” tanya Mila lagi.

“Manalah aku nak tahu. Bercakap dengan dia pun tak,” katanya. “Kenapa kau tak cakap dengan dia? Kau menggelabah yek?”

“Tak adalah,” Del melarikan mukanya yang mula terasa penuh dengan darahnya. “Muka kau merah. Kau minat kat dia ke?”

“Mana ada. Kau ni. Habis, Ariel nak letak mana?” jawab Del. Dia melompat dari saluran TV ke satu yang lain. Pada satu siaran yang menayangkan filem lama, dia berhenti.

“Hassan.”

Mila memandang ke arah televisyen. “Aku pun minat cerita ni. Dulu masa kecik selalu tengok dengan bapa aku. Sarjan Hassan,” kata Mila.

“Tak. Nama budak tu. Hassan.”

[WATTYS 2018] [COMPLETED] Gelandangan 40 Hari di Kuala LumpurWhere stories live. Discover now