1.

7.2K 158 1
                                    

MIKAYLA'S POV

Seawal 6 pagi aku sudah pun bangun untuk bersiap sedia ke kerja. Angin bayu pada pagi ini bertiup sedikit lebih kencang dari biasa, mengisi segenap ruang di bilik tidurku. Lembut hembusan udara angin di sahut dengan bunyi kicauan burung memecah keheningan subuh. Aku masih disitu, diatas katil yang empuk, aku melihat ke luar jendela, menikmati keindahan udara segarwaktu pagi. Good Morning! Bisikku pada diriku sendiri sambil tersenyum lebar. Tanpa melengahkan masa, aku mengambil tuala yang tergantung cantik di dalam almari ku lalu melangkah masuk ke dalam bilik air yang tersedia di dalam bilikku.

Aku membuka pancuran, melangkah ke bawahnya, kemudian menuangkan shower gel Dettol sambil menggosok gel tersebut ke seluruh tubuhku. Aku memiliki kulit tubuh yang agak sensitif, tidak cuma alah pada debunga, aku turut mempunyai alahan pada debu dan juga tanah. Pendek kata, kulit aku sememangnya sensitif bak bayi. Oleh kerana itu, aku dinasihatkan oleh doktor untuk menggunakan mandian antiseotik bagi megelakkan kegatalan pada tubuhku.

Setelah beberapa minit menikmati pancuran air panas, aku mengelap tubuhku yang basah sebelum mengenakan pakaian yang sudah disediakan oleh aku kemarin. Aku sejenis yang 'last minute' tapi disebabkan ada ada janji temu dengan sang, aku mestilah membuat persediaan lebih awal. Sejak dari semalam aku sudah excited inigin bertemu dengan Carl Zafran, jejaka yang dikenali ku sejak di bangku sekolah. Selama 10 tahun bersama, aku akui terlalu banyak rintangan yang kami harungi. Adat bercinta, pasti ada pasang dan surut tapi alhamduliallah, jodoh kami kuat sampai sekarang.

Aku melihat diriku di cermin sambil membelek belek gaun berwarna merah jambu paras lutut kegemaraanku, lalu diikat ku rambut panjangku ke belakang supaya Nampak lebih kemas. Aku bertuah kerana memiliki kulit wajah yang tidak bermasalah, jadi aku tidak perlu gusar untuk mengenakkan makeup yang terlalu tebal , hanya sedilit lipbalm dan bedak sudah mencukupi. Cuma ketika cuaca yang terlalu panas akan membuatkannya sedikit kering. Oleh itu, aku akan sentiasa memastikan moisturizer sentiasa berada di dalam beg tangan ku. Sekali lagi aku melihat diriku di cermin. Aku tersenyum puas sebelum mencapai slig bag yang tergantung di belakang bilik ku lalu bergegas keluar menuju ke pintu keluar.

4.55 P.M, DI PEJABAT

Hanya tinggal 5 minit lagi sebelum waktu bekerja ku tamat. Sejak dari semalam hatiku berdebar setelah menerima pesanan ringkas daripada Carl.

I ada something nak bagitahu you. Jumpa you esok after kerja.

Apa yang dia nak katakan? Adakah dia akan lamar aku malam ni? Bisik hatiku yang berlagu riang. Ternyata pesanan yang ringkas daripada Carl sudah cukup membuatku tidak keruan. Meskipun sudah 10 tahun bersama, perasaan aku tidak pernah sedikit pun berkurangan terhadapnya. Aku kembali tersenyum sendiri.

"Amboi semangat nak balik, nampak? Ada berita gembira ke?'" Sapaan dari Anis, salah satu rakan sepejabat menghentikan lamunanku.

"Eh, Anis. Berita gembira apanya? Takdalah!" Jawabku pantas cuba menepis tekaan Anis. Bukan kerana aku sendiri tidak yakin tapi takut menjadi mangsa berita sensasi di pejabat esok pagi. Maklumlah kalau kerja pejabat, dalam sekelip mata berita tersebar. Untuk 'stay private' memang satu cabaran.

"Eleh nak berahsia pula. Satu ofis ni tahu yang kau dengan boyfriend kau tu dah lama bersama. Kalau korang kahwin, mesti dah ada banyak anak!" Sindir Anis lalu menjeling sekilas. "Eh, Mikayla. Aku ni bukan apa. Kesian juga dekat kau. Yelah, kau setia bagai nak rak tapi Carl itu setia ke? Banyak sangat cerita yang tak elok ku dengar pasal dia'" Sambung Anis lagi. Aku hanya terdiam. Aku sendiri cukup jelas tentang sifat Carl Zafran yang 'playboy'. Tapi entah mengapa aku masih percaya dan memberikan peluang kepadanya. Mungkin benar, cinta itu buta.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now