11.

2K 88 0
                                    

MIKAIL'S POV

Hati ku kini cukup berdebar memikirkan tentang apa yang bakal berlaku. Aku harus berterima kasih kepada ayah Mikayla kerana mahu membantu aku menjalankan perancangan ku ini walaupun pada awalnya, aku sedikit teragak agak dan semuanya dilakukan last minute.

Topeng aku dibuka, akhirnya, inilah masanya untuk aku memberitahu Mikayla tentang pekara yang sebenarnya. Pekara yang tersimpan rapi olehku selama bertahun-tahun lamanya Aku cuba mengabaikan kegusaran yang dirasai ku sekarang dan perlahan lahan berjalan ke arah Mikayla sambil menghabiskan rangkap yang terakhir.

It's you, it's you
I've been waiting for all of my life
Maybe it's you (it's you), maybe it's you (it's you)
I've been waiting for you all of my life
Maybe it's you, maybe it's you
I've been waiting for all of my life

Aku mengakhiri nyanyianku dengan sekutum senyuman. Pandanganku masih tidak beralih dari Mikayla begitu juga dengan Mikayla, matanya tak lengkang memandangku. Raut wajah Mikayla sedikit pucat, masih terkejut. Dia menghela nafas. Pasti saat ini,pelbagai persoalan mengganggu dalam benaknya. Sempat aku melirik buku diari miliknya yang diletakkan di dadanya.

"Apa maksud ni semua?" Soalnya memecahkan kesunyian. Aku menghela nafas lalu tersenyum.

"Mikayla, saya..saya sebenarnya.." kataku tergagap-gagap. Gagal mencari perkataan yang sesuai untuk memulakan ceritaku. "Saya pernah bagitahu awak yang, saya pernah ada first love kan?" Tanyaku serius. Mikayla mengangguk perlahan lahan. "Dia ialah awak. Awak cinta pertama saya dan mungkin selamanya, Mikayla." Ucapku. Mikayla membulatkan matanya. Terkejut sedikit dengan apa yang baru dikatakan olehku. Dipandangnya wajahku dengan teliti.

"Dan..surat ni.. Surat ni surat yang saya bagi dekat crush saya waktu saya 7 tahun." Tanyanya lagi sambil mengangkat surat tersebut, menginginkan jawapan dariku.

"Dan crush awak itu ialah saya, Mikail Firash." Dia terdiam seketika seperti sedang mengingatkan sesuatu. "Saya tak tahu kenapa, dan saya sendiri pun tak faham kenapa, walau macam mana sekalipun saya cuba untuk lari dari awak, seperti ada sesuatu yang menarik saya kembali kepada awak." Jelasku lagi. "Dan topeng ni." Kataku sambil jari jemariku bermain dengan topeng yang dipegang ku sejak tadi.

"Topeng yang sama lelaki yang selamatkan awak pada malam awak dapat tahu yang Carl curang tu pakai kan." Jawabnya bagi pihakku. Aku mengangguk setuju.

"Dan malam tu juga, saya terpaksa batalakan persembahan saya. Otak saya sentiasa risaukan awak. Apatah lagi, bila saya dapat tahu yang awak sebenarnya di situ dengan boyfriend awak, which is saya percaya Carl tapi dia dia tinggalkan awak sendirian" Jelasku bagi menguatkan lagi fakta yang diperkatakan oleh Mikayla.

"Tapi apa kaitannya awak batalkan persembahan dengan saya? Bukankah malam tu saya naik ikut teksi? Dan awak yang panggil teksi untuk jemput saya?" Satu persatu soalan yang terpancut keluar dari mulutnya.

"Saya ikut teksi yang bawa awak malam tu dari belakang. Saya risau dan takut kalau apa apa terjadi dekat awak lagi." Balasku dan dia mengangguk faham.

"Macam mana pula awak boleh jumpa diari saya?" Satu lagi soalan yang keluar dari mulutnya. Aku menarik nafas sekali lagi.

"Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan. Sehebat mana pun perancangan kita, lebih hebat lagi perancangan Allah untuk kita." Ungkapan yang keluar dari mulutku melahirkan kerut di dahi Mikayla.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now