7.

1.9K 91 1
                                    

MIKAIL'S POV

6.00 pagi. Aku memandang jam kecil yang terletak di atas meja bersebelahan katil. Mata masih lagi mengantuk akibat tidur lewat malam semalam. Dalam keadaan separuh sedar, aku gagahi diri untuk bangun dari katil dan terus memeriksa whatsapp yang diterima ku pagi ini. Mikayla dan satu nombor asing. Aku mengerutkan dahiku. Hatiku teringin sangat hendak tahu siapakah gerangan nombor asing itu tapi Mikayla lebih penting dari semuanya.

Eh sejak bila dia jadi penting?

Aku pantas membuka whatsapp yang di kirim oleh Mikayla.

Mikail, nanti ayah temankan saya ke tempat kerja. Btw, good morning! Jumpa awak di cafe. 😏

Aku tersengih setelah baca kriman whatsappnya. Baru sahaja aku ingin membalas tiba tiba telefon bimbitku berdering menunjukkan panggilan masuk. Terpampang satu nombor yang tidak bernama. Nombor asing yang sama seperti nombor yang mengirimkan aku pesanan di whatsapp. Aku memandang skrin telefonku agak lama sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Hello" Sahutku perlahan lahan.

"Mika, I miss you!" Jawab si pemanggil dengan nada yang girang. Suaranya tidak asing bagiku. Aku kenal pemilik suara itu! Aku dengan pantas menekan butang merah bagi menamatkan panggilan tersebut.

Apa yang dia nak?

Sebaik sahaja 'punch in' sebagai tanda aku sudah siap sedia memulakan tugas, aku pantas berjalan ke arah meja kaunter sambil memasang apron di tubuhku untuk memulakan tugas, Mikayla dan ayahnya sudah pun berdiri tercegat di depan meja kaunter.

"Untunglah orang dah ada ayah, mana lah nak perdulikan kita dekat sini lagi." Kataku sambil mencebikkan bibir sebagai tanda merajuk. Mikayla dan ayahnya sama sama tertawa kecil. Aku tersenyum melihat kebahagiaan yang mereka paparkan.

"Mikail, kalau nak tahu, walau macam mana pun sayangnya perempuan tu terhadap teman lelaki mereka mahupun suami mereka, ayah tetap kekasih yang pertama dah terakhir bagi seorang perempuan." Pesanan ayahnya membuatkan aku tersengih. Memang benar, ayah merupakan hero, sahabat, dan kekasih bagi seseorang perempuan.

"Btw, saya nak pesan Cappucino dua!" Enggan membiarkan orang dibelakangnya menunggu lama, Mikayla pantas membuat pesanan. Aku segera kebelakang meja kaunter untuk menyiapkan pesanan mereka. Dari ekor mata aku melihat Mikayla dan ayahnya sedang sibuk mencari tempat yang sesuai untuk duduk. Tiba tiba mindaku teringat akan pemanggil yang menelefon ku sebentar tadi.

Kenapa dia kembali semula dalam hidup aku?

🌸🌸🌸

MIKAYLA'S POV

7.30 malam, sempat aku mengerling jam dinding di ruang tamu rumahku.

"Dah nak keluar ke?" Sapa ayah yang tiba tiba muncul di celah pintu.

"Yup, ayah. Mikail dah tunggu di luar. Kenapa, ayah ada nak pesan something ke?" Tanya aku.

"Hmm takdalah. Ayah ingatkan Mikayla keluar dengan orang lain selain dari Mikail. Jalan lah, nanti lama Mikail tunggu" Jawab ayah.

"Macam lah ayah tak tahu yang Mikayla ni takda kawan selain Mikail" Kata ku sedikit keliru. Tiba tiba pula ayah jadi overprotective terhadap ku atau mungkin sebab dia takut perasaanku sudah pun beralih arah.

Tapi aku sendiri pun belum yakin tentang perasaanku terhadap Mikail.

"Dah, Mikayla kena pergi. Nanti lambat pula sampai ke sana. Mikail pun tak tau pukul berapa dia akan perform." Aku cuba memberikan alasan supaya ayah tidak melengahkan masaku lagi.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now