3.

2.8K 114 0
                                    

MIKAIL'S POV

Dari kejauhan, aku melihat Firdawsi yang sedang asyik memasang apronnya dengan senyuman yang tak pernah lengkang dibibirnya. Dia kemudiannya berjalan mendekati ku "Gembira nampak?" Usikku.

"Mestilah! Dapat tidur sampai tengah hari mana tak happy? At least berseri sikit muka ku datang kerja. Dapatlah jodoh ku datang lebih cepat." Usikkan ku di balas dengan usikkan. Aku hanya menggelengkan kepalaku.

"Eh, Mika mana kau punya leather jacket hah? Kenapa aku lama tak nampak? Bukan kau selalunya gantung dekat backdoor ke?" Satu persatu soalan keluar dari mulut Firdawsi. Bagi sesiapa yang mengenaliku sudah pasti tahu yang aku sentiasa mengenakan leather jacket ku itu sebagai 'alas' semasa menaiki motosikal.

"Jaket aku dekat Mikayla." Jawapku ringkas. Aku ada bercerita tentang Mikayla dan ex boyfriendnnya kepada Firdawsi tempoh hari. Jadi tidak hairanlah jika Firdawsi tahu serba sedikit mengenai Mikayla.

"Wei kau serious bagi dia pinjam? Jacket favourite kau tu wei!" Jerit Firdawsi ke telinga ku, terkejut. Hampir satu cafe dapat mendegar suaranya. Dia yang tersedar ramai mata yang memerhati pantas menekup mulutnya.

"Kau masih ingat lagi tak kejadian beberapa bulan lepas, bila salah seorang customer kita tertumpah kopi kat jacket kau tu tanpa sengaja?" Tanya Firdawsi kepadaku. Nadanya kini sedikit rendah. Aku hanya mengangguk. "Kau mengamuk macam singa kelaparan, Mika!" sambung Firdawsi lagi.

Pasal customer yang menumpahkan kopi di jacketku tanpa sengaja bukanlah satu masalah yang besar sebenarnya. Tapi disebabkan itu jacket kegemaraanku, aku mestilah mengamuk. Tambahan pula, itu merupakan peninggalan arwah ayah selain daripada motosikal ku.

"Mesti dia special kan sampai kau tak kisah bagi dia pinjam." Tanya Firdawsi yang sudah pasti sedang mecuba untuk memancing ku supaya membuka mulut. Sejujurnya, aku sendiri pun tak faham apa yang sedang aku fikirkan saat itu. Memang agak mudah untuk aku pinjamkan jacket tersebut kepada Mikayla padahal kalau orang lain sentuh sikit pun aku boleh meroyan. Mungkin kebetulan dia waktu itu kedinginan, jadi aku bagilah dia pinjam. Aku taknak lah masuk penjara sebab buat anak orang mati kesejukkan, kan?

"Dua minggu lepas hujan lebat so aku bagi dia pinjamlah." Jawabku ringkas walaupun hakikatnya hujan sebenarnya belum turun saat aku memijamkan jaket tersebut kepada Mikayla. Tambahan pula sikap Firdawsi yang tak akan pernah berputus asa mengorek rahsia membuatkan aku enggan memanjangkan lagi cerita. Silap haribulan, masuk surat khabar aku disebabkan mulut Firdawsi.

"Tapi dah dua minggu, Mika. Dia masih tak pulangkan dan kau tak kisah" Tambahnya pula. Aku menghembus nafas perlahan lahan, cuba bertenang.

"Eh kau tau ada seorang perempuan dekat office sebelah tu?" Tanyaku kepada Firdawsi serius. Firdawsi yang sedang menyusun cawan cawan di atas meja kaunter segera menghentikan tingkahnya lalu menggelengkan kepalanya. Aku dengan penuh dramatiknya berjalan dan mendekati telinga Firdawsi seperti sedang berbisik "Dia punya perangai sebijik macam kau, busybody!" kataku dengan tawa yang sederhana besar. Dia yang sedari dirinya dipermainkan tersenyum sambil menumbuk perlahan bahuku. Aku menumbuk semula bahunya. Kami tergelak serentak.

"Hi!" Sapaan dari Mikayla menghentikan tawa kami. Kami berdua saling berpandangan. Panjang umur!

'Hi, Mikayla! Nama saya Firdawsi." Firdawsi menghulurkan tangannya sebagai tanda perkenalan. Walaupun sudah dua minggu berlalu, Mikayla masih belum ada kesempatan untuk bertemu dengan Firdawsi dek masa bekerja Firdawsi yang agak berbeza dengannya.. Mikayla membalas huluran tangannya. Mereka berdua kini bertentangan mata. Tiba tiba hatiku tercuit rasa cemburu. Aku berdehem untuk memutuskan 'connection' antara mereka berdua.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now