10.

2.2K 86 0
                                    

MIKALYA'S POV

Sebaik sahaja ayah membuka pintu, ayah terkejut melihat aku pulang bersama Mikail sedangkan tadi aku hanya 'bersiar siar'.

"Apa dah jadi dengan janji awak untuk tidak menyakitkan hatinya?" Tanya ayah tegas setelah melihat mataku yang kembang seperti baru lepas menangis. Memang pun.

"Ayah.. Jangan." Dengar suara yang sayu aku meminta ayah untuk tidak memarahi Mikail. Aku tak ingin membuat kepalaku semakin kusut. Ayah hanya terdiam patuh.

Mikail menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan ayah sebelum meminta izin untuk pulang. "Mikayla, jaga diri baik baik" Sempat Mikail berpesan. Aku hanya mengangguk. Ayah menjelingnya dengan tajam. Mungkin dah sifat semulajadi seorang ayah melindungi anaknya dari disakiti.

"Mikayla, tunggu!" Arah ayah. Aku yang baru sahaja ingin melangkah ke bilik tidur ku segera menghentikan langkahku. Aku memusingkan tubuhku menghadap ayah.

"Ayah rasa, dah tiba masanya ayah bagitahu pekara sebenar." Katanya membuatkan hatiku berdebar.

🌸🌸🌸


"Ayah mesti marah kan?" Tanya Mikail denganku sambil tersenyum kelat. Pasti saat ini dia merasa sangat serba salah. Pertama, kerana menuduh aku bukan bukan dan kedua, sebab dah memungkiri janjinya kepada ayah untuk tidak menyakitkan hatiku.

"Awak rasa?" Soalku pula. Sebenarnya ayah tidak marah, marah yang teramat sangat kepada Mikail cuma yalah, ayah tetap ayah.

"Mestilah marah. Kalau saya ada perempuan nanti pun saya akan marah kalau ada lelaki yang menyakiti hatinya." Jawab Mikail. Aku tertawa kecil.

Mikail yang kehairanan mengerutkan dahinya, "Kenapa awak ketawa?" Soalnya

"Takdalah, cuma terasa lucu bila fikirkan betapa bodohnya saya sebab biarkan ego saya menang. Kalau lah dari dulu lagi saya terima ayah dalam hidup saya, pasti semuannya akan mudah. Saya mungkin tak perlu menagih kasih dari Carl." Jelasku.

"Jadi sebab tu lah awak bertahan dengan Carl?" Tanya Mikail dengan nada yang agak terkejut. Aku mengangguk.

Sejujurnya memang ya. Kalau dulu
aku asyik berteka teki dengan diriku sendiri, kenapa dan mengapa aku boleh bertahan dengan Carl, sekarang baru aku faham yang semuanya kerana aku inginkan perhatian dari seorang lelaki kerana aku tidak pernah mendapatkannya sejak ayah pergi meninggalkanku. Setiap kali Carl menyakitiku, aku hanya membiarkan saja kerana aku dah takda lelaki lain yang aku sayang di dunia ni. Mungkin caraku salah dan mungkin tidak tapi yang pasti ya menyedarkan aku tentang sesuatu pekara, kebahagian takkan datang bila di cari, ia akan datang sendiri bila kita bersedia.

"Rania.." Ujar Mikail perlahan. Tiba tiba hatiku diulit rasa cemburu. "Saya terima dia atas membalas jasa. Saya pernah bagitahu awak yang saya ada keluarga angkat kan?" Soalnya. Aku mengangguk lagi.

"Orang tuanya ialah orang tua angkat ku." Aku yang terkejut pantas menekup mulut yang sedikit terbuka. "Papa saya dan papa Rania merupakan sahabat baik. Bila besar, papa dia ada anak perempuan dan papa saya ada saya. Too mainstream, sahabat baik jodohkan anak mereka, kan? Papa dan mama Rania dah anggap saya macam anak mereka sendiri. Selepas kematian kedua orang tua saya, mereka jadikan saya sebagai anak angkat merangkap bakal menantu. Saya tak banyak pilihan. Tambahan pula, saya kan 'anti-perempuan'." Sambungnya lagi dengan diiringi tawa kecil. Dia sendiri pun geli hati dengan gelaran diberikan kepadanya.

Dulu sebelum aku mengenalinya sebegini rapat, aku memang ada mendengar ura ura yang menyatakan Mikail mempunyai nafsu yang sonsang atau dalam erti kata yang lebih mudah, gay. Sikapnya yang agak sukar didekati terutama bagi perempuan memang agak menyebelkan ramai orang. Namun siapa sangka, lelaki itu jugalah yang berada di sisi ku; seorang perempuan. Mungkin aku atau Mikayla patut berterima kasih kepada Carl.

Sampai Ke Hari TuaWhere stories live. Discover now